Untuk perkongsian kali ini , saya sudah masuk fasa untuk kukus beg cendawan yang telah saya siapkan. Pada asalnya saya sasarkan 1000 bongkah dalam satu minggu tapi malangnya keputusannya sebanyak 500 bongkah yang dapat saya siapkan. Hal ini kerana saya bekerja dan terpaksa mencuri masa untuk menyiapkan bongkah namun begitu saya akan bawakan 500 bongkah seterusnya pada minggu seterusnya .
"Anda boleh!"- itu lah kata-kata peransang semasa buat bongkah cendawan , kegagalan untuk menyiapkan 1000 bongkah dalam seminggu bukan menjadi satu alasan untuk saya tidak meneruskan perjuangan .
keadaan tong drum di rumah kukus |
Untuk fasa kukus cendawan . Saya kena sediakan dan memasangan hos tong gas , tempatkan tong gas , membeli tong gas , membeli batu bata , dawai untuk menahan bongkah , hos klip , cuci tong drum dan kerja-kerja lain . Kerja pemasangan ini agak rumit pada permulaan namun kalau dipecah-pecah masalah satu persatu , nescaya boleh berjalan dengan baik .
Cikgu terbaik adalah kesilapan- bagi saya teori dan practikal kalau tidak ada kesilapan adalah satu kecacatan . Semua orang boleh sembang mcm MVP ( mobile lagends hahahaha ) namun bila pelaksaan tong kosong pla . Jadi berkawan lah dengan kesilapan jangan takut padanya , nescaya anda akan menjadi orang yang lebih kelak .
dapur , hos |
Sebelum pemasangan dapur untuk kukus bongkah cendawan saya , agak mati kutu gak macam-macam keraguan , yelah mana tau salah pasang kang meletup rumah kukus aku . Namun hati kena keras . Aku ambik dapur , ambik hos , hos klip , player , gunting , kable tight , kepala tong gas dan alat-alat lain ke ke rumah kukus
Setelah itu mula buat perancangan apa yang dulu , imajin dulu apa yang patut dan langkah-langkah keselamatan disamping nasihat dan bantuan ayah saya . Pertama kali aku kena buat ukuran untuk panjang hos antara tong drum dan tong gas oleh kerana penjual tempat aku beli cakap hos tak boleh panjang sangat dalam 5-4 kaki cukup memadangankan aku guna spliter . Ini bermaksud satu tong gas beroperasi untuk 2 tong drum .
pemasangan hos pada kepala tong gas |
Setelah semua dipasang dan aku rasa dan fikir semua pada keadaan yang sewajarnya langkah seterusnya memadang kepala tong gas dengan tong gas . Dekat sini pelindung kepada tong gas ke buka dengan baik .
Setelah pemasangan kepala tong gas dan semua dah setup dengan baik . Aku pantau buat kali terakhir dan buat pemeriksaan hos-hos dan klip-klip hos khuathir ada yang longgar . Bila semua keadaan dalam baik . Fasa seterunya hidupkan api. Bahagian ni aku tak pernah cuba , even ayah aku sendiri pun tak pernah buat kerja ni , dan have no idea macam mana nak hidupkan benda ni .
berjaya menghidupkan api kedua-dua dapur |
Syukur semua berjalan dengan baik tiada apa yang diluar jangkaan aku . Lepas ni dah boleh kukus bongkah cendawan aku . Agak lambat dari jadual namun aku percaya aku boleh . Keep going !
tong drum sedia untuk mengkukus bongkah |
Salam
Cosmas moses Boniface
No comments
Post a Comment