Salam,
permandangan senja di rumah saya |
Hari ini lebih baik dari semalam . Itu sangat benar . Hari ini saya membuat 30 bongkah pada tengah hari dan pada sebelah petang pula saya mula memunggah habuk kayu sebanyak 50kg ke rumah kompos serta memunggah bongkah 200 bongkah dari tong drum kedalam rumah benih . Dan dijangka malam ini saya akan membenih 110 bongkah pula . Kipidap !
kayu 50 kg habuk kayu berjaya dipunggah |
Wow hari ini sangat produktif . Saya masih ingat pada hari ahad yang lalu , badan saya begitu penat hanya baring dikatil sepanjang hari . Saya cadang pada hari tersebut rehat dari melakukkan sebarang kerja ladang saya . Pada hari ahad saya habis dengan menontot wayang cerita iaitu Forest Gump .
tong drum berisi bongkah cendawan |
Dijadikan cerita , setelah menonton cerita tersebut untuk kali keduanya saya mendapat pelbagai inspirasi dan pengajaran . Ada satu babak didalam cerita tersebut dimana forest gump belari selama 3 tahun dan orang mula mengikutinya sepanjang tahun tersebut dan bahagian yang membuat saya buka minda adalah orang sibuk tanya forest gump apa tujuan dia berlari? , adakah dia berlari untuk hak wanita ? adakah dia berlari kerana alam sekitar , adakah dia berlari untuk keamanan dunia malah dia juga tidak percaya orang tidak dapat menerima jawapannya kerana dia berlari atas tiada sebab langsung .
air dalam tong drum masih ada selepas kukus |
Dia hanya berlari kerana dia mahu belari . Namun saya percaya ini simbolik beberapa perkara iaitu pertama kita kena teruskan maju kehadapan walaupun apa jua , walaupun begitu payah mana pun , walaupun betapa susahnya hidup ini , kena tinggalkan perkara lalu maafkan masa lalu ( orang menyakitkan kita , peristiwa pahit , kegagalan hidup ) ,dan kita harus fokus masa semasa dan maju kehadapan . Kedua , saya dapati adalah kekadang kita buat sesuatu tanpa sebab yang lain namun kerana kita . Hal ini kerana Forest Gump belari kerana dia hanya mahu belari , oleh itu kalau kita lakukan perkara biar perkara yang kita minat , tidak kisah apa jua rintangannya pasti kita mampu . Oh thank u soo much kepada yang menjayakan cerita forest Gump . Kraya yang sangat bermutu tinggi !
keadaan dalam tong drum selepas kukus |
bongkah cendawan berkeadaan baik |
Berbalik kepada ladang aku , tiada cerita yang menarik seperti dalam movie forest Gump . Cuma saya perlukan suntikkan motivasi dan inspirasi untuk meneruskan impian saya . Saya mempunyi visi dan misi iaitu ingin berbakti kepada dunia . Suatu hari nanti saya mahu menjadi dermawan , membantu rumah anak yatim adalah salah satu objektif saya . Saya kecewa dengan dunia ni kerana orang kaya dikomersialkan dengan rumah mewah , baju mahal , kereta mahal , pangkat tinggi , wanita cantik , lelaki hensem , duit berjuta-juta , pakaian mahal-mahal seterusnya ini menjadi wabak kepada generasi muda untuk menjadi ikutan . Kuantiti orang kaya semakin bertambah namun orang kaya berkualiti semakin berkurangan . Saya mahu dunia ini menjadi lebih baik . Biarlah saya bermula dengan cendawan . Suatu hari .
Masih ingat kukus cendawan saya yang lalu . Ada bongkah yang rosak dan ini menghampakan saya . Kali ini saya berasa sangat gembira kerana bongkah-bongkah kali ini adalah berkeadaan sangat baik . Oh yeah , saya rasa kemenangan yang sangat memuaskan hati tidak sanggup menanti cabaran seterusnya .
keadaan rumah kukus waktu hujan |
Saya masih ingat pada hari saya kukus bongkah cendawan ini , adalah hari yang sangat hujan , saya kuathir dapur api akan padam kerana angin yang kuat . Saya apa lagi dengan apa yang patut saya cari papan or abestos untuk menutup kawasan dapur yang amat terdedah dengan angin . Dahlah tong drum tu panas hahahah gile ape :D .
bongkah sedia untuk masukkan benih |
Baiklah sampai disini sahaja perkongsian saya , moga hari anda baik-baik belaka .
Salam
Cosmas moses Boniface
No comments
Post a Comment