TIP HANGAT ! Kenapa anda perlu guna bongkah cendawan pendek ! - CENDAWAN TIRAM KELABU

Tuesday, June 11, 2019

TIP HANGAT ! Kenapa anda perlu guna bongkah cendawan pendek !


bongkah cendawan tiram kelabu
Bongkah cendawan pendek (kiri) dan bongkah cendawan panjang (kanan)

Pernah anda terfikir adakah bongkah cendawan yang panjang dan pendek memainkan peranan penting dalam perngusahaan cendawan anda ? Dahulu saya hanya belasah je janji bongkah cendawan padat dan mampat . Namun setelah melawat ke beberapa ladang di Kelantan pandangan saya berubah . Saya didedahkan dengan beberapa penemuan yang saya sendiri tidak terfikir selama ini . Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih pada encik Wan Munif dari Bimbo yang telah membantu secara tidak langsung dan melayan karenah saya sepanjang lawatan di Kelantan .
Pada mula pengusahaan saya , saya hanya didedahkan cara pembuatan bongkah cendawan namun tidak begitu mendalam . Kini saya mula sedar bahawa ilmu pengusahaan cendawan ini amat luas dan ilmu ada pada saya hanya sebutir pasir . Saya berharap perkongsian sedikit ini akan membantu anda menjadi pengusahaan cendawan yang lebih baik .



BERIKUT  KENAPA ANDA PERLU TUKAR DARI BONGKAH CENDAWAN YANG  PANJANG KE BONGKAH CENDAWAN PENDEK 


BONGKAH CENDAWAN PENDEK JANA BANYAK BONGKAH CENDAWAN

Saya dimaklumkan pengusahaan kawan-kawan di Kelantan lebih gemar mengunakan bongkah cendawan yang lebih pendek kerana dari aspek kos dan jumlah bongkah  . Bongkah cendawan yang pendek mampu menjana bongkah cendawan yang banyak dan jika disimpulkan ini amat benar  . 

HASIL TUAIAN ADALAH SAMA DENGAN BONGKAH PANJANG

Pada asalnya saya agak ragu-ragu dengan prestasi bongkah cendawan ini . Bagaimana pula dengan jumlah hasil tuaian ? Saya dimaklumkan rata-rata memberitahu bongkah yang pendek menghasilkan tuai yang sama justeru amat membazir habuk kayu jika hasil tuai bongkah yang panjang adalah sama dengan pendek . 

JANGKA HAYAT YANG  LEBIH KURANG SAMA

Jangka hayat bongkah yang pendek dimaklumkan adalah lebih kurang sama dengan yang panjang iaitu sehingga 3 bulan atau dalam erti kata lain sehingga 7 kali tuaian . Hal ini mengikut cara penjagaan pengusaha itu sendiri ,  ada pengusaha guna teknik rehat 7-10 hari dan ada pula guna teknik buka sahaja . Bagi yang mengunakan teknik rehat 7-10 hari sedia maklum bahawa jangka hayat bongkah cendawan adalah lebih lama  berbanding dengan teknik teknik buka sahaja . 

MENJIMATKAN JUMLAH HABUK KAYU 

Bongkah cendawan yang pendek mengunakan kadar habuk kayu yang lebih rendah berbanding bongkah panjang justeru ini menjimat kos dan habuk kayu . Habuk kayu sekarang (habuk kayu dikawasan saya agak susah nak cari harga kasih sayang rata-rata harga agak tinggi ) oleh itu bagi menjamin kemampanan bisnis cendawan adalah amat disaran pengunaan bongkah cendawan yang pendek .

BONGKAH PENDEK SENANG BUAT BERBANDING BONGKAH PANJANG 

Proses membuat bongkah cendawan adalah paling rumit sekali . Para pengusaha yang membuat bongkah cendawan secara manual iaitu hanya mengunakan kudrat tanpa bantu mesin memang perit sekali . Sebagai contoh hendak membuat sebanyak 1000 bongkah , bukan main payah nak buat noh . Yelah nak isi pp plastic secara manual , hentak dan pasang cap/neck bukan perkara mudah . Saya dapati membuat bongkah yang lebih pendek memudahkan urusan kerja kerana bongkah pendek mudah dipegang dan diselengara .


Baik berikutlah recap semua tip-tip kenapa anda perlu guna bongkah pendek;
  1. Bongkah cendawan pendek membantu anda menghasilkan lebih banyak bongkah cendawan.
  2. Hasil tuaian bongkah yang sama.
  3. Menjimat kos dari aspek pengunaan habuk kayu.
  4. Jangka hayat bongkah yang sama.
  5. Membuat bongkah cendawan pendek adalah lebih mudah dari bongkah cendawan panjang .

Kesimpulanya , saya berharap perkongsian ini mampu menjadi idea kepada pengusahaan cendawan anda. Sedikit perkongsian ini adalah satu pengajaran kepada diri saya dan sedikit sedekah ilmu kepada pelawat blog saya .

Sekian terima kasih.
Cosmas moses Boniface


2 comments:

Powered by Blogger.