Jambatan Pan Borneo di rumah aku - CENDAWAN TIRAM KELABU

Jambatan Pan Borneo di rumah aku


Sejak hujan memanjang di Sibu ni , tak sangka pula kesan hujan  memang kencang  habis kawasan utama keluar masuk tempat aku dibanjiri air . Nak turun kerja guna motosikal pun payah , hanya tuhan je tau azab aku masa nak turun kerja nyaris terjatuh gara-gara nak tarik motosikal dari kawasan banjir . Dah kekuatan diri ni manalah kuat sangat , cukup-cukup makan , namun niat kuat nak turun kerja aku guna 110% kuasa ada pada diri , pekerja contoh kata nye 😁 .

inilah kawasan keluar masuk  yang dibanjiri dengan air 

Kiranya lepas 2-3 hari hujan memanjang lagi , aku buat keputusan untuk buat jambatan . Memang aku geram tahap gaban lah katakan . Dah minggu depan turun kerja lagi , tak akan aku nak tarik lagi motosikal merentas kawasan banjir , masaklah macam ini kan , Entah dari mana kuasa dan kerajinan datang ,  aku terus rembat  tukul , kayu dan alat2 berkaitan untuk membuat jambatan pan borneo versi aku heheh .

Pandangan semasa aku rasa macam arkitek.




























Mula-mula aku review dulu kawasan aku nak buat jambatan tu , bila tgk balik pondok yang ada dekat situ kalau boleh kasi roboh , masalah  nye pla , pondok tu milik orang lain . Apa lagi aku kol lah empunya pondok tersebut, dah kol hurmm memang negatif lah jawapan nye , lagi pun pondok memang tidak ada diguna lagi namun kita kena hormat kepunyaan orang , so what to do , aku fikir dan guna alternatif yang lain .

Setelah buat pemerhatian yang baik-baik aku mula berimaginasi dalam otak dari mana kemana, rupa jambatan tu , dan semua-semua perkara berkaitan yang aku perlu untuk buat jambatan . Kemudian aku siap-siap tanda guna tali dan ukur panjang jambatan .

kawasan yang aku tanda untuk dijadikan jambatan

pandangan dari sisi

kayu-kayu yang diasingkan dari  kawasan pembinaan

Bahagian yang paling menarik . Fasa ini aku ambil kayu siap potong cantik-cantik serta ikut ukuran yang dikehendaki. Kayu ini aku buat ala-ala "T" sebagai penyokong jambatan aku , boleh tengok gambar diselitkan dibawah . Memandangkan aku guna geraji eletrik senang ga kerja , potong , tukul dan tebuk guna drill dan ulang-ulang . Siap sepuluh kayu penyokong aku terus pancak dekat tempat yang aku tanda .

berikut adalah kayu penyokong yang aku buat 
kayu-kayu penyokong yang telah siap
Aku bukan tukang kayu yang bertauliah namun dalam situasi ini kena bergerak dari komplain je . Betauliah tak bertauliah aku teruskan usaha aku , kali ni aku cari kayu yang ada dekat rumah untuk sokongan menyambung antara kaki-kaki jambatan . Masa ni ada masalah juga sebab kayu tak cukup . Nasib ada jiran ada tolong sumbang sedikit kayu . Bila sokongkan kayu tu dah siap aku bergerak ke fasa seterusnya , iaitu tempat lapik atau lantai jambatan *maaf aku tidak tahu istilah yang sesuai aku rembat je* , hah sekarang timbul lagi masalah  , kayu tak cukup lagi  . Nasib baik ada jiran tolong lagi , kali ni memang cukup , Ketuk punya ketuk wala dah siap jambatan pan borneo aku hahahah , sekarang dah tak risau lah , minggu depan dah boleh turun kerja macam biasa . Tidak ada lagi nak tarik motosikal .

kayu peyokong berfungi dengan  baiknya

hasil pertukangan , lenguh gak tangan menukul jambatan ni , namun berbaloi

jambatan yang dah siap
pandangan dari sudut berlainan,

pandangan diri tepi 

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian , aku kekadang geram ga dengan orang yang asyik komplain tetapi tidak ada usaha nak menambahbaikan keadaan . Asyik tunggu je untuk berubah tapi taknak point out diri sendiri berubah . Kalau aku asyik tunggu perubahan jawapan aku kena tarik motosikal merendah kawasan banjir memang tak efisyien lah hidup aku . Jadi sampai disini sahaja perkongsian.

Salam
Cosmas.

No comments

Powered by Blogger.