CABARAN PERNIAGAAN CENDAWAN SEGAR YANG PERLU DIKETAHUI
Projek tanaman cendawan antara peluang perniagaan yang unik dan menguntungkan .Jika visi misi
dan objektif perniagaan cendawan dilaksanakan dengan baik tidak dinafikan ada
yang akan berjaya dalam industri cendawan dan menjana pendapatan yang lumayan.
Cerita-cerita
ini menjadi ilham dan inspirasi orang umun untuk menceburi industri cendawan .
Dijadikan cerita , banyak yang pengusaha cendawan yang berjaya namun banyak
lagi pengusaha cendawan yang tidak berjaya .
Ini boleh
dilihat jumlah peratus peserta kursus cendawan yang mempratikan ilmu kursus dan
memulakan perusahaan rata-rata daripada 30 peserta mungkin hanya 1-3 sahaja
yang akan memulakan perniagaan ini .
Daripada 1-3
peserta yang memulakan perniagaan cendawan ini dalam 3 tahun pertama ada yang
telah berhenti meneruskan perusahaan cendawan ini kerana pelbagai faktor-faktor
secara langsung dan tidak langsung .
CABARAN PERNIAGAAN CENDAWAN SEGAR YANG
PERLU DIKETAHUI
PAYAH
MENDAPATKAN HABUK KAYU DAN SERKAM PADI SECARA KONSISTAN
Sebagai
pengusaha cendawan habuk kayu dan serkam padi adalah antara komponen penting .
Habuk kayu berkualiti terutama habuk
kayu getah adalah amat sesuai untuk pengusahaan cendawan malangnya ada
disetengah tempat habuk kayu sudah tempah oleh kilang-kilang besar yang membuat
produk hiliran berasas habuk kayu . Sebagai contoh kilang membuat playwood ,
kilang arang dan kilang membuat palate habuk kayu . Hasil tekanan dari kilang-kilang besar
pengusaha cendawan yang baharu susah untuk mendapat habuk kayu secara
berkualiti dan konsistan .
Serkam padi
juga kekadang amat payah untuk didapati dan jika harga adalah mahal . Pengusaha
yang baru dan lama mempunyai kesukaran untuk mencari bekalan secara konsistan
dan banyak tambahan tuai padi adalah bermusim . Kebanyakan pengusaha cendawan
akan pergi ke luar bandar untuk mencari serkam padi dan kekadang harga dikena
mahal . Serkam padi ini juga digunakan oleh industri menternak ikan , kambing
dan lembu oleh itu persaingan permintaan serkam padi ini sedikit sebanyak
meberi tekanan kepada pengusaha cedawan .
PERSAINGAN
PENGUSAHA BARU YANG TUMBUH UMPAMA CENDAWAN SELEPAS HUJAN
Pengusahaan
cendawan ini adalah menguntungkan jika dilakukan secara konsisten dan berhemah
. Pengusahaan cendawan amat unik dan mudah dan ini menyebabkan industri ini
amat mudah untuk ditiru . Tambahan kursus yang rancak dari pengusaha cendawan
sedia ada memyebabkan setiap masa ada sahaja pengusaha cendawan baru dilahirkan
.
Proses
membuat bongkah cendawan hingga membuat rumah
cendawan tidaklah susah dan ini menjadikan pengusahaan cendawan mudah
untuk semua lapisan masyarakat. Lama kelamaan , lambakan pengusahaan cendawan
cendawanan lantas lambakan cendawan
segar disatu-satu tempat maka tercetus persaingan yang hebat dari perjualan dan
bahan keperluan cendawan .
SERANGAN
JANGKITAN DAN PEROSAK
Cabaran
hebat dengan pengusahaan cendawan adalah bila berhadapan dengan isu serangan
jangkitan dan mahluk perosak . Pengusaha sedia maklum bahawa bongkah cendawan
senang rosak jika tidak diuruskan dengan cara yang baik .
Pengurusan
bongkah cendawan amat penting dari aspek pengkukusan , pengkomposan ,
pembenihan , pemeraman dan menuai hasil
adalah amat dititik berat sekali kerana pengurusan yang tidak diambil serius
akan menyebabkan bongkah mudah rosak . Contoh masalah bongkah bermasalah adalah
hasil daripada jangkitan kulat hijau ,
kulat oren , serangan hama , tikus dan lintah bulan . Oleh itu seorang pengusaha harus mempunyai
kesabaran amat tinggi dalam menanggani pemasalahan pengusahaan cendawan .
PAYAH
MENCARI BENIH BERKUALITI
Benih yang
berkualiti adalah komponen kritikel dalam mengusaha cendawan . Benih yang baik
akan membuahkan hasil yang mantap dan ini memanfaatkan pengusaha cendawan .
Malangnya ada jua benih dijual tidak berkualiti dan ini menjejaskan pihak
pembeli untuk mengoperasikan pengusahaan sedia ada . Lagi malang apabila
penjual benih ini tidak mahu bertanggungjawab keatas kerugian yang dialami oleh
pembeli . Tambahan ada servis penjual benih kurang memuaskan apabila
penghantaran benih tidak seperti dijanjikan .
Cabaran-cabaran
seperti sebegini amat mengecewakan kepada pengusaha cendawan sehingga ada suatu
tahap para pengusaha memutuskan untuk menghentikan pengusahaan cendawan kerana
gagal untuk mendapat benih berkualiti .
BEBANAN
KERJA YANG MELAMBAK
Perusahaan
cendawan secara komersial memerlukan komitmen tinggi . Proses pengurusan cendawan
tidaklah sukar tetapi memerlukan tanggungjawab yang tinggi dan konsistan.
Rata-rata pengusaha cendawan yang baharu sahaja bermula perusahaan tidak
mempunyai pekerja banyak malah ada yang sanggup melakukan kerja perusahaan ini
dengan pertolongan keluarga sahaja . Beban semakin banyak apabila mengurus stok
tuaian , mengurus stok keperluan cendawan , membuat bongkah cendawan secara
berkala , memgurus bahan buangan cendawan , memasarkan produk cendawan dan tambahan
dengan kerja hakiki disamping komimen terhadap keluarga . Perusahaan ini
memerlukan pengorbanan yang banyak jika dipandang secara holistik dan jika
tidak mengurus baik satu-satu pekerjaan nescaya pangkalnya satu pun tidak akan
menjadi .
Perjalanan
untuk berjaya dalam industri cendawan bukanlah mudah kerana mereka yang berkata
ia mudah dan ia susah adalah kedua-duanya benar . Oleh itu tak kira apa jua
halangan dalam industri
cendawan ini
pengusaha perlu cekal dan terus maju memajukan perniagaan masing-masing .
Leave a Comment