Kukus Bongkah Cendawan Buat Pertama Kalinya - CENDAWAN TIRAM KELABU

Wednesday, March 29, 2017

Kukus Bongkah Cendawan Buat Pertama Kalinya


Salam,
Oh yeah . Fasa kukus cendawan berjalan seperti mana yang saya rancang . Kali ini saya nak celoteh sedikit mengenai aktiviti kukus cendawan ini . 
wap air dari tong drum
Kenapa perlu kukus cendawan ? Baiklah , mungkin ada terfikir bahawa cendawan ini tidak perlu dikukus dan baik saja ditanam langsung dari bahan kompos . Bongkah cendawan perlu dikukus untuk menyahkan kuman-kuman  bahan kompos  disamping mengurangkan peratus bongkah kena jankitan penyakit . Cuba banyakkan jika anda ada 10 0000 bongkah  dan hampir semua  tidak boleh digunakkan , memang pening kepala lah jawapnya . So baik kukus bongkah cendawan supaya menjadi insuran kepada produktiviti cendawan anda  .
Setting dapur kukus bongkah cendawan
Pada hari saya kukus adalah merupakkan hari berkerja saya . Kalau mengikut rancangan saya patut datang lebih awal pada tengah hari  untuk meletak bongkah kedalam tong drum  namun saya ada beberapa kerja hakiki yang perlu saya laksanakan . Namun hati kena tenang dan ikut rentak  . Sampai sahaja dirumah saya siap-siapkan diri untuk meletakkan bongkah cendawan kedalam tong drum .
Asalnya satu drum mengikut tunjuk ajar Cikgu Dewi hanya mampu memuatkan dalam 60 – 70 bongkah . Namun apabila saya sumbat bongkah kedalam tong drum saya dapati satu drum mampu memuatkan sebanyak 100 lebih bongkah . Wow melebihi  jangkaan saya , so far so good . 

keadaan dapur kukus bongkah cendawan
Semasa memungah bongkah cendawan kedalam  tong drum satu persatu kedalam tong drum sambil susun baik-baik  hanya tuhan je tahu kesukarannya . Yelah untuk orang baru macam saya yang masih belum biasa kerja ini  memang agak sukar untuk melaksana dengan baik . Namun saya bersyukur ada bantuan dari ayah saya . Sokongan keluarga adalah antara factor menjadi saya lebih giat dan terus maju walaupun saya belum pasti kejayaannya nanti . 

penutup tong drum dilapik dengan batu bata
Setelah semua bongkah dengan total 400 bongkah kedalam 4 tong drum . Saya dengan rasa  berdebar menghidupkan api dapur , satu demi satu saya hidupkan dengan harapan semua berjalan baik . Dan akhirnya menunggu tempoh kukus selama lapan jam. Kerisauan menebal pada diri , yelah khuathir tong gas panas , khuathir air didalam tong drum habis , khuathir plastic bongkah akan hancur , khuathir tong drum tumbang , khuathir paip tong gas bocor perkara-perkara ini kuat bermain dalam fikiran . Namun saya percaya atas segala tindakkan pra kukus yang telah saya lakukkan semuanya sepatutnya dalam keadaan baik . Masa untuk turun kerja balik .
bongkah cendawan sedang dikukus
Dirumah jam sudah menandakan  masa untuk menutup. Tak saya sangka saya sudah Berjaya mengkukus bongkah cendawan . Pada masa itu keadaan didalam rumah kukus  berkeadaan baik . Saya mematikan satu persatu dapur gas . Mula memeriksa tong gas , tong drum , hos tong gas dan semua berkeadaan baik. Baiklah bongkah-bongkah yang telah Berjaya dikukus perlu direhat dalam satu hari atau 24 jam . Namun bagi saya satu hari adalah lagi afdal . Cukuplah badan saya dah penat sangat  hehehe . 

Baiklah sampai disini sahaja perkongsian saya . Semoga hari anda lebih baik .

Salam
Cosmas moses Boniface



tag;

kukus beg bongkah cendawan 

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.