Salam
Apa khabar semua ? Harap kalian semua
sihat-sihat belaka . Maaf agak lama saya tidak mengemaskini blog saya .
Maklumlah saya sibuk dengan pelbagai urusan kerja hakiki dan kerja mengusahakan
cendawan . Sedar tak sedar sekarang sudah tahun 2018 , pelbagai cabaran
mengusahakan cendawan ini . Dari mengurus bahan kompos , pembuatan bongkah ,
perjagaan bongkah , pengurusan bongkah yang sakit , perjagaan rumah cendawan
dan banyak lagi . Banyak ? Memang banyak , namun saya rasa seronok dengan kerja
semua ni , membuat badan rasa baik .
Dijadikan cerita , sepanjang mengusaha
cendawan di sibu ni sudah banyak yang
menanya kepada saya dan malah ada yang datang
ke tempat saya untuk bertanya mengenai perusahaan cendawan ini . Rata-rata amat
berminat mengenai perusahaan cendawan ini malah rasa masa begitu singkat
bersama mereka yalah soalan yang ditujukan mengreflekkan diri saya mula saya
berkecimpung dalam industri ini . Sembang punya sembang bersama mereka
rata-rata seakan sedikit banyak sudah memahami bahawa urusan pengusahaan
cendawan ni bukan mudah . Ya betul , pengusahaan cendawan ini bukan mudah .
Jika anda menanya pengusaha yang membuat kursus cendawan ini rata-rata jawab benda indah je
lebih-lebih lagi pengusaha yang bagi kursus ni nak duit. Berdasar pengelaman
saya tiada banyak individu yang buat cendawan ni sebab pengusahaan cendawan ini
leceh , penat dan orang tidak makan cendawan selalu *saya focuskan ditempat
saya sahaja*.
Saya berkata benar kerana saya sudah
melalui masa-masa yang agak susah bersama cendawan. Baik kita cerita pasal
untung pula . Pada post terdahulu saya ada cerita pasal adakah mengusahakan
cendawan ini menguntungkan? Saya cakap ya memang ada untung tapi kena ingat reality
dan fantasi . Satu blog ada bagi formula untuk kira propek cendawna ni, pengiraan dia mudah je .
Formula;
((jumlah bongkah) x ( berat per hasil
blog ) x (harga per kilo) x 7 kali tuaian ))
Cth;
1000 x 0.05 x 15 x 7 = RM 5250
Pengiraan di atas adalah untuk 1 000
bongkah dan utk hasil kumpul selama 3 bulan adalah sebanyak rm 5250 , bykkan? .
Blog tersebut dia crita bahawa per berat hasil blok adalah dalam 0.05 kg .
Disini saya ingin memberitahu anda sekali bahawa kiraan ini hanyalah teori . Realitinya
amatlah berbeza . Berikut pengiraan yang saya ;
1000x 0.02 x 15 x7 = RM 700
Ya ini adalah pengiraan saya bagi
hasil blok 1 000 . Disini saya ambil 0.02 berat kerana saya ambil purata berat
per blok bongkah . Hal ini kerana setiap bongkah mempunyai hasil tuai berbeza
. Itupun kalau 1000 bongkah tersebut
tiada yang rosak , kena gigit cek siti dan jangkitan penyakit . Yup banyak
perkara yang perlu dipertimbangkan mengenai cendawan ini . Rm 700 adalah maksimun anda akan dapat jika
keadaan anda amat tiptop tp macam mana yang baru start ? well yang baru bermula
seperti saya dahulu saya hanya dapat sebanyak RM 500 selama 3 bulan pertama mengusaha
cendawan .
RM 500 selama 3 bulan pertama ? Rasa
nak berhenti dan sakit ati pun ada juga sebenarnya . Yelah masa kursus semua
indah belaka . Namun saya percaya ini semua permulaan je . Tipulah kalau tak
down lah kan. Tiap apa yang kita buat memang harapan tinggi mengunung pada mula
nya bila ada problem koyak juga kekadang. Namun kena kuatkan semangat . Syukur
saya masih mengusahakan cendawan . Pendapatan saya setiap bulan agak konsisten da
nada kenaikan sedikit. Permintaan kian bertambah . Part menjual jangan malas
pula , kena rajin cari pelanggan bukan main hntar pg supermarket je . Sekarang
saya mempunyai 2400 blok dan kini tengah membina rumah baru cendawan kapasiti 3
000 blok
.
Sampai disini sahaja pengkongsian saya
. Kalau ada keluangan masa saya kan post lagi pengkongsian pengusahaan cendawan
di Sibu Sarawak ini . Sekian terima kasih
Cosmas moses Boniface
Minta fb.
ReplyDelete1000x0.02x15x7 = 2100. Macam mana tuan kira boleh dapat RM700 ya?
ReplyDelete700x3bulan =2100
Delete