Pada 30/12/2016 Saya telah melawat kediaman seorang pengusaha cendawan tiram kelabu di Kuching. Kediaman pengusaha itu adalah cikgu saya sendiri dalam dunia cendawan ni iaitu Cikgu Dewi. Saya berada disana hanya untuk meninjau kawasan mereka dan sebagai suntikkan motivasi untuk diri sendiri . Secara tidak langsung saya berpeluang mengaul kompos untuk cendawan dengan cara yang betul .
|
subtrak untuk cendawan; , campuran dedak padi , habuk kayu dan kalsium kalbonet |
|
tgk CEO Kenyalang Emas sedang mengaul subtrak cendawan , gaya lebih |
Sepanjang berada disana saya mendapat pelbagai input dari aspek kritikan , cadangan , pandangan dan nasihat berkenaan industri cendawan ini . Dan tiapkali saya mendengar dia *cikgu dewi menegaskan bahawa untuk berjaya dalam industri ini , tidak hanya bergantung dengan menjual cendawan sahaja , namun harus menjadi lebih kreatif dalam perusahaan cendawan . Salah satu yang beliau tekankan kalau cendawan mampu dijadikan alat/sebahagian untuk kereta dia akan lakukan katanya .
Leave a Comment