Salam sejahtera kepada yang sudi melayari blog saya.
Perkongsian kali ini , adalah perjalanan saya untuk mendapat
lesen perniagaan bagi perniagaan cendawan saya . Dijadikan cerita asalnya saya pergi ke pejabat Tekun untuk mendapat
penjelasan mengenai pembiayaan kewangan
perniagaan khas untuk bumiputera . Sembang punya sembang , pegawai Tekun
terangkan saya perlu lesen perniagaan baru layak untuk memohon. Untuk
mendapatkan lesen tersebut saya perlu ke SMC iaitu terletak di Wisma Sanyan.Memandangkan
masa keluar sudah cukup saya berakhir hari tersebut dengan balik ofis. , maklum
lah kerja pejawat awam.
Seminggu
kemudian saya pergi bangunan Wisma Sayan . Saya datang seorang diri , dengan
rasa berani saya mencari info tingkat
berapa SMC dekat Wisma Sanyan . Tengok punya tengok , ada beberapa tingkat
Wisma Sanyan tertera SMC , oh my mana satu nak pergi ini. Kemudian saya ambil
keputusan untuk melawat tingkat 21 . Di tingkat 21 , saya dengan sabarnya
menunggu pegawai kaunter , mungkin masih sibuk dengan kerja .Tidak lama
kemudian pegawai SMC pun datang , dan dia cakap “maaf , bukan dekat tingkat 21
tetapi tingkat 20 “ Baiklah saya pun turun ke tingkat 20.Kali ini , pegawai SMC
dekat kaunter ada dekat kaunter , hah ,
sembang punya sembang , pegawai itu cakap “maaf , disini tiada lesen cendawan
kalau mahu encik kena pergi ke bangunan Baitumal , bahagian resident yaa “ .
Hidupkan kenderaan dan mula
pecut ke Baitumal . Sesak bukan menjadi penghalang , maklumlah guna motosikal
main cantas je beb kenderaan . Tidak lama kemudian saya sampi di bangunan
Baitumal . Melangkah masuk dalam banguan Baitulmal , wow terpegun dengan seni
bini dalam bangunan . Tidak lama kemudian mata mula mencari kaunter pertanyaan
, tiada sebarang susuk yang duduk disana . Sekarang saya kena berdikari lagi ,
mencari papan tanda . Periksa punya periksa , cawangan resident di tingkat 5 . Apa lagi dengan semangat melangkah dalam lif
dan terus mara ke kaunter tingkat 5 untuk berurusan mohon lesen. Dukacita
dimaklumkan nampaknya saya salah tingkat lagi , kali ini tingkat 4 pula .
Baiklah saya redha dan pergi ke tingkat 4 . Di tingkat 4 , saya tanya pegawai
perempuan disana ( nasib cantik ) rupanya disini hanya tempat pembayaran lesen
dan bukan tempat mohon lesen . Pegawai tersebut memberitahu bahawa di UTCS mohon lesen perniagaan . Sekali lagi saya
memecut ke UTCS Sibu.
Setiba
di UTCS , saya pergi tingkat 1 UTCS .Bayangkan betapa banyak manusia
berkeliaran dan duduk didalam bangunan UTSC .Harap semua berjalan dengan lancar
. Saya kemudian mengambil no. tiket pada masa itu tertera pada tiket 1015
manakala no. pada paparan digital adalah 1014 , dalam kepayahan ini ada juga
nasib baik. Syukur , Tidak lama kemudian
no. saya tertera pada paparan digital , 1015 . Saya berjumpa dengan pegawai
resident bernama firdaus . Setelah bersembang dan menanya bebarapa soalan , ternyata saya perlu
ada alamat syarikat dan alamat syarikat ini tidak boleh kawasan kediaman . Oh
my .. Nampak ada level yang perlu saya lepas.
/S : boleh tahan cabaran sebagai
seorang usahawan ini.
No comments
Post a Comment