Saya mula berhadapan dengan
masalah untuk mengekal suhu dan kelembapan rumah cendawan . Untuk mengekal suhu dan kelembapan rumah
cendawan pada kadar 80-90 kelembapan dan suhu
bawah 35*c saya perlu menyiram
rumah cendawn antara 2 -3 kali pada siang dan 1 kali pada waktu malam *1 kali
pada waktu malam adalah tip untuk mendapatkan hasil cendawan yang besar dan
sihat* .
Memandangkan saya berkerja
dan ini menyebabkan saya amat sukar untuk memberi komimen pada cendawan saya .
Yelah turun dan naik kerja dan ambik masa 1 jam , 1 jam sudah terbuang di jalan
raya . rehat Cuma 1 jam , tidak pulang modal ni . Setelah membuat beberapa
penyelidikan saya memutuskan untuk memasang
water timer , paip air dan misting sistem untuk membantu saya mengekal
suhu dan kelembapan rumah cendawan . Beberapa peralatan saya dapatkan dari kedai
hardware di Permai Sibu dan sebahagian dari Lazada.com . Berikut merupakan
gambar-gambar semasa proses pemasangan ;
|
water timer |
Gambar diatas adalah water timer , khas membantu saya dalam mengawal air paip dibuka dan ditutup. p/s bateri water timer ini perlu di tukar 6 bulan sekali .
|
berikut merupakkan nozzle head untuk misting |
Nozzle head untuk
misting system berdasarkan research saya dapati pemasangan tiadalah begitu menyusahkan , pada masa ini barang baharu sahaja sampai .
|
water timer yang sudah siap dipasang |
Water timer yang telah siap dipasang . Kelak saya akan mula bercerita lebih detail mengenai pemasangan water timer saya ni .
|
pandangan nozle misting |
Walah ! pemasangan nozzle head untuk misting . Dan dalam situasi ini saya memasang jarak 2.5 kaki antara nozzle . Dalam research saya mengatakan 1 meter . So far saya berpuas ati dengan pemasangan saya ni . *Atau saya dah malas nak adjust balik heheh*
|
misting sistem untuk cendawan |
Sistem misting yang sedang beraksi menjalankan tugas , Kurang sedikit beban hehehe
|
paip bersaiz 16' telah ditebuk , khas untuk membasah dinding cendawan |
Yang ini paling senang DIY ,tebuk lubang pada paip , kalau boleh ambil mata grill yang paling kecil dan tengoklah result diatas , menjalankan tugas dengan terbaik.
Kesimpulannya , setelah memasangkan misting system , water timer dan paip pengaliran saya dapati banyak membantu saya dari segi kos masa saya . Maklumlah saya berkerja dan saya agak kurang senang menyuruh kedua ibu bapa saya untuk melakukan tugas-tugas menyiram rumah cendawan . Setakat ini sahaja pengkongsian saya . :)
assalamualaikum.. nak tanya,, dinding ruma cendawan ni mmg x pakai net ea ?
ReplyDeleteSalam pada asalnya ya rumah cendawan ini tidak guna sepenuhnya netting . Lama2 kelamaan saya ubah balik rumah cendawan ni ke 80% guna netting kerana faktor pengudaraan pada awalnya tidak baik , cuma bahagian bawah saya guna abestos namun pada kadar minima.
Delete