2 000 bongkah cendawan tiram kali ini lah ! - CENDAWAN TIRAM KELABU

Monday, May 15, 2017

2 000 bongkah cendawan tiram kali ini lah !

Salam kali ini saya nak berkongsi sedikit perkembangan saya .
Bongkah kena jangkitan kulat hijau dan kena haiwan perosak iaitu cek siti

Sedar tak sedar sudah menghampiri pertengahan tahun 2017 . Setakat ini semua berjalan dengan lancar meskipun ada cabaran biasalah tu kan . Selepas berjaya menyiapkan 1 000 bongkah cendawan kali ini saya mengorak langkah untuk menyiapkan 2 000 bongkah . Nampak mustahil namun bila saya buat kira-kira , ia adalah kemungkinan boleh .
bongkah untuk musim seterusnya segar dari ladang

Baik kita buat matematik untuk membutik teori saya . Saya dapati saya mampu buat 30 bongkah dalam 1 jam , jadi saya luangkan 3 jam dalam 1 hari iaitu persamaan 90 bongkah . Awal bangun pagi buat 30 bongkah sebelum turun kerja  , tgh ari waktu rehat buat 30 dan balik kerja buat lagi 30 bongkah jadi disimpulkan dalam 5 hari berkerja saya mampu menjana sebanyak 450 bongkah .
Pengunaan termometer untuk pengkukusan yang efisyien

 Dan dalam sebulan ada 4 minggu so 4 x 450 total : 1 800 bongkah dan kalau ikut pelan saya  , proses pengkomposan dijalankan selama 2 bulan  so 1800 x 2 : 3 600 bongkah . wow banyak tu , itu pun kalau tiada apa yang menganggu . Sebagai jalan paling selamat saya cuba terbaik untuk buat 2 000 bongkah selama 2 bulan . Yelah saya kena luangkan masa dengan diri saya , keluarga dan rakan2 juga kalau tidak stress buat bongkah cendawan je heheh . manakala sabtu dan ahad saya habiskan masa dengan dengan keluarga , diri sendiri dan kekadangan saya buat bongkah  ( tgk keadaan , kena fleksibel )
bongkah baru dijanka untuk pengeluaran bulan 9/2017

Beginilah pengiraan untuk  2 000 bongkah
(((30 bongkah x 3 jam buat bongkah ) x 5 hari berkerja )x 4 minggu dalam sebulan )x 2 bulan proses kompos = 3 600 bongkah est  .
Bongkah yang dulu kini menampakkan hasil , kelihatan meselium tumbuh dengan baik . 

Kena diingat juga bahawa bongkah-bongkah ini perlu di beri benih dan diperam so banyak tenaga diperlukan sepanjang pembuatan ini . Memandangkan saya masih muda dan banyak tenaga saya habis semua ke ladang cendawan saya ini , saya mula sedar bahawa masa itu emas hahahaha kalau tidak dimaanfaatkan masa muda ini dengan perkara berfaedah rugi bro .
rak untuk 2 000 Bongkah cendawan 

Sekarang sudah 15 may 2017 , 1/2 bulan 5 so far saya sudah berjaya membuat 528 bongkah , semua agak berjalan lancar dan saya target sebelum penamat bulan saya sudah siapkan 1000 bongkah , masuk bulan 6 pula setel 1000 bongkah . Oh yeahhh 2 000 bongkah saya akan siapkan anda ! XD cayo2

Salam
Cosmas moses Boniface

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.