Pada pertengahan
tahun 2016 saya telah menghadari kursus
cendawan tiram kelabu .
Sebelum saya menghadiri kursus ini saya ada membeli bongkah beberapa dari pengusaha cendawan di Kuching Sarawak , malangnya rasa diri masih terlalu awal untuk
menjaga cendawan tanpa ilmu yang betul . Yelah main terjah je kan , siram bongkah mcm
siram pokok bunga , main vape depan cendawan , main cabut je cendawan omg ini
namanya hentam keromo .
Tidak lama kemudian saya dijodoh dengan kursus penanam
cendawan . Rasa diri ini sangat bertuah , apa lagi saya rembat peluang yang ada
. Hah bukan main gembiralah rasa diri ini . Berpeluang untuk belajar macam
mana nak tanam cendawan lah kan , Kursus yang dibagi adalah sangat menarik ,
infomatif dan tenaga pengajar yang sporting .
Berikut merupakkan antara gambar-gambar semasa kursus
dijalankan;
Yang baju berwarna hijau adalah tenaga pengajar nama dia cikgu Dewi sudah berkecimpung dalam industri cendawan sudah lama , income 20k sebulan tp kena ingat bukan senang katanya , yang senyum tu sila ignore hahahah
Antara peralatan yang perlukan untuk mengukur suhu bilik peram atau bilik tuai dan juga mengukur tahap kelembapan , ini amat penting
Pengunaan deltol adalah amat penting untuk menjaga kebersihan semasa selepas dan sebelum proses buat cendawan ini .
Ini adalah bongkah separa matang , yelah meselium belum memenuhi bongkah 100%, dulu saya panggil bongkah ini botol plastik yelah tengok ada cap dah mcm botol coca cola hahaha . Sekarang dah tau , saya sendiri gelak balik .
Tengok gaya dah tau , penuh semangat dengan body language ala-ala penari profesional semasa memberi tip dan ilmu yang sangat berharga *harap cikgu Dewi tak baca blog saya hahaha *
Sesi ini adalah paling menarik dah mcm sesi mengaul dodol , ada plak yang cakap "dek , jgn ambil yg saya punya , ambil yg dekat sana ok ?" hahaha yelah plastik pp saya pecah akibat hentak kuat sangat ,apa lagi nak ambil bahan media, tgk2 nak ambil orang lain punya , hahah macam-macam ragam . Seronok juga .
Betapa fokus para peserta menghadiri kursus . Rasa sangat berbaloi mengikuti kursus ini , Macam-macam soalan dilontarkan dan idea-idea dikongsikan .
Inilah wajah-wajah yang bakal menceriakan industri cendawan . Harap rakan-rakan yang pernah mengikuti kursus ini maju dan jika ada jodoh kita berjumpa ya.
Berbaju hijau adalah tenaga pengajar kami, cikgu Dewi . Seorang yang peramah , baik dan tidak kedekut ilmu . Saya doakan cikgu Dewi terus maju dalam industri cendawan .
Inilah permulaan segalanya . Ilmu yang saya perolehi ini akan saya abadikan seumur hidup dan sawenang-wenangnya . Jika saya kesempatan saya akan kongsi ilmu saya kelak, seperti mana cikgu Dewi .
Hasil pemerhatian saya , rata-rata yang join kursus ini umur 30an dan malah ada yang sudah mahu pencen. Ada seorang dua berumur 30an kebawah , mungkin generasi muda mcm saya kurang berminat dengan bidang pertanian . Saya harap generasi muda lebih peka mengenai bidang pertanian .Yelah negara mana penduduknya tidak makan , kalau sesebuah negara kekurang makan maka keselamatan negara tergugat . Sorry bukan nak berpolitik hehehe :)
sekian , ini sahaja perkongsian kali ini . Esok sambung lagi .
Masih ada lg kew kursus cendawan di kuching ?
ReplyDeleteSalam Encik Amirul . Buat masa ini saya belum mendapat sebarang update/info mengenai kursus .Namun saya boleh saran encik Amirul untuk hubungi KK Farm : 012 872 7969 atau Raudah Farm : 019 867 2465 berkenaan kursus cendawan. Btw terima kasih kerana singgah di blog saya .
DeleteSalam .