TEROKA 6 CARA MENCAPAI SUHU IDEAL RUMAH CENDAWAN - CENDAWAN TIRAM KELABU

TEROKA 6 CARA MENCAPAI SUHU IDEAL RUMAH CENDAWAN


CENDAWAN TIRAM KELABU

Sudah menghampiri penghujung tahun pelbagai rintangan yang saya hadapi sebagai pengusaha cendawan. Salah satu isu mengusaha cendawan ini mengenai isu suhu dan kelembapan.

Mengikut pemehartian saya , cuaca di Malaysia kian panas dan di Sibu terutamanya tidak lari dari ancaman suhu melampau . Lantaran dari cuaca yang agak panas ni pihak media masa telah  mengeluarkan notis dan tularkan mesej untuk tidak mengalakkan nitizen untuk melakukan kerja dibawah sinar matahari  terik malah memperbanyakkan minum air .  

Cendawan juga tidak lari dari kencaman suhu ini . Idea suhu cendawan adalah dibawah 35’c dengan kelembapan antara 80-100 . Jika rumah cendawan gagal mencapai suhu dan kelembapan ideal maka akan menjejaskan kualiti cendawan .Berikut merupakan kesan akibat dari suhu melampau dan kelembapan yang rendah ;

  1. Rupa cendawan yang kering dan pecah tambahan terdapat tompok warna kuning.  
  2. Cendawan menjadi keputihan berbanding kelabu.
  3. Kehilangan sebahagian berat cendawan .
  4. Pertumbuhan cendawan terbatut , malah pada stage pin head sahaja cendawan boleh mati .

Sebagai pengusaha cendawan . Kita perlu mempersiapkan diri dengan cabaran  sebegini . Oleh itu saya rumuskan beberapa cara untuk mengatasi isu ini.

     Membasahi Dinding Dan Atap Rumah Tuai.
Teknik ini amat saya suka amalkan . Disini saya akan membasahi dinding rumah tuai dari dalam rumah cendawan dan kekadang membasahi bongkah cendawan bagi membantu kelembapan rumah cendawan . Berdasarkan pengelaman saya teknik ini banyak membantu .
Teknik ini memerlukan anda untuk 2 kali sehari jika cuaca amat panas . Dimana digalakkan pada jam 11 pm dan 1 pm . Teknik memerlukan sedikit komimen namun jika anda seorang  yang ringan tulang nescaya tiada masalah .
Saya gemar mengunakan hos kerana amat mudah untuk saya bergerak dari satu tempat ke satu tempat

            Menyembur Air Kedalam Mulut Bongkah Cendawan .
-Teknik ini seperti mana tajuk diatas , dimana anda mengambil sprayer dan sembur air ke arah mulut bongkah cendawan . Dan pastikan semburan dilakukan secara sekata dan elakkan semburan berlebihan baik .
-Pastikan mengunakan air yang bersih . Air paip tidak digalakan tetapi boleh diguna. Air masak , air sungai ( sumber air bersih )  dan air hujan adalah amat digalakkan .

=    Memyembur Air Dibawah Insang Cendawan.
Teknik ini amat sesuai jika cendawan tengah membesar dan cuaca pula tidak ideal . Oleh itu teknik ini perlu diaplikasikan  dimana pengusaha digalakan untuk menyembur air mengunakan sprayer dan taburan spray itu adalah halus .
Nescaya teknik ini akan membantu pertumbuhan cendawan mengharungi cuaca panas .
Pastikan hanya spray dibawah insang dan bukan diatas permukaan cendawan.


    Memasang Water Sprinkler Didalan Rumah Cendawan.
Teknik ini bagi pengusaha skala yang amat besar adalah amat baik sekali . Dengan teknologi ini bukan sahaja menjimat masa malah tenaga untuk operasi cendawan . Cadangan bahawa water sprinkler dipasangan didinding dalam rumah tuai dan air hasil dari sprinkler hendaklah tidak menyentuh hasil tuai . Tambahan pengusaha boleh meng-set timer untuk water sprinkler berjalankan tugas .
Oleh itu amat baik jika ada water sprinkler plus timer bagi memudahkan urusan  mengusahakan cendawan .

           Memasang Mist System Didalam Rumah Tuai .
teknik ni lebih baik dari water sprinkler  kerana mist yang dihasilkan adalah lebih halus jika dibandingkan dengan water sprinkler justeru mist ini digalakan untuk menyentuh cendawan . Teknik ini bukan sahaja membantu didalam rumah cendawan sejuk dan lembap juga memastikan cendawan tidak kering . Teknik ini memerlukan peralatan khas dan agak menelan kos sedikit  .

          Mengunakan Tuala Basah.
-teknik ini kreatitif dan  ada segelintir pengusaha mengunakan teknik ini . Pengusaha akan mengambil kain bersih dan kemudian membasahi kain tersebut dengan air yang bersih . Kemudian meletakan kain yang basah tadi diatas bongkah cendawan dan dibiarkan selama seharian . Teknik ni juga amat baik dan kos rendah namun agak leceh .

Teknik-teknik yang saya kongsi ini harap boleh dimanfaatkan oleh pengusaha  . Jangan lupa untuk share dan like .

2 comments:

Powered by Blogger.