Formula pengiraan untung cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Formula pengiraan untung cendawan




Salam
Apa khabar semua ? Harap kalian semua sihat-sihat belaka . Maaf agak lama saya tidak mengemaskini blog saya . Maklumlah saya sibuk dengan pelbagai urusan kerja hakiki dan kerja mengusahakan cendawan . Sedar tak sedar sekarang sudah tahun 2018 , pelbagai cabaran mengusahakan cendawan ini . Dari mengurus bahan kompos , pembuatan bongkah , perjagaan bongkah , pengurusan bongkah yang sakit , perjagaan rumah cendawan dan banyak lagi . Banyak ? Memang banyak , namun saya rasa seronok dengan kerja semua ni , membuat badan rasa baik .


Dijadikan cerita , sepanjang mengusaha cendawan di sibu ni  sudah banyak yang menanya kepada saya  dan malah ada yang datang ke tempat saya untuk bertanya mengenai perusahaan cendawan ini . Rata-rata amat berminat mengenai perusahaan cendawan ini malah rasa masa begitu singkat bersama mereka yalah soalan yang ditujukan mengreflekkan diri saya mula saya berkecimpung dalam industri ini . Sembang punya sembang bersama mereka rata-rata seakan sedikit banyak sudah memahami bahawa urusan pengusahaan cendawan ni bukan mudah . Ya betul , pengusahaan cendawan ini bukan mudah . Jika anda menanya pengusaha yang membuat kursus  cendawan ini rata-rata jawab benda indah je lebih-lebih lagi pengusaha yang bagi kursus ni nak duit. Berdasar pengelaman saya tiada banyak individu yang buat cendawan ni sebab pengusahaan cendawan ini leceh , penat dan orang tidak makan cendawan selalu *saya focuskan ditempat saya sahaja*.



Saya berkata benar kerana saya sudah melalui masa-masa yang agak susah bersama cendawan. Baik kita cerita pasal untung pula . Pada post terdahulu saya ada cerita pasal adakah mengusahakan cendawan ini menguntungkan? Saya cakap ya memang ada untung tapi kena ingat reality dan fantasi . Satu blog ada bagi formula untuk kira propek cendawna ni,  pengiraan dia mudah je .
Formula;
((jumlah bongkah) x ( berat per hasil blog ) x (harga per kilo) x 7 kali tuaian ))
Cth;
1000 x 0.05 x 15 x 7 = RM 5250

Pengiraan di atas adalah untuk 1 000 bongkah dan utk hasil kumpul selama 3 bulan adalah sebanyak rm 5250 , bykkan? . Blog tersebut dia crita bahawa per berat hasil blok adalah dalam 0.05 kg . Disini saya ingin memberitahu anda sekali bahawa kiraan ini hanyalah teori . Realitinya amatlah berbeza . Berikut pengiraan yang saya ;
1000x 0.02 x 15 x7 = RM 700
Ya ini adalah pengiraan saya bagi hasil blok 1 000 . Disini saya ambil 0.02 berat kerana saya ambil purata berat per blok bongkah . Hal ini kerana setiap bongkah mempunyai hasil tuai berbeza .  Itupun kalau 1000 bongkah tersebut tiada yang rosak , kena gigit cek siti dan jangkitan penyakit . Yup banyak perkara yang perlu dipertimbangkan mengenai cendawan ini .  Rm 700 adalah maksimun anda akan dapat jika keadaan anda amat tiptop tp macam mana yang baru start ? well yang baru bermula seperti saya dahulu saya hanya dapat sebanyak RM 500 selama 3 bulan pertama mengusaha cendawan .



RM 500 selama 3 bulan pertama ? Rasa nak berhenti dan sakit ati pun ada juga sebenarnya . Yelah masa kursus semua indah belaka . Namun saya percaya ini semua permulaan je . Tipulah kalau tak down lah kan. Tiap apa yang kita buat memang harapan tinggi mengunung pada mula nya bila ada problem koyak juga kekadang. Namun kena kuatkan semangat . Syukur saya masih mengusahakan cendawan . Pendapatan saya setiap bulan agak konsisten da nada kenaikan sedikit. Permintaan kian bertambah . Part menjual jangan malas pula , kena rajin cari pelanggan bukan main hntar pg supermarket je . Sekarang saya mempunyai 2400 blok dan kini tengah membina rumah baru cendawan kapasiti 3 000 blok
.


Sampai disini sahaja pengkongsian saya . Kalau ada keluangan masa saya kan post lagi pengkongsian pengusahaan cendawan di Sibu Sarawak ini . Sekian terima kasih
Cosmas moses Boniface

3 comments:

Powered by Blogger.