Pengusahaan cendawan yang semakin rancak - CENDAWAN TIRAM KELABU

Sunday, September 17, 2017

Pengusahaan cendawan yang semakin rancak

Kali ni saya nak kongsi sedikit dengan pembaca sekalian perjalan saya sebagai pengusaha cendawan . Memang tidak dinafikan ada pelbagai cabaran yang kena dihadapi sebagai pengusaha cendawan tidak kesah dari dalam mahupun luaran . Sekarang sudah menjangkau 1 tahun lebih umur perusahaan saya , jika dianalogikan dengan umur manusia , syarikat saya masih bayi lagi masih merangkak . Namun sebegitu  saya dapati perjalan sebagai seorang pengusaha cendawan ini amatlah menarik dan saya amat bersyukur kerana perjalanan yang saya hadapi mematangkan diri ni . Almaklum lah saya ini seorang yang amat pelupa dan banyak buat kesilapan .
Hasil tuaian .

Dijadikan  cerita tempat saya telah dikunjungi oleh beberapa individu . Ini merupakan tanda baik  kerana apa yang saya lakukan telah menjadi  tarikan orang untuk datang dan melihat disamping saya boleh belajar sesuatu dari mereka . Lelaki bernama Elen telah datang ke tempat saya untuk melihat tempat disamping mengetahui proses pengusahaan cendawan ni . Encik Elen amat berminat dengan pengusahaan cendawan ini setelah saya berkongsi pengelaman dengan dia  . Setiba dikawasan saya , saya cerita proses dari  A-Z kepada encik Elen proses pembikinan yang saya buat , agak terngaga katanya bila dengar proses pengusahaan cendawan namun saya nasihat kalau ada kemahuan pasti boleh jadi . Individu seterusnya adalah Mr Peter , pengusahaan cendawan tiram kelabu berasal dari Kuching Sarawak . Mr Peter tidak lokek ilmu malah berkongsi tips-tips , nasihat penambahbaikan dan cadangan-cadangan kepada saya malah mengjemput saya untuk berjumpa dengan dia di Kuching jika keluangan nanti . Sepanjang hari bercerita dengan Mr Peter memang terbaik almaklumlah pengusahaan dia sudah menjangkau lebih 20 tahun , dia nasihatkan saya  teruskan  pengusahaan ni dan jangan menoleh belakang .
Kiri : Bersama Encik Elen dan Kanan : Mr Peter pengusaha dari Kuching

Dalam bulan ini saya dapati hasil tuaian saya semakin bertambah baik dan saya ingin mengcentralize hasil saya kepada satu tempat dengan jumlah yang pukal . Hal ini kerana saya agak payah untuk menjual secara runcit kepada pelanggan dan terikat dengan masa mereka . Bukan kerana saya tidak mahu menjual kepada individu lagi , kerana saya dapati kerja saya perlu kemaskini dan kecekapan perlu ditingkat supaya saya boleh fokus lebih kepada produktiviti. Syukur saya telah menjumpai kedai yang mahu membeli produk saya dengan pukal pada harga yang dipersetujui . Sejak itu production saya sudah tidak cukup untuk menampung permintaan yang kian bertambah . Dan kini ada beberapa perdekatan telah saya jalankan .
Sambutan cendawan yang amat baik

Antara perdekatan yang telah saya lakukan adalah menukar packing baru produk saya . Saya dapati packing product lama tidak begitu nampak gah , profesional dan cantik . Salah satu keburukan yang saya dapati mengunakkan packing lama adalah plastik berwap setelah tempoh dalam beberapa jam , ni menampakkan produk saya tidak cantik . Lantas saya memutuskan mengunakan pembalut plastik dan polistrin untuk menampakkan profesional . Proses agak payah sedikit namun saya masih belajar untuk memudahkan pengunaan packing baru ini . Ternyata produk saya kali tidak berwap dan saya berharap pelanggan saya berpuas hati dengan packing baru ini .
Kiri : packing lama dan Kanan : packing baharu

Seterusnya , saya telah membeli machine mixer untuk memudahkan urusan pengkomposan bahan media cendawan . Pada dulu jika nisbah 2 tenaga menghasil 1 hasil ,  kali ini  nisbah 2 tenaga mampu menghasil 2 hasil . Agak cepat namun begitu saya masih mengaturkan pengurusan jentera ini dengan baik . Yelah kena diperingat untuk kerja penyelengaraan yang baik dan optimum supaya jentera ini menjalan kerja dengan baik dah lah mahal weiiiii hahahahah . Dengan suntikkan jentera baru ini saya dapati kerja banyak dipermudahkan dan mengunakkan ruang yang tidak besar disamping produktiviti meningkat . Sisipan . tahun baharu dijangka saya akan doublekan lagi usaha  dengan izin-Nya semua pasti .
machine mixer untuk memudahkan urusan pengkomposan bahan media cendawan


Salam
Cosmas moses Boniface




No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.