Habuk kayu untuk cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Habuk kayu untuk cendawan



Habuk kayu
Salam sejahtera lama dah saya tidak update blog saya ni . Bila lihat balik analoginye dah macam tumbuh  cendawan je blog aku ni tidak diupdate . Baik kali ini aku nak kongsi perkembangan mini ladang aku . Setakat ni semua berjalan dengan baik walaupun ada beberapa cabaran yang aku kena hadapi terutamanya mencari bahan untuk mengkompos subtrak cendawan .

Kilang kayu
Dijadikan cerita sepanjang perjalan mencari habuk kayu dan serkam padi bukanlah perkara yang senang . Tenaga , masa dan duit memang depositnye . Sepanjang perjalanan mencari memang rasa nak putus asa  tetapi hati kena keras .Aku tenangkan diri kena ingat misi dan visi aku mula-mula dulu , dah tu baru aku rasa macam bersemangat mencari . Walaupun ada 10 kilang cakap tak jual aku keep going mencari . Sepanjang satu hari mencari  akhirnya aku jumpa juga . Namun harga ada mahal sedikit tetapi itu sahaja pilihan yang terbaik aku ada . Nak tak nak aku rembat je la. Kalau tak ambil jawapnya tak jalanlah projek aku . Otak cakap jangan tapi hati cakap ambil je .
Kilang Kayu
 Satu beg besar tu kira rm 30 satu . Mahal tu  kira-kira dalam 1kg adalah sebanyak  20 sen . Kawan aku di Kuching boleh cari 5 tan dalam Rm 500 . Tapi tak apelah , permulaan setting memang tak cantik. Ada satu motivasi aku dengar , first chapter dalam hidup ini memang tak baik mahupun sempurna so aku ambil iktibar dan yakin bahawa perjalan aku mula-mula ni memang tak terbaik namun terbaik pada masa itu so next pusingan aku akan buat penambahbaikkan .



Habuk kayu
Mencari habuk kayu dan beli satu hal . Membawa habuk kayu ke mini ladang aku lain pla ceritanye . Bila barang dah siap aku bagi balik beg kilang tu , dah tempat aku banyak ayam ,Kucing dan anjing . Sekarang cabaran dah mula dicampak dekat muka aku . Aku ambil masa sedikit mencari idea untuk mengatasi masalah habuk aku khuatir diusik oleh  haiwan-haiwan yang tidak diundang .

Habuk kayu
Mula-mula cadangan ayah aku letak dalam guni semua habuk tu , tapi bila fikir balik dari segi kos tenaga material kena digunapakai banyak . Aku kena fikir cara paling mudah dan secara menyeluruh . Fikir punya fikir aku guna perdekatan untuk cover gumpalan habuk kayu dengan kanvas yang besar . Keputusannnya memuaskan satu gumpulan dilindungi oleh kanvas .Ternyata beberapa hari selepas tu aku prasan ada tapak haiwan-haiwan yang diatas kanvas. Aku cakap syabas dengan diri aku hahahaha . Aku cadang fasa seterusnya mungkin letak didalam bangsal or satu bekas yang besar untuk stok habuk kayu aku .Tengok macam mana nak , aku rancang nanti tuhan tentukan  .

Salam
Cosmas moses Boniface

1 comment:

  1. Bro..ada menjual habuk kayu halus..area melaka..boleh call shah.0193518784

    ReplyDelete

Powered by Blogger.