Sejak hujan memanjang di Sibu ni , tak sangka pula kesan hujan memang kencang habis kawasan utama keluar masuk tempat aku dibanjiri air . Nak turun kerja guna motosikal pun payah , hanya tuhan je tau azab aku masa nak turun kerja nyaris terjatuh gara-gara nak tarik motosikal dari kawasan banjir . Dah kekuatan diri ni manalah kuat sangat , cukup-cukup makan , namun niat kuat nak turun kerja aku guna 110% kuasa ada pada diri , pekerja contoh kata nye 😁 .
|
inilah kawasan keluar masuk yang dibanjiri dengan air |
Kiranya lepas 2-3 hari hujan memanjang lagi , aku buat keputusan untuk buat jambatan . Memang aku geram tahap gaban lah katakan . Dah minggu depan turun kerja lagi , tak akan aku nak tarik lagi motosikal merentas kawasan banjir , masaklah macam ini kan , Entah dari mana kuasa dan kerajinan datang , aku terus rembat tukul , kayu dan alat2 berkaitan untuk membuat jambatan pan borneo versi aku heheh .
|
Pandangan semasa aku rasa macam arkitek. |
Mula-mula aku review dulu kawasan aku nak buat jambatan tu , bila tgk balik pondok yang ada dekat situ kalau boleh kasi roboh , masalah nye pla , pondok tu milik orang lain . Apa lagi aku kol lah empunya pondok tersebut, dah kol hurmm memang negatif lah jawapan nye , lagi pun pondok memang tidak ada diguna lagi namun kita kena hormat kepunyaan orang , so what to do , aku fikir dan guna alternatif yang lain .
Setelah buat pemerhatian yang baik-baik aku mula berimaginasi dalam otak dari mana kemana, rupa jambatan tu , dan semua-semua perkara berkaitan yang aku perlu untuk buat jambatan . Kemudian aku siap-siap tanda guna tali dan ukur panjang jambatan .
|
kawasan yang aku tanda untuk dijadikan jambatan |
|
pandangan dari sisi |
|
kayu-kayu yang diasingkan dari kawasan pembinaan |
Bahagian yang paling menarik . Fasa ini aku ambil kayu siap potong cantik-cantik serta ikut ukuran yang dikehendaki. Kayu ini aku buat ala-ala "T" sebagai penyokong jambatan aku , boleh tengok gambar diselitkan dibawah . Memandangkan aku guna geraji eletrik senang ga kerja , potong , tukul dan tebuk guna drill dan ulang-ulang . Siap sepuluh kayu penyokong aku terus pancak dekat tempat yang aku tanda .
|
berikut adalah kayu penyokong yang aku buat |
|
kayu-kayu penyokong yang telah siap |
Aku bukan tukang kayu yang bertauliah namun dalam situasi ini kena bergerak dari komplain je . Betauliah tak bertauliah aku teruskan usaha aku , kali ni aku cari kayu yang ada dekat rumah untuk sokongan menyambung antara kaki-kaki jambatan . Masa ni ada masalah juga sebab kayu tak cukup . Nasib ada jiran ada tolong sumbang sedikit kayu . Bila sokongkan kayu tu dah siap aku bergerak ke fasa seterusnya , iaitu tempat lapik atau lantai jambatan *maaf aku tidak tahu istilah yang sesuai aku rembat je* , hah sekarang timbul lagi masalah , kayu tak cukup lagi . Nasib baik ada jiran tolong lagi , kali ni memang cukup , Ketuk punya ketuk wala dah siap jambatan pan borneo aku hahahah , sekarang dah tak risau lah , minggu depan dah boleh turun kerja macam biasa . Tidak ada lagi nak tarik motosikal .
|
kayu peyokong berfungi dengan baiknya |
|
hasil pertukangan , lenguh gak tangan menukul jambatan ni , namun berbaloi |
|
jambatan yang dah siap |
|
pandangan dari sudut berlainan, |
|
pandangan diri tepi |
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian , aku kekadang geram ga dengan orang yang asyik komplain tetapi tidak ada usaha nak menambahbaikan keadaan . Asyik tunggu je untuk berubah tapi taknak point out diri sendiri berubah . Kalau aku asyik tunggu perubahan jawapan aku kena tarik motosikal merendah kawasan banjir memang tak efisyien lah hidup aku . Jadi sampai disini sahaja perkongsian.
Salam
Cosmas.
No comments
Post a Comment