Seranggan Hama (Kutu Padi) - CENDAWAN TIRAM KELABU

Friday, September 16, 2016

Seranggan Hama (Kutu Padi)

Salam sejahtera kepada yang sudi datang ke blog saya .

Seminggu dua ini saya perasaan sesuatu telah hadir dikamar tidur . Terkejut beruk apabila  mendapati serangga bernama Hama(mite) ada dekat katil . Tak sangka  hama ini boleh terbang macam nyamuk , hehehe . Jadi agak payah nak tidur sepanjang ada hama ini , yelah elok-elok landing dekat katil tiba-tiba rasa ada sesuatu bergerak dekat badan . Fuh semangat .

Untuk kali ini saya mahu kongsi sedikit cara solusi saya menanggani isu Hama . Apa itu Hama ? Hama ni adalah kutu padi dan jika tidak dibendung boleh menyebabkan kerosakkan pada cendawan dan malah menyebabkan penyakit kulit  .

Untuk menyelesaikan hama ini ada beberapa cara dan antaranya adalah
1)menyembur  metil  bromida
2)dedahkan serkam padi dengan cahaya matahari paling terbaik waktu tengah hari
3)balut beg serkam padi untuk serkat penyebaran hama dikawasan rumah'

Hama

 Gambar diatas menunjukkan hama yang sedang baik punya melepak dekat beg serkam padi saya .



   Dengan bantuan ayah yang tercinta saya mulakan operasi untuk membalut beg serkam padi  . Berikut merupakkan gambar semasa proses dijalankan;

beg serkam padi untuk cendawan
 Sejak kena serang Hama beberapa minggu yang lalu , saya dan ayah saya mula berbincang untuk menyelesaikan isu ini dan cuba untuk lihat cara terbaik dengan keadaan . Jadi saya dengan ayah saya mengunakkan cara mebalut beg serkam padi bagi membendung serangan hama . Gambar diatas adalah beg serkam padi yang terdedah . Apabila saya membuat pemeriksaan saya dapati ada beberapa beg serkam padi ini ada terkoyak dan menyebabkan peluang untuk hama meluaskan empayar mereka ke kamar tidur saya . hahaha

beg serkam yang telah dibalut dengan plastik hitam
Proses pembalutan dijalankan , setiap beg serkam padi saya balut mengunakkan 2 beg plastik hitam . Yelah plastik beg hitam yang saya guna amatlah senang koyak . Plastik beg hitam sampah yang kebiasaan kegunaan domestik. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga saya mengunakkan 2 beg plastik hitam untuk setiap beg serkam padi dan ikat elok-elok seperti digambar atas , Oh ya , sebelum saya balut , saya bersihkan beg serkam padi dari hama mengunakkan penyapu dan kain.

beg serkam padi yang telah balut kesemuaanya
Proses pembalutan tidaklah lama , cuma semasa membalut satu badan kena serang hama , dari kaki hinggalah ke kepala .Gatal sana sini dekat tubuh badan hahah pengalaman yang sangat menarik sebagai pengusaha cendawan.

gumpulan beg serkam padi tadi ditutup baik dan rapat 
Berikut adalah fasa terakhir , bagi kemas sedikit dan tingkat lagi keselamatan serkam padi dari hujan dan menyekat  penyebaran hama  . 


Saya berharap solusi saya ini boleh diaplikasikan kepada pengusaha lain , mungkin tidak pratikal namun ini cara yang terbaik yang saya dapat fikirkan buat masa ini . Kalau ada cara yang lebih baik saya sedia mendengar . 

Salam dan terima kasih kerana sudi membaca coretan seorang pengusaha cendawan.
Sampai disini sahaja pengkongsian saya . 

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.