BUAT DUIT RM 1000 DARI RUMAH ! - CENDAWAN TIRAM KELABU

BUAT DUIT RM 1000 DARI RUMAH !

BUIT DUIT DARI RUMAH MUDAH RM 1000

Jana pendapatan RM 1000 sebulan dari rumah bukanlah benda baru . Malah ada yang mampu menjana pendapatan lebih dari RM 1000 hinggalah 5 angka .

Terkini kerja kosong pada tahun 2018 semakin banyak tapi kebanyak kerja agak tidak bersesuai dengan kelayakan individu malah pendapatan yang ditawarkan tidak mampu menampung kos hidup.

Bagi yang yang rajin ada yang sanggup bekerja lebih masa untuk menampung kos .Orang seperti ini adalah orang yang tabah dan kuat untuk memperbaiki kualiti hidup , kalau tiada peluang kena ciptakan peluang .Ada pelbagai cara untuk buat duit samada yang menjual secara fizikal mahu secara online .

Dijadikan cerita kawan saya seorang penjual burger mampu meraih pendapatan lumayan disamping mampu mengajikan pekerja . Tidak cukup dengan itu saya ada juga kawan yang menjual barang kosmetik online  mampu menjana duit sehingga mampu membayar deposit rumah berharga RM 30 000.

Disini boleh dilihat bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan . Saya juga gemar buat duit tetapi biarlah dengan cara saya sendiri dan pada landasan yang betul .

Saya kini mula menjana pendapatan dari rumah disamping mengekalkan kerja hakiki . Perusahaan cendawan yang saya lakukan pada asal sebagai hobi kini telah mengorak langkah mendapat pendapatan  baik .

Pada awal tahun penglibatan diri dalam industri cendawan  jumlah pendapatan tidaklah begitu memberangsangkan hinggalah satu saat dapat menikmati betapa manisnya perusahaan cendawan ini .



BERIKUT YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI PENDAPATAN RM 1000 TANPA SEBARANG MASALAH 


 JAGA HUBUNGAN PEMBEKAL DAN PEMBELI

Sebagai pengusaha cendawan yang baru kenalah mengekalkan hubungan baik dengan pembekal dan pembeli . Tanpa pembekal peralatan cendawan perusahaan ini tidak akan wujud pada pada asalnya dan menjadikan budibicara yang baik apabila berurusan dengan pembekal untuk mendapatkan tawaran menarik . Manakala pembeli pula memainkan peranan yang penting , permintaan pembeli kena dipenuhi , kekadang pelbagai karenah sebagai contoh nak sekarang cendawan segar , tidak mahu packing macam ini , mahu sebanyak ini  dan lain-lain . Masalah-masalah ini harus ditanggani dengan sabar dan rasionalkan diri kerana pembeli yang berpuas hati dengan servis anda akan senantiasa repeat order . 

SENANTIASA PASTIKAN PRODUK CENDAWAN SEGAR TIDAK PUTUS

Apabila hubungan pembekal dan pembeli terjalin dijaga baik seterusnya kena pastikan cendawan segar tidak putus . Sejak kena cop tauke cendawan ini pembeli memang taknak dengar perkataan “cendawan  segar tiada”  yelah kekadang saya akui saya kekadang tiada stok yang cukup , nak tak nak kena fikir macam mana hendak memenuhi permintaan cendawan ini . Oleh pengurusan perusahaan cendawan adalah amat penting supaya cendawan segar tidak putus . Pengurusan perusahaan cendawan yang baik merangkumi pembuat bongkah , pemjagaan bongkah , jadual tuaian dan lain-lain agar komponen ini mampu memenuhi permintaan pembeli . 

KERJA KENA KONSISTEN

Jika ada pengurusan perusahaan cendawan yang baik maka  kenalah dilaksanakan dengan berintegriti. Pengurusan cendawan yang baik ini bukan hanya dilakukan sehari dua namun sejak hari pertama bermulanya perusahaan cendawan ini hingga hayat pengusaha itu sendiri . Saya sendiri kena terbabas juga soal mengurus cendawan ini .Hal ini yelah dengan beban kerja hakiki dan komimen lain menganggu perusahaan cendawan . Bagi menangani isu ini saya gemar mencari video motivasi , buku motivasi atau apa-apa info motivasi yang saya mampu capai bagi memberi  semangat kepada diri ini . 

KEKADANG JUAL SERKAM PADI , BENIH ATAU PERALATAN CENDAWAN

Bagi menambah pendapat dari industri cendawan ini , saya kekadang menjual keperluan  perusahaan cendawan .Peralatan cendawan yang saya jual kekadang  adalah plastic pp , cap& neck cendawan dan serkam padi . Perjualan ini sedikit sebanyak menambah pendapatan perusahaan saya . Pada mulanya saya tidak sangka akan menjual peralatan cendawan ini kerana ada sahaja tiap bulan orang mencari saya berkenaan industri cendawan . “Mereka” yang cari  saya maksudkan adalah peserta baru mengikut kursus cendawan ,mereka ini  mahu beli keperluan cendawan namun bukan pada skala yang banyak lantas membeli dari saya dalam kuantiti sedikit . 

SENANTIASA BUAT PROMOSI

Produk cendawan segar ini sama seperti produk lain memerlukan marketing . Tanpa promosi orang ramai terumatanya pembeli tidak akan tahu mengenai stock produk anda . Dalam kes saya , saya gemar mengupdate status whatapps dengan cendawan segar atau mempromosi produk cendawan kedalam group whatapps . Usaha ini amat baik kerana membantu melariskan cendawan segar dan tidak hanya bergantung kepada fresh market .


Jumlah RM 1 000 ada bagi orang sedikit dan ada pula banyak bergantung dengan taraf hidup masing . Disini saya bukan pasal mengupas jumlah duit tetapi pengorbanan yang perlu mencapai satu satu tahap .

Setiap perusahaan memerlukan pengorbanan yang hebat dan kekadang anda akan rasa geram setelah anda bagi yang terbaik namun hasilnya tidak memuaskan .

Ini sering terjadi pada saya dan bukan anda seorang sahaja .Saya kini bukanlah berjaya namun setelah beberapa kali gagal nescaya ada masa anda akan berjaya .

Oleh itu , teruskan apa-apa jua pekerjaan yang menjana pendapatan dan ia memerlukan masa untuk membuahkan hasil .

5 comments:

  1. hi. kamu ada membekal bongkah cendawan kah?

    ReplyDelete
  2. Salam , maaf buat masa ini saya belum menyediakan servis membekal bongkah cendawan . Pada masa akan datang saya kan menyediakan servis membekal bongkah . Terima kasih kerana meluang masa di blog saya .

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum saya nak tanya..sekarang saya baru buat penanaman cendawan..tapi Dalam kuantiti Yang kecil..dari mana saya dan kepada saya boleh jual buat masa ini

    ReplyDelete
  4. Berminat dan ingin tahu lebih lagi nak dptsupport dan marketing. Bill Jb

    ReplyDelete

Powered by Blogger.