Hari yang baik untuk menjalan kerja pengusahaan cendawan hari . Bangun dari katil , kemas katil dulu then pergi mandi lepas tu breakfast . Siap-siap masa untuk memunggah cendawan dari rumah peram ke dalam rumah rumah tuai . Kali ini saya dibantu oleh ayah saya , kiranya menyenangkan sedikit pemunggah kerja untuk memunggah bongkah cendawan .
|
Kerja pemunggah sedang dijalankan |
Cuaca di Sibu pada hari ini amat baik . Nak kata panas tidak juga cukup-cukup untuk saya melakukan kerja . Setiba di rumah peram saya perhati dulu tengok-tengok mana yang kena jangkitan atau bongkah yang tidak menjadi . Kali tidak lah teruk seperti yang dulu tiada kena gangguan dari tikus dan tupai kiranya amat baik .Namun begitu banyak bongkah yang tidak menjadi agak dan didapati benih rosak semasa proses pemeraman upset juga namun ni sudah lumrah sebagai pengusaha .
|
bongkah cendawan yang rosak |
Ambil bongkah dan letak dekat kereta sorang kemudian susun baik dekat rumah tuai dan ulang-ulang proses kerja ni . Agak payah namun kena saya teruskan no pain no gain . Jam sudah menunjukkan 12 tengah hari masa untuk rehat dulu . Hanya tinggal separuh bilangan bongkah dirak rumah peram namun perut dan bising hahhahaha kalau saya guna bateri tukar sahaja bateri dan terus kerja balik .
|
Proses pemeraman bongkah cendawan yang baik boleh dilihat seperti diatas |
Setelah rehat 2 jam . iaitu dekat pukul 2 saya mula lakukan kerja pemunggah balik pada masa ini ayah saya masih rehat . Takpa saya boleh jalankan kerja ni dulu ala sedikit je pun ni , Oh yeahhhhh ! selang 2 jam kemudian kerja pemunggah pun habis semua bongkah didalam bilik peram telah di angkut kedalam bilik tuai . Penat ? memang penat woooi . Lepas punggah semua nak cuci balik bilik peram yelah kotor akibat pegerakkan semasa memunggah . Sempat juga saya periksa dan menukar nozzle mist kiranya yang dulu dah tidak berapa efisyien .
|
ayah saya sedang buat pemeriksaan terakhir |
Tak cukup dengan munggah cendawan . Ayah cakap nak ator balik rak kerana kaki rak sudah terbenam memang nampak tak balance lah rak cendawan peram aku ni . Nak tak nak , kena betulkan jugak . Syukur semua berjalan dengan lancar . Esok banyak lagi kerja nak buat . Minggu depan nak pergi supermarket nak deal supply cendawan segar . Oh yeahhhhhhh !
|
pemandangan didalam rumah peram saya . Biasa-biasa je |
Salam
Cosmas moses Boniface
tag :
bongkah cendawan , cendawan tiram kelabu
No comments
Post a Comment