Siapa Kenyalang Emas - CENDAWAN TIRAM KELABU

Siapa Kenyalang Emas

Blog KenyalangEmas22 ini adalah hasil ciptaan pengusaha cendawan tiram kelabu dari Sibu Sarawak iaitu Cosmas moses Boniface. Blog KenyalangEmas22 ini adalah dibawah naungan syarikat Kenyalang Emas . 

Cosmas moses Boniface berasal dari Sibu Sarawak dan berkerja di sektor kerajaan . Mula berminat dengan dunia pertanian dan penulisan blog pada tahun 2016 dan kini berjaya mempunyai rumah cendawan dan sebuah blog cendawan khas untuk mengisi masa lapang . 
Pada awal tahun 2016 mula menyelidik mengenai lebih dalam mengenai perusahaan cendawan . Penyelidikan demi penyelidikan akhirnya menemui cendawan tiram kelabu , rupanya cendawan tiram kelabu bukanlah sayur yang asing dan memdapat bermintaan baik dikawasan setempat . 
Masih teringat awal-awal berkecimpung dalam projek tanam cendawan ini , mula membeli bongkah cendawan dalam kuantiti sedikit sebagai percubaan . Ternyata kepuasan menjaga dan melihat hasil cendawan tumbuh memberi kepuasan lumayan . Dari saat itu mula mengorak langkah untuk melakukan perusahaan cendawan dengan lebih serius  .


PROJEK TANAM CENDAWAN


Proses untuk menjayakan perusahaan cendawan adalah bukan kerja main-main . Awal perusahaan cendawan pelbagai masalah yang dihadapi. Masalah mencari bahan mentah , masalah penjual , masalah kukus , masalah benih , masalah peralatan untuk cendawan dan seterusnya sedikit sebanyak jatuh bangun dalam perusahaan ini . Namun jika niat kuat dalam melakukan sesuatu pekerjaan  nescaya apa juak kerja pasti pangkalnya nanti akan tiba di destinasti yang dikehendaki . 

Dipendekan cerita kini Kenyalang Emas  memiliki rumah cendawan yang mampu memuatkan bongkah cendawan sebanyak 5000 bongkah . Ini adalah satu percapaian yang tidak sangka dari awal pembabitan perusahaan cendawan .

Selari dengan perkembangan perusahaan cendawan maka blog cendawansarawak turut tidak ketinggalan . Blog cendawansarawak sebagai tempat penulis untuk merekodkan apa jua aktiviti dan pendapat secara personal untuk dikongsikan bersama dunia . Kerana percaya bahawa dunia cendawan ini harus diusahakan kerana pengusahaan cendawan ini unik dan berpontensi besar disamping lumayan . 

Harapan blog ini dapat memberi info yang berguna kepada pelawat terutamanya pengusaha cendawan bahkan bakal pengusaha cendawan . Dan jika ada sebarang pertanyaan , idea atau seumpamanya sila hubungi penulis . 

Salam
Cosmas moses Boniface
Kenyalang Emas

No comments

Powered by Blogger.