Permulaan untuk memulakkan perniagaan bukanlah senang . Salah satu cabaran adalah untuk membina
tempat operasi , sebagai contoh kes,
saya pengusaha cendawan memerlukan rumah
cendawan dan ini memerlukan kayu , atap dan seumpamanya . Terus terang saya cakap ,
saya tiada pengalaman dalam seni bina rumah , beli kayu malah ilmu
pertukangan hehehe namun saya ada ayah
saya sebagai tempat rujukkan.
|
Pandangan hadapan rumah cendawan saya , tidak seberapa tapi baik dari tiada :) saya bersyukur |
|
Permandangan dalam rumah cendawan saya ,kawasan ini utk peram cendawan |
|
Proses membuat rumah suntik cendawan |
Bila dah tahu sedikit
saya mula mengubah halatuju saya , harga
kayu agak mahal , sebagai contoh kayu
berukur 2x2 dan panjang 12 kaki berharga
rm12 itu pun belum ditambah dengan kos penghantaran . Sebagai contoh jika saya
memerlukan kayu sebanyak 100 unit perbelanjaan yang harus saya ada adalah
sebanyak rm 1200 , fuh yoooo banyak tu . Sekarang saya sudah menghabiskan lebih 3k untuk bangsal cendawan bagi rumah suntik dan rumah peram .
Bagi saya perbelanjaan itu banyak dan tidak sesuai dengan individu seperti saya . Lantas saya mula mengorak
langkah menanya teman-teman jika meraka
( orang kampung ) ada jual kayu, tidak lama kemudian saya mendapat
panggilan dari kawan baik , malah saya anggap sebagai inspirasi iaitu Cikgu
Embat lala . Rupanya cikgu embat lala sedang membersih kawan hutan di
kampungnya yang terletak di Julau . Dan banyak kayu-kayu terbuang dan tidak
diguna , ini peluang, saya kena sambar hehe . Sembang punya sembang , saya atur masa untuk datang ke ladangnya yang
terletak Julau.
Pada 18/9/2016 iaitu hari Ahad , saya dan ayah saya bergerak
dari Batu 6 ke Julau pada tengah hari . Persiapan bot 2 set , topi dan sedikit
bekalan air maklum lah saya tidak tahu macam mana permukaan muka bumi disana . Perjalanan
untuk kesimpang kampung Embat lala mengambil masa selama 30 minit , Nampak segala
berjalan dengan lancar . Tetapi setelah memasuki simpang kampung Cikgu Embat
lala senario telah berubah . Saya mengunakkan kereta sedan car iaitu Pesona amatlah
tidak sesuai dengan bentuk muka bumi sepanjang perjalanan ke rumah embat lala .
Kejap turun kejap naik bukit dan ulang-ulang , gear 1 dan 2 sahaja digunakan . Dalam
hati mula berdetik , amatlah baik jika ada kereta four wheel drive ehehehe.
|
Permandangan semasa perjalanan ke kampung Cikgu Embat lala |
|
Banyak anak-anak pokok sawit sepanjang perjalanan , jangan cakap orang kampung tidak berduit hehehe |
|
Keadaan jalan semasa pergi kerumah kampung Cikgu Embat lala |
Setiba dikawasan kampung embat lala , (sebenarnya kampung
tersebut dimiliki isteri beliau iaitu Shima ) dimana perjalanan mengambil masa
selama 30 minit . Perjalanan yang menarik dan penuh liku-liku ala-ala roller
coaster hahahah . Kami rehat sekejap dirumah panjang embat lala , memang luas
ikut pengiraan saya terdapat lebih 30 pintu di rumah panjang embat lala . Bukan
itu sahaja bahan digunakkan untuk membina rumah panjang adalah berasas simen ,
batu bata dan kurang mengunakkan kayu .
memang moden , luas dan saya terpesona .
Dan tidak lama
kemudian selang 15 minit kami gerak ke ladang embat lala . Disini proses pembersihan sedang
dijalankan dimana mengunakan jentera tolak . Saya bertanya berapa kos servis
jentera tolak ini untuk membersih kawasan hutan , Cikgu Embat lala memberitahu
1 jam dalam rm 150 , saya apa lagi terperanjat , gaji orang yang handle jentera
tolak ini lebih dari saya hahahaha . Sepanjang masa di ladang Cikgu Embat lala ,
saya dapati banyak kayu-kayu yang sesuai namun banyak yang berselerak tambahan saya
TIDAK TAHU JENIS KAYU YANG SESUAI , kang saya main rebat je , tak pasal-pasal
kayu yang tidak baik untuk pembinaan . Nasib saya ada ayah saya masa itu ,
sebagai tukang rujukkan lantas ayah saya cakap kebanyakkan kayu bukit adalah
tahan dalam jangkaan dalam 2-3 tahun malah ada yang lebih lama.
