Cabaran Pembinaan Rumah Cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Sunday, September 18, 2016

Cabaran Pembinaan Rumah Cendawan



Permulaan untuk memulakkan perniagaan bukanlah senang .  Salah satu cabaran adalah untuk membina tempat  operasi , sebagai contoh kes, saya pengusaha cendawan  memerlukan rumah cendawan dan ini memerlukan kayu , atap dan seumpamanya . Terus terang saya cakap , saya tiada pengalaman dalam seni bina rumah , beli kayu malah ilmu pertukangan  hehehe namun saya ada ayah saya sebagai tempat rujukkan.
RUMAH CENDAWAN
Pandangan hadapan rumah cendawan saya , tidak seberapa tapi baik dari tiada :) saya bersyukur
Permandangan dalam rumah cendawan saya ,kawasan ini utk peram cendawan
Proses membuat rumah suntik cendawan
Bila dah  tahu sedikit  saya mula mengubah halatuju saya , harga kayu agak mahal ,  sebagai contoh kayu berukur  2x2 dan panjang 12 kaki berharga rm12 itu pun belum ditambah dengan kos penghantaran . Sebagai contoh jika saya memerlukan kayu sebanyak 100 unit perbelanjaan yang harus saya ada adalah sebanyak rm 1200 , fuh yoooo banyak tu . Sekarang saya sudah menghabiskan lebih 3k untuk bangsal cendawan bagi rumah suntik dan rumah peram . 

Bagi saya perbelanjaan itu banyak dan tidak sesuai dengan individu  seperti saya . Lantas saya mula mengorak langkah menanya teman-teman jika meraka  ( orang kampung ) ada jual kayu, tidak lama kemudian saya mendapat panggilan dari kawan baik , malah saya anggap sebagai inspirasi iaitu Cikgu Embat lala . Rupanya cikgu embat lala sedang membersih kawan hutan di kampungnya yang terletak di Julau . Dan banyak kayu-kayu terbuang dan tidak diguna , ini peluang, saya  kena sambar hehe . Sembang punya sembang , saya  atur masa untuk datang ke ladangnya yang terletak Julau.

Pada 18/9/2016 iaitu hari Ahad , saya dan ayah saya bergerak dari Batu 6 ke Julau pada tengah hari . Persiapan bot 2 set , topi dan sedikit bekalan air maklum lah saya tidak tahu macam mana permukaan muka bumi disana . Perjalanan untuk kesimpang kampung Embat lala mengambil masa selama 30 minit , Nampak segala berjalan dengan lancar . Tetapi setelah memasuki simpang kampung Cikgu Embat lala senario telah berubah . Saya mengunakkan kereta sedan car iaitu Pesona amatlah tidak sesuai dengan bentuk muka bumi sepanjang perjalanan ke rumah embat lala . Kejap turun kejap naik bukit dan ulang-ulang , gear 1 dan 2 sahaja digunakan . Dalam hati mula berdetik , amatlah baik jika ada kereta four wheel drive ehehehe.


Permandangan semasa perjalanan ke kampung Cikgu Embat lala
  
Banyak anak-anak pokok sawit sepanjang perjalanan , jangan cakap orang kampung tidak berduit hehehe

Keadaan jalan semasa pergi kerumah kampung Cikgu Embat lala

Setiba dikawasan kampung embat lala , (sebenarnya kampung tersebut dimiliki isteri beliau iaitu Shima ) dimana perjalanan mengambil masa selama 30 minit . Perjalanan yang menarik dan penuh liku-liku ala-ala roller coaster hahahah . Kami rehat sekejap dirumah panjang embat lala , memang luas ikut pengiraan saya terdapat lebih 30 pintu di rumah panjang embat lala . Bukan itu sahaja bahan digunakkan untuk membina rumah panjang adalah berasas simen , batu bata dan kurang mengunakkan  kayu . memang moden , luas dan saya terpesona .

 Dan tidak lama kemudian selang 15 minit kami gerak ke ladang  embat lala . Disini proses pembersihan sedang dijalankan dimana mengunakan jentera tolak . Saya bertanya berapa kos servis jentera tolak ini untuk membersih kawasan hutan , Cikgu Embat lala memberitahu 1 jam dalam rm 150 , saya apa lagi terperanjat , gaji orang yang handle jentera tolak ini lebih dari saya hahahaha . Sepanjang masa di ladang Cikgu Embat lala , saya dapati banyak kayu-kayu yang sesuai  namun banyak yang berselerak tambahan saya TIDAK TAHU JENIS KAYU YANG SESUAI , kang saya main rebat je , tak pasal-pasal kayu yang tidak baik untuk pembinaan . Nasib saya ada ayah saya masa itu , sebagai tukang rujukkan lantas ayah saya cakap kebanyakkan kayu bukit adalah tahan dalam jangkaan dalam 2-3 tahun malah ada yang lebih lama. 
 

