8 SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN
Tahukah anda bahawa cendawan adalah antara komoditi yang mendapat
permintaan yang tinggi .
Berdasar pengalaman saya selama mengusaha perusahaan cendawan ini
permintaan kian meningkat dari satu masa ke satu masa .
Sebelum memulakan perusahaan ini saya agak muskil dengan perusahaan
cendawan ini khuathir tidak mendapat sambutan yang hangat . Ternyata fikiran
ini adalah salah sama sekali , boleh dikatakan pendapatan yang dapat tiap bulan
sedikit sebanyak membantu pembelajaan seharian saya .
Disini saya ingin tekan
bahawa mengusaha cendawan ini bukanlah ala-ala skim cepat kaya , senang buat
duit atau tanam dan jual sahaja hal ni
kerana pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum mendapat manfaat
pengusahaan cendawan ini .
Disini saya akan kongsikan kepada para pembaca mengapa anda boleh
menjana pendapatan yang baik dengan cendawan.
SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN...
_____________________________________________________
1.PERMINTAAN CENDAWAN SEGAR TINGGI
Cendawan yang segar mendapat permintaan yang tinggi . Disebabkan
cendawan tiram kelabu ini cepat rosak maka cendawan ini tidak digemari diimport
dari luar malah menyarankan para pengusaha untuk mengnawarkan cendawan segar . Dijadikan
cerita pengusahaan saya sendiri tidak
mampu menampung permintaan cendawan segar
. Permintaan yang sangat tinggi apabila dekat perayaan dan awal dan
akhir bulan sewaktu terima gaji . Meskipun ditempat saya sudah ada beberapa
pengusahaan cendawan namun permintaan tetap ada dan konsistan . Oleh itu amat
digalakkan untuk melabur dalam industri cendawan .
2.MODAL YANG KECIL DAN PULANGAN YANG LUMAYAN
Modal untuk mengusahakan cendawan ini tidak menelan belanja yang
besar . Hal ini kerana pengusaha boleh
mengunakan material terbuang atau
mengunakan material yang murah untuk test market terlebih dahulu . Rata-rata
untuk memulakan pengusahaan bajet bawah 20-30k sudah boleh memulakan
perusahaan secara kecil-kecil .
3.TIDAK MEMERLUKAN RUANG YANG BESAR
Perusahaan cendawan ini tidak memerlukan ruang yang besar hal ini
kerana pengusaha akan membuat rak untuk tempat meletak bongkah cendawan .
Lantas dengan mengunakan kaedah rak ini menjimat dan mengmaksimakan
pengunaan ruang . 2 parking kereta sahaja boleh memuatkan sehingga 1 000
bongkah cendawan ( bergantung dengan saiz bongkah cendawan dan jumlah tingkat
rak ) .
4.TIDAK MENGUNAKAN TEKNOLOGI YANG KOMPLEK
Mengunakkan teknologi moden adalah satu bonus kepada perusahaan
cendawan namun teknologi rendah juga
mampu menjana pendapatan yang lumayan .
Aliran kerja dari kompos
cendawan hinggalah ke menuai cendawan hanya mengunakan peralatan yang mudah dan
senang didapati dari kedai hardware berdekatan . Sebagai contoh mencampur
kompos cendawan hanya memerlukan bebrapa tenaga manusia , skup , cangkul , air
dan beberapa peralatan asas .
5.MENGUNAKAN BAHAN TERBUANG
Salah satu kebaikan dan kecantikan
mengusahakan cendawan adalah pengusaha mengunakan bahan terbuang . Bahan-bahan
terbuang ini mudah diperolehi lantas kesinambungan pengusahaan cendawan tidak
putus . Bahan terbuang seperti habuk kayu dan serkam padi antara perkara asas
yang amat penting untuk perusahaan cendawan .
6.TIADA PENGUNAAN RACUN [100% ORGANIK]
Pengunaan racun tidak digalakkan sama sekali untuk penanam cendawan .
Cendawan amat terkenal dengan sifatnya yang peka dengan keadaan sekeliling
malah menyerap aroma kawasan tersebut . Oleh itu pengusahaan cendawan hanya
mengunakan peralatan mudah dan SOP tanpa pengunaan racun bagi menanggani mahluk perosak dan jangkitan
.
7.PRODUK HILIRAN CENDAWAN BERPONTENSI BESAR
Produk hiliran cendawan tempatan belum lagi menyerlah seperti
dinegara Indonesia dan Filipina . Antara produk hiliran cendawan adalah seperti
sabun cendawan , keropok cendawan , burger cendawan , mee cendawan dan mushroom
kits cendawan . Saya dapati kenapa produk-produk ini gagal diketengahkan adalah
berpunca pengusaha cendawan yang masih sedikit oleh itu produk-produk hiliran
gagal ditonjolkan .
8.BANTUAN DARI KERAJAAN
Perusahaan cendawan ini juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan
. Salah seorang pengusaha BB Mushroom Company di Sibu mendapat bantuan daripada
jabatan Pertanian Sarawak untuk mengurus pengusahaan cendawan beliau . Dengan
bantuan dari kerajaan ini maka semakin rancak perusahaan cendawan .
Saya berharap setelah membaca artikel saya ini , mungkin terbuka
minda untuk mengusaha cendawan ini .Begitu banyak potensi pengusahaan cendawan
ini dari penjualan cendawan segar , latihan dan produk hiliran amatlah
menguntungkan .
Namun kena diingatkan bahawa pengusahaan cendawan ini ada
downsidenya . Untuk artikel seterusnya saya akan kongsi kepada pembaca perkara
pahit mengusaha perusahaan cendawan ini
.
Jika anda menghargai artikel ini , sila like dan share artikel ini .
tag;
Leave a Comment