CABARAN PERNIAGAAN CENDAWAN SEGAR YANG PERLU DIKETAHUI - CENDAWAN TIRAM KELABU

Thursday, August 9, 2018

CABARAN PERNIAGAAN CENDAWAN SEGAR YANG PERLU DIKETAHUI


CABARAN PERNIAGAAN CENDAWAN SEGAR

Projek tanaman cendawan antara peluang perniagaan yang unik dan menguntungkan .Jika visi misi dan objektif perniagaan cendawan dilaksanakan dengan baik tidak dinafikan ada yang akan berjaya dalam industri cendawan dan menjana pendapatan yang lumayan.

Cerita-cerita ini menjadi ilham dan inspirasi orang umun untuk menceburi industri cendawan . Dijadikan cerita , banyak yang pengusaha cendawan yang berjaya namun banyak lagi pengusaha cendawan yang tidak berjaya .

Ini boleh dilihat jumlah peratus peserta kursus cendawan yang mempratikan ilmu kursus dan memulakan perusahaan rata-rata daripada 30 peserta mungkin hanya 1-3 sahaja yang akan memulakan perniagaan ini .

Daripada 1-3 peserta yang memulakan perniagaan cendawan ini dalam 3 tahun pertama ada yang telah berhenti meneruskan perusahaan cendawan ini kerana pelbagai faktor-faktor secara langsung dan tidak langsung .


CABARAN PERNIAGAAN CENDAWAN SEGAR YANG

 PERLU DIKETAHUI



PAYAH MENDAPATKAN HABUK KAYU DAN SERKAM PADI SECARA KONSISTAN
Sebagai pengusaha cendawan habuk kayu dan serkam padi adalah antara komponen penting . Habuk kayu berkualiti  terutama habuk kayu getah adalah amat sesuai untuk pengusahaan cendawan malangnya ada disetengah tempat habuk kayu sudah tempah oleh kilang-kilang besar yang membuat produk hiliran berasas habuk kayu . Sebagai contoh kilang membuat playwood , kilang arang dan kilang membuat palate habuk kayu  . Hasil tekanan dari kilang-kilang besar pengusaha cendawan yang baharu susah untuk mendapat habuk kayu secara berkualiti dan konsistan .
Serkam padi juga kekadang amat payah untuk didapati dan jika harga adalah mahal . Pengusaha yang baru dan lama mempunyai kesukaran untuk mencari bekalan secara konsistan dan banyak tambahan tuai padi adalah bermusim . Kebanyakan pengusaha cendawan akan pergi ke luar bandar untuk mencari serkam padi dan kekadang harga dikena mahal . Serkam padi ini juga digunakan oleh industri menternak ikan , kambing dan lembu oleh itu persaingan permintaan serkam padi ini sedikit sebanyak meberi tekanan kepada pengusaha cedawan .

PERSAINGAN PENGUSAHA BARU YANG TUMBUH UMPAMA CENDAWAN SELEPAS HUJAN
Pengusahaan cendawan ini adalah menguntungkan jika dilakukan secara konsisten dan berhemah . Pengusahaan cendawan amat unik dan mudah dan ini menyebabkan industri ini amat mudah untuk ditiru . Tambahan kursus yang rancak dari pengusaha cendawan sedia ada memyebabkan setiap masa ada sahaja pengusaha cendawan baru dilahirkan .
Proses membuat bongkah cendawan hingga membuat rumah  cendawan tidaklah susah dan ini menjadikan pengusahaan cendawan mudah untuk semua lapisan masyarakat. Lama kelamaan , lambakan pengusahaan cendawan cendawanan lantas  lambakan cendawan segar disatu-satu tempat maka tercetus persaingan yang hebat dari perjualan dan bahan keperluan  cendawan .

SERANGAN JANGKITAN DAN PEROSAK
Cabaran hebat dengan pengusahaan cendawan adalah bila berhadapan dengan isu serangan jangkitan dan mahluk perosak . Pengusaha sedia maklum bahawa bongkah cendawan senang rosak jika tidak diuruskan dengan cara yang baik .
Pengurusan bongkah cendawan amat penting dari aspek pengkukusan , pengkomposan , pembenihan  , pemeraman dan menuai hasil adalah amat dititik berat sekali kerana pengurusan yang tidak diambil serius akan menyebabkan bongkah mudah rosak . Contoh masalah bongkah bermasalah adalah hasil daripada  jangkitan kulat hijau , kulat oren , serangan hama , tikus dan lintah bulan  . Oleh itu seorang pengusaha harus mempunyai kesabaran amat tinggi dalam menanggani pemasalahan pengusahaan cendawan .

PAYAH MENCARI BENIH BERKUALITI
Benih yang berkualiti adalah komponen kritikel dalam mengusaha cendawan . Benih yang baik akan membuahkan hasil yang mantap dan ini memanfaatkan pengusaha cendawan . Malangnya ada jua benih dijual tidak berkualiti dan ini menjejaskan pihak pembeli untuk mengoperasikan pengusahaan sedia ada . Lagi malang apabila penjual benih ini tidak mahu bertanggungjawab keatas kerugian yang dialami oleh pembeli . Tambahan ada servis penjual benih kurang memuaskan apabila penghantaran benih tidak seperti dijanjikan .
Cabaran-cabaran seperti sebegini amat mengecewakan kepada pengusaha cendawan sehingga ada suatu tahap para pengusaha memutuskan untuk menghentikan pengusahaan cendawan kerana gagal untuk mendapat benih berkualiti .

BEBANAN KERJA YANG MELAMBAK
Perusahaan cendawan secara komersial memerlukan komitmen tinggi . Proses pengurusan cendawan tidaklah sukar tetapi memerlukan tanggungjawab yang tinggi dan konsistan. Rata-rata pengusaha cendawan yang baharu sahaja bermula perusahaan tidak mempunyai pekerja banyak malah ada yang sanggup melakukan kerja perusahaan ini dengan pertolongan keluarga sahaja . Beban semakin banyak apabila mengurus stok tuaian , mengurus stok keperluan cendawan , membuat bongkah cendawan secara berkala , memgurus bahan buangan cendawan , memasarkan produk cendawan dan tambahan dengan kerja hakiki disamping komimen terhadap keluarga . Perusahaan ini memerlukan pengorbanan yang banyak jika dipandang secara holistik dan jika tidak mengurus baik satu-satu pekerjaan nescaya pangkalnya satu pun tidak akan menjadi .

Perjalanan untuk berjaya dalam industri cendawan bukanlah mudah kerana mereka yang berkata ia mudah dan ia susah adalah kedua-duanya benar . Oleh itu tak kira apa jua halangan dalam industri
cendawan ini pengusaha perlu cekal dan terus maju memajukan perniagaan masing-masing .




No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.