Masa balik dari kerja tadi , aku terfikir memanjang . Suasana waktu tu memang cun , angin sempoi-sempoi , cuaca mendung , jalan tidak beberapa sesak , tengok kiri dan tengok kanan ku lihat bandar Sibu ni dah macam dalam cerita silent hill .Fuh semangat .
Korang mesti nak tahu apa yang aku fikirkan pada masa tu kan , baiklah masa tu aku terfikir kenapa hidup ni perlu macam ni perlu macam tu , kekadang fikiran aku mencarut fikir pasal agama , tujuan hidup , keruntuhan intergriti pejawat awam , masalah global , kesombongan manusia , materialistik tahap gaban dan benda-benda bukan yang tidak wajar aku sentuh secara terbuka . Masa tu minda aku dah macam iklan television memaparkan satu demi satu intipati yang tiada kesudahannya .
Masa berlalu begitu sahaja , sedar tak sedar aku dah sampai dirumah dengan rasa bangga aku guna motosikal melalui jambatan yang aku bina , perasaan mengunakkan sesuatu hasil tangan kita sendiri memang masyuk dan nilai kepuasaan yang amat tinggi pergg .Aku rasa diri ini ditakdirkan untuk membuat/mencipta/menambahbaikkan sesuatu dan bukannya melakukan kerja hanya semata-mata kerja . Aku pernah terfikir juga harap suatu hari nanti lebih banyakkan bumiputera lebih bersifat berdikari dari sektor swasta dan kerajaan supaya menjadi usahawan , kompom orang jawap balik dekat aku "bro ko fikir senang ka " . Aku hanya senyum dan aku berkata pada diri aku "maaf suara kecil aku siapa nak sahut malah nak didengar pun tiada" . Biarlah angin membawa jiwa aku kemana ia harus tuju chewahhh ☺
Baiklah cukup celoteh aku , aku nak kongsi aktiviti aku petang tadi . Siap masuk bilik , aku salin baju tukar seluar . keluar rumah dan terus melangkah ke masa hadapan aku iaitu ladang cendawan aku . Jom!
Projek ini agak lama tergendala , bapak aku mengelami kemalangan secara tidak langsung progress projek rumah cendawan aku agak terjejas . Dipendekkan cerita bapak aku kemalangan jalan raya jadi aku kena habis masa dengan keluarga aku jadi sekarang bapak aku dah kira stabil .
Kerja pertukangan bermula. Jadi aku ambil semua alat-alat berkaitan dengan urusan kali ini, Kali ini aku nak menambah baikkan kawasan tempat kukus bongkah cendawan . Bila tengok balik kawasan aku tu kurang di simenkan. Nak tak nak kena buat balik , 2 kali kerja rasa nak ketuk kepala ini dengan penyodok well beginner katakan hehehe.
|
tempat kukus cendawan |
|
celah-celah yang bakal disimen |
Kalau kalian teliti gambar diatas , beginilah kawasan tempat kukus aku . Ini je yang aku mampu dulu janji boleh jalan projek aku .
|
kawasan yang bakal aku tampal guna simen |
Setelah aku lihat , menganalsis dan buat keputusan sudah tiba masa untuk bawa semua alat-alat pertukangan . Beg simen , skop , playwood alas untuk menyimen , hos air , kereta sorong dan sarung tangan antara alat-alat yang aku guna .
|
beg simen jenama CMS |
Jenama beg simen ini sahaja yang dibenar digunakkan di Sarawak , tiada persaingan pasaran monopoli .
|
alatan-alatan yang digunakkan |
|
kereta sorong |
|
hos air dan sarung tangan |
siap semua alatan dikumpul . Bahagian yang seronok bermula , masa untuk angkut pasir dan sedikit batu dan membuka beg simen dan gaul sepuas-puasnya . Badan Berpeluh dan tangan lenguh tapi tiada rasa nak berhenti dah rasa macam biasa pula , dulu aku mula-mula buat kerja ni , asyik berhenti beberapa minit then start balik .
|
beg simen yang telah dibuka , sungguh rakus cara pembukaannya. |
|
masa untuk mengaul |
|
aduan dilakukan secara baik |
|
kawasan kerja , gempak tak |
Kerja menyimen ini memang nampak payah , kotor dan memenatkan . Namun bagi aku , aku perlu melakukan kerja sebegini baru tahu tinggi langit dan bumi . Baru tahu keupayaan tu setakat mana . Setelah beberapa kali mengaul , menampal dan meratakan simen tugas aku dah selesai . Setiap permulaan ada pengakhiran .
|
hasil kerja yang tidak bertauliah |
|
hasil pertukangan aku yang beberapa sangat |
Lepas siap menyimen tempat kukus cendawan ini fasa seterusnya aku nak buat dinding tempat kukus ini . Hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Jadi sampai disini sahaja perkongsian saya .
Salam;
Cosmas
No comments
Post a Comment