Berkongsi pengelaman dan topup stok habuk kayu - CENDAWAN TIRAM KELABU

Berkongsi pengelaman dan topup stok habuk kayu


Salam kali ni saya nak buat perkongsian perkembangan perusahaan saya . Pejam celik sudah hampir setahun perusahaan saya meskipun belum memarketkan produk saya namun perasaan positif saya semakin berkembang .
Dulu peserta sekarang dah jadi pengusaha hehehe 

Dijadikan cerita pada hari ini saya agak sibuk dengan persiapan menambah stok habuk kayu dan sedikit membantu serta meluang bersama cikgu saya iaitu cikgu dewi yang sedang giat memberi kursus cendawan . Agak malu rasanya apabila diundang untuk memberi sedikit perkongsian mengenai perkembangan saya . Lutut agak goyang gak namun hati kena keras .
balik rumah terus urus stok habuk kayu

Namun saya berjaya berkongsi pengelaman saya dengan penuh baik ,  biasalah serba boleh hehehe . Dan saya dapati para peserta banyak yang dahagakan ilmu kalau saya nak cerita takut kacau masa kursus cikgu dewi pla maklumlah orang undangan je xberani nak lebih  . Perasaan saya pada masa itu memang positif dan melihat wajah mereka mengingatkan saya yang dulu , kini saya melihat diri ini  betapa sudah jauh perjalanannya . Dulu saya masih ingat , saya mempunyai pelbagai persoalan biasa lah dahagakan ilmu , namun saya dapati masalah saya diselesaikan sepanjang perjalanan saya . Jika dikenang baik kenapa saya tidak pernah putus asa , mungkin ini semua kerana motivasi saya kuat, saya buat semua ini adalah kerana keluarga dan masa depan saya duit no 2 . Apabila saya down saya akan ingat motivasi saya dan get up dan terus maju kehadapan tak kiralah betapa sukar tugasnye saya akan buat .
Kerja mengurus stok habuk kayu sedang diurus

Sebaik habis dengan sesi bersama para peserta saya balik rumah untuk setup balik tempak stok habuk kayu saya . Kali ini saya one man show memandang ayah saya tiada disini kerana pergi ke kuching , saya anggap ini cabaran dan saya lakukan dengan baik . Dulu 2 beg besar kali ini 4 beg besar , memang kena doublekan lagi usaha dan tenaga . Saya memutuskan melakukan pada pukul 2 , masa tu memang panas wei . Pa boleh buat saya terjah je , mana tak kulit makin hitam , buat punya buat akhirnya saya berjaya menyetelkan semua dengan baik . Tengok hebat tak , seorang je boleh buat heheheh ( puji diri sendiri lebih hahahaha )

habuk kayu telah disimpan dengan baik

Sekarang sudah masuk bulan 5/2017 , saya kena persiapan diri untuk mula membuat bongkah batch yang seterusnya , kali ini target 2000 bongkah . Boleh ke tak , saya akan buat . Apa2 perkembangan nanti saya akan share disini .

Salam
Cosmas moses Boniface

No comments

Powered by Blogger.