TAHUKAH ANDA CARA PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU ? - CENDAWAN TIRAM KELABU

TAHUKAH ANDA CARA PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU ?


CARA PERJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU

Perjagaan bongkah cendawan adalah  antara komponen yang amat penting dalam perusahaan cendawan . Perjagaan yang kurang arif akan menjejaskan produktiviti perusahaan cendawan .

Perjagaan bongkah cendawan tidaklah begitu teknikal tetapi meminta tanggungjawab yang tinggi . Tanggungjawab yang tinggi merangkumi masa , tenaga dan duit bagi memastikan bongkah cendawan dihasilkan yang terbaik dari segi hasil dan tahan lama .

Bongkah cendawan yang baik adalah lubuk emas kepada pengusaha cendawan . Bongkah cendawan berkualiti ditambah dengan benih cendawan bermutu diadun dengan pengurusan cendawan yang unggul akan memlonjak perusahaan cendawan pada tahap yang memberangsangkan .

CARA PERJAGAAN BONGKAH CENDAWAN


SENANTIASA PASTIKAN MULUT BONGKAH CENDAWAN SENANTIASA BERSIH

Cendawan tiram kelabu adalah jenis cendawan memerlukan perjagaan rapi . Setiap kali menuai hasil cendawan tiram kelabu mulut cendawan hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih . Pastikan mulut cendawan tiada tinggalan batang cendawan atau benda asing didalam mulut cendawan . Jika terdapat tinggalan cendawan didalam bongkah sila bersihkan dengan mengunakan peralatan yang telah disembur dengan detol atau alcohol  .

PASTIKAN TIADA LINTAH BULAN ATAU LIPAS BERKELIARAN SEKITAR BONGKAH CENDAWAN.
Cara tanam cendawan yang baik adalah pengusaha cendawan yang sangat peka dengan keadaan didalam rumah tuai . Pengusaha digalakkan senantiasa pastikan tiada lintah bulan atau lipas berkeliaran didalam rumah cendawan .Hal ini kerana mahluk perosak ini akan merosakan bongkah cendawan disamping menganggu pertumbuhan cendawan . Mahluk perosak ini akan menyebabkan kerugian  kepada pengusaha cendawan hal ini kerana bongkah yang rosak terpaksa dibuang .


ASINGKAN BONGKAH CENDAWAN YANG DIJANGKITI.
Semua langkah yang diajar telah diikuti 100% namun tetap juga bongkah cendawan yang dijangkiti oleh kulat hijau mahu pun oren . Bagi menyelamat bongkah yang lain disarankan pengusaha untuk membuang bongkah cendawan yang dijangkiti . Pernah terjadi oleh pengusaha cendawan tidak mahu membuang bongkah cendawan yang dijangkiti lantas bongkah cendawan yang lain turut mendapat jangkit kulat hijau . Harus diingati bahawa bongkah yang bermasalah haruslah diasing dengan secepat  yang mungkin .

PASTIKAN PENGUSAHA TIDAK MEROKOK ATAU MENGUNA WANGIAN  BERDEKATAN BONGKAH CENDAWAN.
Membekal cendawan segar dan berkualiti adalah harapan semua pengusaha cendawan kelabu tiram .
Namun kekadang pengusaha  lupa malah membenarkan pengunjung luar memasuki kedalam rumah cendawan  tanpa pemantauan sewajarnya sebagai contoh pengunaan wangian , merokok , vape atau menyentuh mulut bongkah dengan tangan lantas ini akan menyebabkan bongkah menjadi rosak .
Perkara ini jangan dipandang rendah kerana akan menjejaskan operasi perusahaan cendawan .

ASAP TIDAK BAIK UNTUK BONGKAH CENDAWAN ! ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA BERDEKATAN RUMAH CENDAWAN .
Ada jenis cendawan boleh tahan asap tetapi jenis cendawan tiram kelabu amatlah sensitif . Rumah cendawan yang terdedah dengan asap yang melampau kan menyebabkan pertumbuhan cendawan akan terbantut malah boleh menyebabkan bongkah rosak akibat pencemaran udara .

PASTIKAN RUMAH CENDAWAN MEMILIKI SUHU DAN KELEMBAPAN YANG BAIK UNTUK BONGKAH CENDAWAN.
Bagi mengekal bongkah cendawan sangat produktif dan tahan lama pengusaha sedar bahawa suhu dan kelembapan rumah cendawan amat dititik beratkan . Suhu dan Kelembapan yang ideal amat memgalakan pertumbuhan cendawan . Ini didapat dilihat semasa musim panas dan musim hujan amatlah berbeza hasil cendawan . Pengusaha cendawan yang unggul memastikan bongkah cendawan berada dalam lingkungan suhu dengan kelembapan yang baik .

Memang tinggi tanggungjawab pengusaha cendawan untuk memastikan penawaran cendawan tiram kelabu tidak putus bagi memenuhi permintaan pasaran  .

Memang tidak hairan jika ada masa tidak terjumpa cendawan tiram kelabu di pasar atau jumlah kuantiti sedikit .

Saya mengharapkan perkongsi ini membantu sedikit sebanyak dan sebagai peringatan bersama.

2 comments:

Powered by Blogger.