Bangun pagi buat bongkah cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Bangun pagi buat bongkah cendawan

Salam
 Bongkah cendawan
Cuaca di Sibu pada hari tidak seperti  suatu ketika dulu . Sekarang cuaca siang panas terit dan tak lama kemudian petang hujan pula . Saya mula perasaan bahawa corak cuaca juga berubah , ini membuat saya berfikir bahawa hidup ini kena juga berubah dan mengadaptasi keadaan semasa .
Pada hari ini , saya bangun pukul 6 pagi dan cuba siapkan 30 bongkah .

 Mula-mula bangun nak buat bongkah cendawan memang payah yelah dah lama tabiat bangun pagi waktu sekolah dulu sudah lama tidak diamalkan , sekarang bila dah masuk fasa kerja dah lain macam rasanya .Saya cakap dengan diri saya , saya kena buat dan saya kena buat . Macam-macam suara diri pada masa itu hendak saya tidur balik yelah 6 pagi mana tak nye . Namun beast mode kena aktif , saya tutupkan semua suara-suara dalam diri ini dan buat bongkah . Syukur dapat siapkan 30 bongkah dalam 1 jam seperti yang saya mahukan . Lepas siapkan diri  , mandi , guna pakaian kerja dan mulalah hidup sebagai seorang pekerja .

Plastik pp bongkah cendawan yang koyak
Waktu tengah hari saya mula rancangan saya untuk siapkan rumah kukus sebaik mungkin . Pergi ke kedai hardware dan beli beberapa perkakas . Pada masa itu saya ada lambat sedikit keluar tengah hari yelah kena siapkan beberapa kerja . Hati meronta-ronta nak setelkan rumah kukus saya agak gopoh sedikit hari ini , namun objektif kena didahulukan .

Siap-siap sampai rumah , saya terus melulu ke rumah kukus . Sampai sana pula , batu bata tidak cukup pula untuk alas tong drum dan bongkah , nak tak nak saya kena pergi cari kedai hardware yang terdekat . Hah , nasib ada satu kedai hardware ada jual batu bata namun kuantiti tak banyak dalam 50 unit , masa tu saya kira-kira perlu dalam 80 unit . Namun saya fikir balik ,  ambil je 50 unit tersebut  dan tengok keadaan nanti mungkin cukup mungkin tak cukup bergantung dengan cara saya menyelesaikan masalah .
dapur kukus cendawan

Setiba di rumah kukus , saya siapkan perkara-perkara yang diperluan seperti memasang dapur yang baharu (2 set), mengunci paip dengan ketat , pemeriksaan , menyusun batu bata . Dah tengah hari berpeluh beb , dah jari tadi luka akibat hos klip namun saya keep going . Saya tak tahu mengapa saya begitu focus dan bersemangat sangat hingga luka ada jari tidak diendah . Tengok jam sudah menandakan waktu untuk turun kerja balik . Nak tak nak saya kena siapkan diri balik ke tempat kerja . Nampak niat nak kukus cendawan kali ini tertunda lagi .

bongkah cendawan
Jam menandakan waktu balik kerja , saya hidupkan enjin motosikal dan terus memecut ke rumah . Memandangkan  hari  sudah petang dan tidak afdal untuk mengkukuskan cendawan  . Hal ini kerana waktu tamat kukus akan jatuh pada waktu pagi , pada masa itu aku tidur lena dah . Jadi saya tunda esok hari untuk kukus .

Saya tukar rancangan saya buat bongkah  pula . Pada masa itu cuaca di Sibu hujan memang terbaik untuk membuat bongkah . Saya siapkan diri , letak bangkul berisi cap dan neck serta plastic pp . Gaul baik-baik habuk kayu . Kemudian mula beraksi . Dalam masa dua jam saya mampu menghasilkan sebanyak 70 bongkah . Memang rancak pembuatan bongkah pada masa itu . Saya asyik cakap dengan diri ."Sila push diri Sila push diri  Kamu boleh buat" ini antara kata-kata dorongan saya pada masa itu . Belakang saya memang sakit lah jawapnya  , yelah asyik duduk dan hentak bongkah cendawan .

100 bongkah cendawan

Pada hari itu saya telah siapkan 100 bongkah cendawan . Percapaian terbaik bagi saya kerana pada hari bekerja dan mencuri masa mampu menghasilkan 100 bongkah . Cuba imajin dalam sebulan boleh capai 3 000 bongkah . pergggg hehehehe .

Baiklah sampai disini sahaja coretan saya .
 Salam.

Cosmas moses Boniface 

No comments

Powered by Blogger.