Kukus Bongkah Cendawan Buat Pertama Kalinya
Salam,
Oh yeah . Fasa kukus cendawan berjalan seperti mana yang
saya rancang . Kali ini saya nak celoteh sedikit mengenai aktiviti kukus
cendawan ini .
Kenapa perlu kukus cendawan ? Baiklah , mungkin ada terfikir
bahawa cendawan ini tidak perlu dikukus dan baik saja ditanam langsung dari
bahan kompos . Bongkah cendawan perlu dikukus untuk menyahkan kuman-kuman bahan kompos
disamping mengurangkan peratus bongkah kena jankitan penyakit . Cuba
banyakkan jika anda ada 10 0000 bongkah
dan hampir semua tidak boleh
digunakkan , memang pening kepala lah jawapnya . So baik kukus bongkah cendawan
supaya menjadi insuran kepada produktiviti cendawan anda .
Pada hari saya kukus adalah merupakkan hari berkerja saya .
Kalau mengikut rancangan saya patut datang lebih awal pada tengah hari untuk meletak bongkah kedalam tong drum namun saya ada beberapa kerja hakiki yang
perlu saya laksanakan . Namun hati kena tenang dan ikut rentak . Sampai sahaja dirumah saya siap-siapkan
diri untuk meletakkan bongkah cendawan kedalam tong drum .
Asalnya satu drum mengikut tunjuk ajar Cikgu Dewi hanya
mampu memuatkan dalam 60 – 70 bongkah . Namun apabila saya sumbat bongkah kedalam
tong drum saya dapati satu drum mampu memuatkan sebanyak 100 lebih bongkah .
Wow melebihi jangkaan saya , so far so
good .
keadaan dapur kukus bongkah cendawan |
penutup tong drum dilapik dengan batu bata |
Dirumah jam sudah menandakan
masa untuk menutup. Tak saya sangka saya sudah Berjaya mengkukus bongkah
cendawan . Pada masa itu keadaan didalam rumah kukus berkeadaan baik . Saya mematikan satu persatu
dapur gas . Mula memeriksa tong gas , tong drum , hos tong gas dan semua
berkeadaan baik. Baiklah bongkah-bongkah yang telah Berjaya dikukus perlu
direhat dalam satu hari atau 24 jam . Namun bagi saya satu hari adalah lagi
afdal . Cukuplah badan saya dah penat sangat
hehehe .
Baiklah sampai disini sahaja perkongsian saya . Semoga hari
anda lebih baik .
Salam
Cosmas moses Boniface
tag;
Leave a Comment