Perkembangan cendawan di rumah tuai baru - CENDAWAN TIRAM KELABU

Perkembangan cendawan di rumah tuai baru


Sejak dua menjak ni , cuaca di Sibu selalu je mendung dan kadang kala hujan memanjang . Mungkin ada yang mengeluh dengan keadaan sekarang ni lah kan . Baru je cuci kereta dah hujan pla rasa nak geram pla . Namun celah-celah kesulitan ini , ada  juga manfaat nye kepada perusaha cendawan .

Sejak ada rumah baru untuk tuai rumah cendawan agak risau pla dengan keadaan sekeliling rumah yelah khuathir keadaaan tidak mengalakkan . Tambahan selepas penambahan paip dan misting untuk rumah tuai kalau tidak menjadi juga cendawan aku ni memang hampa lah hehehe. Selepas bersabar beberapa hari  , syukur bongkah yang tahun lepas masih boleh tumbuh , ternyata keadaan rumah baru baik untuk pertumbuhan cendawan .

Langkah seterusnya untuk menghasilkan bongkah 1000 cendawan dulu . Member aku gelak 1000 bongkah cendawan  sebab sikit katanya , tapi aku player yang ada strategi , biar aku merangkak dulu  , sebab banyak aspek yang aku fikirkan ni. Salah satu punca org gagal adalah apabila menceburi sesuatu bidang terus buka langkah besar last-last bila tidak handle jawapnya STOP la perusahaan tersebut . Jadi saya ambil perdekatan selamat , mulakkan kecil kalau dah maju sedikit saya  tambah sedikit , biar ikut arus jangan anjak arus atau lawan arus . 

Cukup borak , mari sini saya belanja gambar-gambar bongkah cendawan dibawah perjagaan saya
cendawan kelabu tiram yang baru tumbuh 

cendawan kelabu tiram sudah membesar saiz duit syiling 50 sen , dah boleh kira hari ini.

masih cuba untuk tumbuh , kipidap bro

yang ni mcm kobek dekat aku je , hampeh :P

kiranya dia nih tengah menyambut aku sebagai tetamu heheheh
Sehingga kini , saya berpuas ati dengan apa yang ada . Banyak yang saya belajar dari perusahaan cendawan ini . Yang paling nyata , cendawan ini byk ajar saya bersabar . Mohon saya menjadi seorang yang lebih bersabar kelak . Nanti saya share lagi perkembangan perusahaan saya.

Salam , Cosmas.

No comments

Powered by Blogger.