Sudah menghampiri penghujung tahun pelbagai rintangan yang saya hadapi sebagai pengusaha cendawan. Salah satu isu mengusaha cendawan ini mengenai isu suhu dan kelembapan.
Mengikut pemehartian saya , cuaca di Malaysia kian panas dan
di Sibu terutamanya tidak lari dari ancaman suhu melampau . Lantaran dari cuaca yang agak
panas ni pihak media masa telah
mengeluarkan notis dan tularkan mesej untuk tidak mengalakkan nitizen
untuk melakukan kerja dibawah sinar matahari terik malah memperbanyakkan minum air .
Cendawan juga tidak lari dari kencaman suhu ini . Idea suhu
cendawan adalah dibawah 35’c dengan kelembapan antara 80-100 . Jika rumah
cendawan gagal mencapai suhu dan kelembapan ideal maka akan menjejaskan kualiti
cendawan .Berikut merupakan kesan akibat dari suhu melampau dan kelembapan yang
rendah ;
- Rupa cendawan yang kering dan pecah tambahan terdapat tompok warna kuning.
- Cendawan menjadi keputihan berbanding kelabu.
- Kehilangan sebahagian berat cendawan .
- Pertumbuhan cendawan terbatut , malah pada stage pin head sahaja cendawan boleh mati .
Sebagai
pengusaha cendawan . Kita perlu mempersiapkan diri dengan cabaran sebegini . Oleh itu saya rumuskan beberapa
cara untuk mengatasi isu ini.
Membasahi Dinding Dan Atap Rumah Tuai.
Teknik ini amat saya suka amalkan . Disini saya
akan membasahi dinding rumah tuai dari dalam rumah cendawan dan kekadang
membasahi bongkah cendawan bagi membantu kelembapan rumah cendawan .
Berdasarkan pengelaman saya teknik ini banyak membantu .
Teknik ini memerlukan anda untuk 2 kali sehari
jika cuaca amat panas . Dimana digalakkan pada jam 11 pm dan 1 pm . Teknik
memerlukan sedikit komimen namun jika anda seorang yang ringan tulang nescaya tiada masalah .
Saya gemar mengunakan hos kerana amat mudah untuk
saya bergerak dari satu tempat ke satu tempat
Menyembur Air Kedalam Mulut Bongkah Cendawan .
-Teknik ini seperti mana tajuk diatas , dimana anda
mengambil sprayer dan sembur air ke arah mulut bongkah cendawan . Dan pastikan
semburan dilakukan secara sekata dan elakkan semburan berlebihan baik .
-Pastikan mengunakan air yang bersih . Air paip tidak
digalakan tetapi boleh diguna. Air masak , air sungai ( sumber air bersih
) dan air hujan adalah amat digalakkan .
= Memyembur Air Dibawah Insang Cendawan.
Teknik ini amat sesuai jika cendawan tengah
membesar dan cuaca pula tidak ideal . Oleh itu teknik ini perlu
diaplikasikan dimana pengusaha digalakan
untuk menyembur air mengunakan sprayer dan taburan spray itu adalah halus .
Nescaya teknik ini akan membantu pertumbuhan
cendawan mengharungi cuaca panas .
Pastikan hanya spray dibawah insang dan bukan diatas
permukaan cendawan.
Memasang Water Sprinkler Didalan Rumah Cendawan.
Teknik ini bagi pengusaha skala yang amat besar
adalah amat baik sekali . Dengan teknologi ini bukan sahaja menjimat masa malah
tenaga untuk operasi cendawan . Cadangan bahawa water sprinkler dipasangan
didinding dalam rumah tuai dan air hasil dari sprinkler hendaklah tidak
menyentuh hasil tuai . Tambahan pengusaha boleh meng-set timer untuk water
sprinkler berjalankan tugas .
Oleh itu amat baik jika ada water sprinkler plus timer
bagi memudahkan urusan mengusahakan
cendawan .
Memasang Mist System Didalam Rumah Tuai .
teknik ni lebih baik dari water sprinkler kerana mist yang dihasilkan adalah lebih
halus jika dibandingkan dengan water sprinkler justeru mist ini digalakan untuk
menyentuh cendawan . Teknik ini bukan sahaja membantu didalam rumah cendawan
sejuk dan lembap juga memastikan cendawan tidak kering . Teknik ini memerlukan
peralatan khas dan agak menelan kos sedikit
.
Mengunakan Tuala Basah.
-teknik ini kreatitif dan ada segelintir pengusaha mengunakan teknik ini
. Pengusaha akan mengambil kain bersih dan kemudian membasahi kain tersebut
dengan air yang bersih . Kemudian meletakan kain yang basah tadi diatas bongkah
cendawan dan dibiarkan selama seharian . Teknik ni juga amat baik dan kos
rendah namun agak leceh .
Teknik-teknik
yang saya kongsi ini harap boleh dimanfaatkan oleh pengusaha . Jangan lupa untuk share dan like .
Thank you for the input
ReplyDeleteThank you for sharing
ReplyDelete