Pengkomposan habuk kayu - CENDAWAN TIRAM KELABU

Wednesday, March 22, 2017

Pengkomposan habuk kayu



Permandangan rumah kompos cendawan
Salam sejahtera , kali ni aku nak kongsi perkembangan aku mengkompos subtrak cendawan untuk kali pertamanya. Pada perkongsian yang lalu saya Berjaya membeli 2 beg besar habuk kayu est dalam 200kg rasanya ( atau lebih) .
Gumpulan habuk kayu
Setelah lama aku peram selama seminggu , aku mula mengorak langkah . Sekarang aku kena bawa habuk kayu dari tempat disimpan ke kawasan pengkomposan. Dengan bantuan ayah aku , dia tukang isi dalam guni aku tukang angkat guni letak dalam dekat tempat kompos . Satu guni aku set 10 kg so aku pada hari itu bawa sebanyak 20 guni kira 200kg lah kan . Kalau buat kira-kira aku boleh capai 200kg lebih . Itu jangkaan je situasi sebenar aku lom tau lagi keputusannya mungkin sikit mungkin banyak bongkah yang mampu dihasilkan .
Guni serkam padi  dalam 30 Kg
antara alat digunapakai semasa pengkomposan
Setelah aku siap membawa 200kg habuk kayu sekarang masa untuk mengkompos . Hah bahagian seterusnya ada masalah , macam mana kompos habuk 200kg dengan 20kg serkam padi dan 2kg kalsium kabonet . Aku mula2 gaul secara menyeluruh rasa nak patah pinggang aku . Aku mula menanya kawan-kawan pengusaha lain. Mereka gelak dengan aku , cakap cement mixer boleh sapu 100kg , ko pla nak sapu 200kg gila ape hahahaha . So mereka explain ko patut try 50kg je dulu no rushing. Aku pun tergelak dengan diri aku ni  , terlampu gopoh sangat . 
habuk kayu sudah siap untuk dibegging
Next sesi aku tukar perdekatan aku , aku start 50kg . So far aku boleh gaul kompos dengan keadaan yang lebih baik . Penat ? Memang penat tapi aku kena kuatkan semangat . Aku percaya aku mampu . aku mampu dan aku mampu . Akhirnya aku dengan jaya mampu mengkompos 200kg habuk kayu . Biar lambat dan berterusan dari laju namun kerja dijalankan amatlah menyakitkan tiada keseronokkan pla hehehe .

Baiklah next sesi aku begging pla , so setakat ni sahaja perkongsian aku.
Salam
Cosmas moses Boniface

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.