Kali ini kami mengunakkan four wheel drive , kalu guna kereta persona hurmm sangkut jawapannya
Kelihat Cikgu Embat menuju kearah jentera tolak , gaji orang yang handle jentera ni lebih masyuk dari saya hehe
sambil melawat sambil menghulurkan tangan , no problem !
pokok-pokok hasil pembersihan mengunakkan jentera tolak , banyak  rugi tak guna
Ini dia , ayah saya , menanyakkan pelbagai soalan  , memang padu lah soalan . Masih berbisa .
Pokok-pokok berpontensi untuk dijadikan papan untuk buat rumah . hah tidak perlulah beli papan dah lah papan mahal wei..
Cikgu Embat lala dan isteri beliau , Shima . Jasa baik kamu dua hanya Tuhan yang mampu balas .
Menunjukkan kami balik ke kenderaan four wheel drive .

Sembang punya sembang bersama Cikgu Embat lala dan Isterinya Shima , Saya  dapati beberapa  isu yang saya kenal pasti ,

1.Saya kena potong kayu yang ada di kawasan Cikgu Embat lala
2.Saya kena pilih kayu yang sesuai
3.Saya kena gaji orang untuk angkat kayu ke kendaraan sebagai contoh hilux
4.Saiz pokok yang berselarak mengambil masa untuk mencari
5.Jarak untuk membawa kayu agak jauh dan mencabar
6.Kena sewa kenderaan spt lori atau hilux
7.Masa dan tenaga yang diperlukan


Faktor-faktor diatas bermain dalam fikiran saya , payah juga ini , cabaran sebagai seorang pengusaha cendawan mula membebani bahu saya . Pada saat tersebut , kalau payah sangat ini lebih baik  saya beli kayu dekat Bandar Sibu , namun bila fikir balik 1.2k itu banyak . Cuba fikir cara dan cuba Tanya lagi .

Syukur setelah bersembang dengan Shima , dia memberitahu uncle dia ada buat kerja potong kayu ( maaf saya kurang pasti nak letak profession apa , main bedal je eheh ) , dan jenis kayu yang dia usahakan adalah kayu jinggau .Apa lagi kami mula gerak ke Naman ,kali ini shima dan emak dia menemani kami dan cikgu embat lala pula bercadang untuk tinggal di Julau untuk mengurus ladangnya . Perjalanan kali ini mengamnbil masa selama 20 minit. 


Ini dia Naman , orang dekat sini memang terbaik
Nampak je macam ni , tapi tanah dimiliki luas , jangan pandang rendah yer.
Ini dia wajah Uncle Kayu Jinggau , berbangsa Iban dan seorang yang saya salute dan peramah . Ilmu didada jangan dilawan kalau baru berusia 2-3 tahun. hehehe
 Setiba disana iaitu di  Naman , kami disambut dengan baik oleh Uncle Kayu Jinggau ( saya lupa nak bertanya nama , uncle ini peramah sangat sampai lupa nak bertanya nama ) Sembang punya sembang , uncle kayu jinggau cakap dia punya price memang cantiklah dan dia boleh cari dalam masa sebulan . Berurusan dengan Uncle ini sangat baik malah kami mendapat sedikit buah tangan , ( thank yaa uncle . dia bagi buah cempedak , baik sungguh J ) . Orang macam saya ini yang tidak tahu pasal kayu jinggau ini , saya mohon uncle untuk tunjukkan macam mana kayu jinggau ini , hah masa ini dia terang bukan main excited lagi , saya apa lagi dengan rasa gembira tangkap gambar kayu jinggau . Mengikut keterang Uncle Kayu Jinggau , dia cakap kayu ini boleh tahan sehingga 6-7 tahun , saya apa lagi rasa diri ini sangat bersyukur , harga dah lah cantik dan ketahanan kayu ini diluar jangkaan saya . Hari pun semakin senja , saya dan ayah saya mohon untuk balik ke Sibu untuk menguruskan kakak saya , yang mahu balik ke Kuching mengunakkan kapal terbang .

Gandingan mandap , pelbagai tip , nasihat , soalan dan penerangan sedang berlaku

Inilah rupanya kayu Jinggau , yang ini masih kecil.
Kayu jinggau  dari sudut berlainan
Kayu jinggau dari sudut berlainan


Setelah berjumpa dengan Uncle Kayu Jinggau , beberapa persoalan saya terjawap , malah beban kurang. bersyukur . :)

P/S ; Sepanjang perjalanan dari Naman ke Sibu , saya berfikir  dalam kehidupan ini jika kita cepat mengalah dan tidak mahu bertanya kita  berada ditapuk yang lama , tiada penambahan nilai seperti saya tadi yang hampir-hampir putus asa 

Sekian pengkongsian kali ini , nanti saya share lagi , sayo nara J

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.