Kompos
cendawan terdiri daripada 4 bahan asas adalah habuk kayu , serkam padi , kapur
pertanian (coca ) dan air .
Adunan
kompos ini mempunyai ratio yang disarankan iaitu 100:10:1 . Ada pengusaha yang
lebih berpengelaman mengubah ratio mengikut kesesuaian pengusahaan mereka .
Oleh itu
disarankan pengusaha yang baharu berjinak dengan pengusahaan cendawan hendaklah
mengikut ratio dan bahan yang telah disaran .
Dengan
pengelaman beberapa tahun dalam perusahaan cendawan ini , saya memperkongsikan
kepada pembaca tips untuk mengkompos cendawan yang baik
MENGHASILKAN KOMPOS CENDAWAN YANG BAIK
PILIHAN HABUK KAYU YANG BAGUS
Hasil
cendawan yang premium datang dari proses permulaan yang baik . Komponen perkomposan
cendawan adalah penting dan wajar mendapat perhatian yang wajar . Habuk kayu
getah dan jenis kayu keras adalah amat baik untuk cendawan .
Pemilihan
habuk kayu memainkan peranan yang penting dalam perusahaan cendawan .
Ciri-ciri
yang harus dilihat adalah jenis kayu , warna kayu ( untuk memastikan habuk kayu
sudah lama atau baru ) , saiz habuk kayu
dan keadaan habuk kayu samada terlalu
basah atau tidak .
Habuk kayu
hendaklah didapati dari kilang kayu dan amat tidak galakkan dari kilang perabot kerana habuk kayu tersebut kemungkinan besar
sudah tercemar dengan bahan kimia .
AIR YANG BERSIH SATU KEUTAMAAN
Air yang
digunakan semasa mengadun kompos cendawan memain peranan yang penting . Air
yang digunakan hendaklah bebas dari sebarang pencemaran sebagai contoh bahan
kimia .
Pengunaan air sungai , air
tadahan hujan dan air masak adalah amat baik namun air paip tidak digalakkan .
Namun ada sesetengah pengusahaan cendawan mengunakan air paip juga masih
menghasil tuaian yang baik .
Untuk
pengusaha yang lebih advance , ada yang mengunakan pembaca PH untuk memastikan
air tidak terlalu asid dan alkali .
PENGUNAAN SERKAM PADI BERKUALITI
Pengunaan
serkam padi yang baru dan tidak terlalu lama adalah amat digalakan . Serkam
padi yang terlalu lama akan menyerupai tepung setelah sekian lama dan berubah
warna dari warna kekuning ke warna gelap .
Tambahan peringatan bahawa serkam
padi harus dihindari daripada air , hal ini akan menyebabkan serkam padi
menjadi berwarna hitam kecokletan seterusnya serkam padi menjadi rosak .
Serkam padi
yang rosak hendaklah dibuang dan tidak diguna pakai kerana hasil kajian sendiri
didapati bongkah rosak ketika dibilik peram .
ADUNAN YANG IDEAL
Adunan
kesemua bahan kompos bersama air haruslah sekata dan adunan mengikut ratio yang
telah disarankan . Senantiasa pantau hasil kompos cendawam khuatir ada bahagian
terlebih air dan kekurangan air . Dan jika ini berlaku , pengusaha cendawan harus menglaku sedikit pengubahsuaian
mengikut kewajaran masing .
Kesilapan
semasa proses pencampuran kompos cendawan adalah pengusaha baru akan cuba
mengkompos 100kg habuk kayu . Cara yang baik hendaklah dilakukan secara
berperingkat dan tidaklah di adun sekali , sebagai permulaan sebanyak 30kg kayu
terlebih dahulu dan ulang proses perkomposan
kompos cendawan .
SELEPAS KOMPOS TERUS KUKUS
Kompos
cendawan yang telah dimasukan didalam beg pp dan siap dipasang neck dan cap
hendaklah dibawa ke bilik kukus . Bongkah cendawan berisi dengan kompos
cendawan hendaklah dikukus setelah proses penkomposan .
Tempoh yang toleransi untuk kukus cendawan hendaklah 1-2 hari
selepas pengkomposan jika lebih dari
tempoh ini bahan kompos terlalu masam .
Sedikit
sebanyak perkongsian diharap memberikan manfaatkan kepada pegusaha cendawan baru
serta lama dan sebagai perkongsian bersama .
No comments
Post a Comment