Pengusaha Cendawan di Sibu masih teruskan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Pengusaha Cendawan di Sibu masih teruskan

Salam . Maaf, saya agak terlalu lama saya tidak update blog ni . Yelah sibuk memanjang dengan kehidupan  yelah fokus kerja lagi , layan Gf lagi , layan famili dan fokus pembikinan bongkah cendawan sampai terlupa nak update blog . Kali saya akan cuba update blog saya dengan cara yang baik bukan terbaik heheheh maaf .



Bongkah cendawan yang dulu telah membuahkan hasil

Sepanjang 3 bulan menyepi dari dunia blog ini . Boleh saya katakan bahawa pelbagai impak yang  saya mula rasa . Sebagai insan biasa lumrah utk kita kekadang rasa nak giveup , berfikiran negatif , menyesal , malas , delay2 dan fikir nak cepat . Baiklah untuk fight semua ni saya cadangkan cari alasan kukuh kenapa nak start semua ni dulu bila rasa nak give up ingat balik alasan tu , nescaya semangat nak buat kerja datang balik .
Bongkah cendawan yang bakal digunakan pada bulan Disember 2017

Sekarang ni sudah memasuk bulan Ogos dan prestasi dari bongkah2 yang lalu tidak seperti yang saya mahukan kerana hasil lambat keluar sehingga bulan kedua baharu keluar hasil . Macam mana rasa nak giveup right ? peluh2 buat hasil tidak ada . Namun saya percaya banyak kesilapan yang lalu dijadikan iktibar . Syukur dari kesilapan yang lalu bongkah yang baharu banyak yang terbaik perghasilannye . Bukan setakat pembuatan malah pengurusan bongkah cendawan . Saya mula mempunyai  sistem saya sendiri . Pegggg tak sangka sampai disini sudah perjalanan saya . hahhaa
Bongkah cendawan yang mengeluarkan hasil didalam bilik peram . Sabar la bro

Baiklah sampai setakat ni coretan saya . Nak share lagi namun badan lah longlai ni baru benih cendawan dan nak pergi tutup tong gas yang tengah kukus cendawan.
Salam.
Cosmas moses Boniface

No comments

Powered by Blogger.