Perjagaan
bongkah cendawan adalah antara komponen
yang amat penting dalam perusahaan cendawan . Perjagaan yang kurang arif akan
menjejaskan produktiviti perusahaan cendawan .
Perjagaan
bongkah cendawan tidaklah begitu teknikal tetapi meminta tanggungjawab yang
tinggi . Tanggungjawab yang tinggi merangkumi masa , tenaga dan duit bagi
memastikan bongkah cendawan dihasilkan yang terbaik dari segi hasil dan tahan
lama .
Bongkah
cendawan yang baik adalah lubuk emas kepada pengusaha cendawan . Bongkah
cendawan berkualiti ditambah dengan benih cendawan bermutu diadun dengan pengurusan
cendawan yang unggul akan memlonjak perusahaan cendawan pada tahap yang
memberangsangkan .
CARA PERJAGAAN
BONGKAH CENDAWAN
SENANTIASA
PASTIKAN MULUT BONGKAH CENDAWAN SENANTIASA BERSIH
Cendawan
tiram kelabu adalah jenis cendawan memerlukan perjagaan rapi . Setiap kali
menuai hasil cendawan tiram kelabu mulut cendawan hendaklah dipastikan dalam
keadaan bersih . Pastikan mulut cendawan tiada tinggalan batang cendawan atau
benda asing didalam mulut cendawan . Jika terdapat tinggalan cendawan didalam
bongkah sila bersihkan dengan mengunakan peralatan yang telah disembur dengan
detol atau alcohol .
PASTIKAN
TIADA LINTAH BULAN ATAU LIPAS BERKELIARAN SEKITAR BONGKAH CENDAWAN.
Cara tanam
cendawan yang baik adalah pengusaha cendawan yang sangat peka dengan keadaan didalam
rumah tuai . Pengusaha digalakkan senantiasa pastikan tiada lintah bulan atau
lipas berkeliaran didalam rumah cendawan .Hal ini kerana mahluk perosak ini
akan merosakan bongkah cendawan disamping menganggu pertumbuhan cendawan . Mahluk
perosak ini akan menyebabkan kerugian
kepada pengusaha cendawan hal ini kerana bongkah yang rosak terpaksa
dibuang .
ASINGKAN
BONGKAH CENDAWAN YANG DIJANGKITI.
Semua
langkah yang diajar telah diikuti 100% namun tetap juga bongkah cendawan yang
dijangkiti oleh kulat hijau mahu pun oren . Bagi menyelamat bongkah yang lain
disarankan pengusaha untuk membuang bongkah cendawan yang dijangkiti . Pernah
terjadi oleh pengusaha cendawan tidak mahu membuang bongkah cendawan yang
dijangkiti lantas bongkah cendawan yang lain turut mendapat jangkit kulat hijau
. Harus diingati bahawa bongkah yang bermasalah haruslah diasing dengan
secepat yang mungkin .
PASTIKAN
PENGUSAHA TIDAK MEROKOK ATAU MENGUNA WANGIAN BERDEKATAN BONGKAH CENDAWAN.
Membekal
cendawan segar dan berkualiti adalah harapan semua pengusaha cendawan kelabu
tiram .
Namun
kekadang pengusaha lupa malah
membenarkan pengunjung luar memasuki kedalam rumah cendawan tanpa pemantauan sewajarnya sebagai contoh
pengunaan wangian , merokok , vape atau menyentuh mulut bongkah dengan tangan
lantas ini akan menyebabkan bongkah menjadi rosak .
Perkara ini
jangan dipandang rendah kerana akan menjejaskan operasi perusahaan cendawan .
ASAP TIDAK
BAIK UNTUK BONGKAH CENDAWAN ! ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA BERDEKATAN RUMAH
CENDAWAN .
Ada jenis
cendawan boleh tahan asap tetapi jenis cendawan tiram kelabu amatlah sensitif .
Rumah cendawan yang terdedah dengan asap yang melampau kan menyebabkan
pertumbuhan cendawan akan terbantut malah boleh menyebabkan bongkah rosak
akibat pencemaran udara .
PASTIKAN
RUMAH CENDAWAN MEMILIKI SUHU DAN KELEMBAPAN YANG BAIK UNTUK BONGKAH CENDAWAN.
Bagi
mengekal bongkah cendawan sangat produktif dan tahan lama pengusaha sedar
bahawa suhu dan kelembapan rumah cendawan amat dititik beratkan . Suhu dan
Kelembapan yang ideal amat memgalakan pertumbuhan cendawan . Ini didapat
dilihat semasa musim panas dan musim hujan amatlah berbeza hasil cendawan .
Pengusaha cendawan yang unggul memastikan bongkah cendawan berada dalam
lingkungan suhu dengan kelembapan yang baik .
Memang tinggi
tanggungjawab pengusaha cendawan untuk memastikan penawaran cendawan tiram
kelabu tidak putus bagi memenuhi permintaan pasaran .
Memang tidak
hairan jika ada masa tidak terjumpa cendawan tiram kelabu di pasar atau jumlah
kuantiti sedikit .
Saya
mengharapkan perkongsi ini membantu sedikit sebanyak dan sebagai peringatan
bersama.
Terima kasih atas perkongsian yang diberikan<3
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete