Mengekal suhu dan kelembapan rumah cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Sunday, January 29, 2017

Mengekal suhu dan kelembapan rumah cendawan

Saya mula berhadapan dengan masalah untuk mengekal suhu dan kelembapan rumah cendawan . Untuk mengekal suhu dan kelembapan rumah cendawan pada kadar 80-90 kelembapan dan suhu  bawah 35*c  saya perlu menyiram rumah cendawn antara 2 -3 kali pada siang dan 1 kali pada waktu malam *1 kali pada waktu malam adalah tip untuk mendapatkan hasil cendawan yang besar dan sihat* .


Memandangkan saya berkerja dan ini menyebabkan saya amat sukar untuk memberi komimen pada cendawan saya . Yelah turun dan naik kerja dan ambik masa 1 jam , 1 jam sudah terbuang di jalan raya . rehat Cuma 1 jam , tidak pulang modal ni . Setelah membuat beberapa penyelidikan saya memutuskan untuk memasang  water timer , paip air dan misting sistem untuk membantu saya mengekal suhu dan kelembapan rumah cendawan . Beberapa peralatan saya dapatkan dari kedai hardware di Permai Sibu dan sebahagian dari Lazada.com . Berikut merupakan gambar-gambar semasa proses pemasangan  ;

water timer
Gambar diatas adalah water timer , khas membantu saya dalam mengawal air paip dibuka dan ditutup. p/s bateri water timer ini perlu di tukar 6 bulan sekali .

berikut merupakkan nozzle head untuk misting
Nozzle head untuk misting system berdasarkan research saya dapati pemasangan tiadalah begitu menyusahkan , pada masa ini barang baharu sahaja sampai .

water timer yang sudah siap dipasang
Water timer yang telah siap dipasang . Kelak saya akan mula bercerita lebih detail mengenai pemasangan water timer saya ni .
pandangan nozle misting
Walah ! pemasangan nozzle head untuk misting . Dan dalam situasi ini saya memasang jarak 2.5 kaki antara nozzle . Dalam research saya mengatakan 1 meter  . So far saya berpuas ati dengan pemasangan saya ni . *Atau saya dah malas nak adjust balik heheh*

misting sistem untuk cendawan
Sistem misting yang sedang beraksi menjalankan tugas , Kurang sedikit beban hehehe

paip bersaiz 16' telah ditebuk , khas untuk membasah dinding cendawan
Yang ini paling senang DIY ,tebuk lubang pada paip , kalau boleh ambil mata grill yang paling kecil dan tengoklah result diatas , menjalankan tugas dengan terbaik.


Kesimpulannya , setelah memasangkan misting system , water timer dan paip pengaliran saya dapati banyak membantu saya dari segi kos masa saya . Maklumlah saya  berkerja dan saya agak kurang senang menyuruh kedua ibu bapa saya untuk melakukan tugas-tugas menyiram rumah cendawan . Setakat ini sahaja pengkongsian saya . :)


2 comments:

  1. assalamualaikum.. nak tanya,, dinding ruma cendawan ni mmg x pakai net ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pada asalnya ya rumah cendawan ini tidak guna sepenuhnya netting . Lama2 kelamaan saya ubah balik rumah cendawan ni ke 80% guna netting kerana faktor pengudaraan pada awalnya tidak baik , cuma bahagian bawah saya guna abestos namun pada kadar minima.

      Delete

Powered by Blogger.