|
Kali ini kami mengunakkan four wheel drive , kalu guna kereta persona hurmm sangkut jawapannya |
|
Kelihat Cikgu Embat menuju kearah jentera tolak , gaji orang yang handle jentera ni lebih masyuk dari saya hehe |
|
sambil melawat sambil menghulurkan tangan , no problem ! |
|
pokok-pokok hasil pembersihan mengunakkan jentera tolak , banyak rugi tak guna |
|
Ini dia , ayah saya , menanyakkan pelbagai soalan , memang padu lah soalan . Masih berbisa . |
|
Pokok-pokok berpontensi untuk dijadikan papan untuk buat rumah . hah tidak perlulah beli papan dah lah papan mahal wei.. |
|
Cikgu Embat lala dan isteri beliau , Shima . Jasa baik kamu dua hanya Tuhan yang mampu balas . |
|
Menunjukkan kami balik ke kenderaan four wheel drive . |
Sembang punya sembang bersama Cikgu Embat lala dan Isterinya
Shima , Saya dapati beberapa isu yang saya kenal pasti ,
1.Saya kena potong kayu yang ada di kawasan
Cikgu Embat lala
2.Saya kena pilih kayu yang sesuai
3.Saya kena gaji orang untuk angkat kayu ke
kendaraan sebagai contoh hilux
4.Saiz pokok yang berselarak mengambil masa
untuk mencari
5.Jarak untuk membawa kayu agak jauh dan
mencabar
6.Kena sewa kenderaan spt lori atau hilux
7.Masa dan tenaga yang diperlukan
Faktor-faktor diatas bermain dalam fikiran saya , payah juga
ini , cabaran sebagai seorang pengusaha cendawan mula membebani bahu saya .
Pada saat tersebut , kalau payah sangat ini lebih baik saya beli kayu dekat Bandar Sibu , namun
bila fikir balik 1.2k itu banyak . Cuba fikir cara dan cuba Tanya lagi .
Syukur setelah bersembang dengan Shima , dia memberitahu
uncle dia ada buat kerja potong kayu ( maaf saya kurang pasti nak letak
profession apa , main bedal je eheh ) , dan jenis kayu yang dia usahakan adalah
kayu jinggau .Apa lagi kami mula gerak ke Naman ,kali ini shima dan emak dia
menemani kami dan cikgu embat lala pula bercadang untuk tinggal di Julau untuk
mengurus ladangnya . Perjalanan kali ini mengamnbil masa selama 20 minit.
|
Ini dia Naman , orang dekat sini memang terbaik |
|
Nampak je macam ni , tapi tanah dimiliki luas , jangan pandang rendah yer. |
|
Ini dia wajah Uncle Kayu Jinggau , berbangsa Iban dan seorang yang saya salute dan peramah . Ilmu didada jangan dilawan kalau baru berusia 2-3 tahun. hehehe |
Setiba disana iaitu di Naman , kami disambut dengan baik oleh Uncle
Kayu Jinggau ( saya lupa nak bertanya nama , uncle ini peramah sangat sampai
lupa nak bertanya nama ) Sembang punya sembang , uncle kayu jinggau cakap dia
punya price memang cantiklah dan dia boleh cari dalam masa sebulan . Berurusan
dengan Uncle ini sangat baik malah kami mendapat sedikit buah tangan , ( thank
yaa uncle . dia bagi buah cempedak , baik sungguh J ) . Orang macam saya ini yang
tidak tahu pasal kayu jinggau ini , saya mohon uncle untuk tunjukkan macam mana
kayu jinggau ini , hah masa ini dia terang bukan main excited lagi , saya apa
lagi dengan rasa gembira tangkap gambar kayu jinggau . Mengikut keterang Uncle
Kayu Jinggau , dia cakap kayu ini boleh tahan sehingga 6-7 tahun , saya apa
lagi rasa diri ini sangat bersyukur , harga dah lah cantik dan ketahanan kayu
ini diluar jangkaan saya . Hari pun semakin senja , saya dan ayah saya mohon
untuk balik ke Sibu untuk menguruskan kakak saya , yang mahu balik ke Kuching
mengunakkan kapal terbang .
|
Gandingan mandap , pelbagai tip , nasihat , soalan dan penerangan sedang berlaku |
|
Inilah rupanya kayu Jinggau , yang ini masih kecil. |
|
Kayu jinggau dari sudut berlainan |
|
Kayu jinggau dari sudut berlainan |
|
|
Setelah berjumpa dengan Uncle Kayu Jinggau , beberapa persoalan saya terjawap , malah beban kurang. bersyukur . :)
P/S ; Sepanjang perjalanan dari Naman ke Sibu , saya
berfikir dalam kehidupan ini jika kita
cepat mengalah dan tidak mahu bertanya kita berada ditapuk yang lama , tiada penambahan
nilai seperti saya tadi yang hampir-hampir putus asa
Sekian pengkongsian kali ini , nanti saya share lagi , sayo
nara J
Leave a Comment