Terkini
kerja kosong pada tahun 2018 semakin banyak tapi kebanyak kerja agak tidak
bersesuai dengan kelayakan individu malah pendapatan yang ditawarkan tidak
mampu menampung kos hidup.
Bagi yang
yang rajin ada yang sanggup bekerja lebih masa untuk menampung kos .Orang
seperti ini adalah orang yang tabah dan kuat untuk memperbaiki kualiti hidup ,
kalau tiada peluang kena ciptakan peluang .Ada pelbagai cara untuk buat duit
samada yang menjual secara fizikal mahu secara online .
Dijadikan
cerita kawan saya seorang penjual burger mampu meraih pendapatan lumayan
disamping mampu mengajikan pekerja . Tidak cukup dengan itu saya ada juga kawan
yang menjual barang kosmetik online mampu menjana duit sehingga mampu membayar deposit
rumah berharga RM 30 000.
Disini boleh dilihat bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan . Saya juga gemar buat duit
tetapi biarlah dengan cara saya sendiri dan pada landasan yang betul .
Saya kini
mula menjana pendapatan dari rumah disamping mengekalkan kerja hakiki .
Perusahaan cendawan yang saya lakukan pada asal sebagai hobi kini telah
mengorak langkah mendapat pendapatan baik .
Pada awal tahun
penglibatan diri dalam industri cendawan jumlah pendapatan tidaklah begitu
memberangsangkan hinggalah satu saat dapat menikmati betapa manisnya perusahaan
cendawan ini .
BERIKUT YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI PENDAPATAN RM 1000 TANPA SEBARANG MASALAH
JAGA
HUBUNGAN PEMBEKAL DAN PEMBELI
Sebagai
pengusaha cendawan yang baru kenalah mengekalkan hubungan baik dengan pembekal dan
pembeli . Tanpa pembekal peralatan cendawan perusahaan ini tidak akan wujud
pada pada asalnya dan menjadikan budibicara yang baik apabila berurusan dengan
pembekal untuk mendapatkan tawaran menarik . Manakala pembeli pula memainkan
peranan yang penting , permintaan pembeli kena dipenuhi , kekadang pelbagai
karenah sebagai contoh nak sekarang cendawan segar , tidak mahu packing macam
ini , mahu sebanyak ini dan lain-lain .
Masalah-masalah ini harus ditanggani dengan sabar dan rasionalkan diri kerana
pembeli yang berpuas hati dengan servis anda akan senantiasa repeat order .
SENANTIASA PASTIKAN PRODUK CENDAWAN SEGAR TIDAK PUTUS
Apabila
hubungan pembekal dan pembeli terjalin dijaga baik seterusnya kena pastikan
cendawan segar tidak putus . Sejak kena cop tauke cendawan ini pembeli memang
taknak dengar perkataan “cendawan segar tiada” yelah kekadang saya akui saya kekadang tiada
stok yang cukup , nak tak nak kena fikir macam mana hendak memenuhi permintaan
cendawan ini . Oleh pengurusan perusahaan cendawan adalah amat penting supaya
cendawan segar tidak putus . Pengurusan perusahaan cendawan yang baik
merangkumi pembuat bongkah , pemjagaan bongkah , jadual tuaian dan lain-lain
agar komponen ini mampu memenuhi permintaan pembeli .
KERJA KENA KONSISTEN
Jika ada
pengurusan perusahaan cendawan yang baik maka
kenalah dilaksanakan dengan berintegriti. Pengurusan cendawan yang baik ini
bukan hanya dilakukan sehari dua namun sejak hari pertama bermulanya perusahaan
cendawan ini hingga hayat pengusaha itu sendiri . Saya sendiri kena terbabas
juga soal mengurus cendawan ini .Hal ini yelah dengan beban kerja hakiki dan
komimen lain menganggu perusahaan cendawan . Bagi menangani isu ini saya gemar
mencari video motivasi , buku motivasi atau apa-apa info motivasi yang saya
mampu capai bagi memberi semangat kepada
diri ini .
KEKADANG JUAL SERKAM PADI , BENIH ATAU PERALATAN CENDAWAN
Bagi
menambah pendapat dari industri cendawan ini , saya kekadang menjual keperluan perusahaan cendawan .Peralatan cendawan yang
saya jual kekadang adalah plastic pp ,
cap& neck cendawan dan serkam padi . Perjualan ini sedikit sebanyak
menambah pendapatan perusahaan saya . Pada mulanya saya tidak sangka akan
menjual peralatan cendawan ini kerana ada sahaja tiap bulan orang mencari saya
berkenaan industri cendawan . “Mereka” yang cari saya maksudkan adalah peserta baru mengikut kursus
cendawan ,mereka ini mahu beli keperluan
cendawan namun bukan pada skala yang banyak lantas membeli dari saya dalam
kuantiti sedikit .
SENANTIASA BUAT PROMOSI
Produk
cendawan segar ini sama seperti produk lain memerlukan marketing . Tanpa
promosi orang ramai terumatanya pembeli tidak akan tahu mengenai stock produk
anda . Dalam kes saya , saya gemar mengupdate status whatapps dengan cendawan
segar atau mempromosi produk cendawan kedalam group whatapps . Usaha ini amat
baik kerana membantu melariskan cendawan segar dan tidak hanya bergantung
kepada fresh market .
Jumlah RM 1
000 ada bagi orang sedikit dan ada pula banyak bergantung dengan taraf hidup
masing . Disini saya bukan pasal mengupas jumlah duit tetapi pengorbanan yang
perlu mencapai satu satu tahap .
Setiap
perusahaan memerlukan pengorbanan yang hebat dan kekadang anda akan rasa geram
setelah anda bagi yang terbaik namun hasilnya tidak memuaskan .
Ini sering
terjadi pada saya dan bukan anda seorang sahaja .Saya kini bukanlah berjaya
namun setelah beberapa kali gagal nescaya ada masa anda akan berjaya .
Oleh itu ,
teruskan apa-apa jua pekerjaan yang menjana pendapatan dan ia memerlukan masa
untuk membuahkan hasil .
hi. kamu ada membekal bongkah cendawan kah?
ReplyDeleteSalam , maaf buat masa ini saya belum menyediakan servis membekal bongkah cendawan . Pada masa akan datang saya kan menyediakan servis membekal bongkah . Terima kasih kerana meluang masa di blog saya .
ReplyDeleteok. tq
ReplyDeleteAssalammualaikum saya nak tanya..sekarang saya baru buat penanaman cendawan..tapi Dalam kuantiti Yang kecil..dari mana saya dan kepada saya boleh jual buat masa ini
ReplyDeleteBerminat dan ingin tahu lebih lagi nak dptsupport dan marketing. Bill Jb
ReplyDelete