Bongkah Dirumah Peram Menghasil Cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Bongkah Dirumah Peram Menghasil Cendawan

Salam kali ni saya share pengelaman saya beberapa hari ni . Almaklumlah sibuk dengan persediaan dengan ISO untuk jabatan saya . Setelah sibuk dengan tugas hakiki saya apa lagi dengan penuh tanggungjawap pergi ke rumah cendawan saya . Seperti biasa tiada apa yang muskil pada hari ini , hari agak redup-redup memandang sibu sekarang selalu hujan kekadang hujan terbantut , kejap hujan kejap xda pla.
Bongkah dibilik peram yang tumbuh cendawan

Mula saya akan buat bongkah cendawan dulu dalam 27 bongkah . Habis kompos kapur pertanian , habuk kayu dan serkam padi dan diisi dengan penuh kasih sayang kedalam plastik pp masa untuk periksa rumah  kukus pla . Dirumah kukus saya dapat semua keadaan baik paip aliran gas tiada yang longgar . Hal ni penting tiada kebocoran pada paip gas kalau tidak kedebooommmm rumah kukus saya hahahaha .
keadaan didalam bilik peram

Setelah siap pemeriksaan rumah kukus . Masa untuk sapu dan bersih rumah suntik benih . Dekat sini saya penting kebersihan hal ni kerana sebarang kotoran semasa suntik benih akan menyebab risiko jangkitan kulat hijau . Baik ikut SOP sewajarnya . Kalau rajin sapu lantai dengan dettol . Tp rasa berat pla hari ni , sapu macam biasa je laa. Saya perasaan lantai tempat rumah suntik mulai reput kerana terdedah dengan air dulu . Yelah kawasan rumah saya ni kalau hujan lebat memang banjir la . Kena buat penambah baikkan ni . No worry akan diusahakan .

bongkah baharu bakal diguna pada bulan 12 nanti

Kemudian saya memeriksa rumah peram pla . Tiada apa yang aneh pada mulanya . Macam biasa rumah peram saya agak panas kerana tiada pengudaraan . Bongkah pada rak paling atas menunjukkan tiada  kena kacau sebarang mahluk perosak . Bebas dari tikus dan tupai , yahooooo . Seterusnya pemeriksaan pada rak kedua dan ketiga . Saya terperanjat ada beberapa bongkah cendawan dalam bilik peram telah mengeluarkan hasil omg. Memang tidak disangka setelah saya menambahbaik kekurangan dulu dan sekarang telah nampak kesannya . Pada mula saya jangka akan keluar pada 3 bulan lepas peram ni baharu sahaja 2 1/2 telah mula mengeluarkan hasil . wow terbaik ni .
Hasil tuaian  buat kali pertamanya

Tiada disangka penanam cendawan ni membawa pelbagai pengelaman yang menarik . Saya tidak sabar untuk melihat pretasi bongkah baharu ni . Moga-moga yang terbaik akan datang .
Salam
Cosmas moses Boniface

No comments

Powered by Blogger.