MALAS MENGUSAHA PROJEK CENDAWAN ?
TANGANI KEMALASAN UNTUK MENGUSAHA CENDAWAN TIRAM KELABU
Mengusaha cendawan tiram kelabu bukannya
mudah ada sahaja dugaan sepanjang perjalanan perusahaan ini .
Seperti mana perusahaan lain dalam
tempoh 3 Tahun pertama mengusaha cendawan tiram kelabu adalah amat kritikal .
Dalam tempoh 3 tahun pertama akan diduga
dengan pelbagai cabaran seperti mengekalkan keperluan perusahaan , duit keluar
masuk , kesedian stok cendawan segar ,
karenah pembeli dan lain-lain.
Jika tidak dihadapi dengan cermat ,
bersabar dan waras nescaya dugaan-dugaan ini boleh mengugat perusahaan secara
dalaman dan luaran .
Sebagai seorang pengusaha cendawan
saya juga tidak lari dengan dugaan ini . Tidak kisahlah masalah kecil mahupun
besar masing-masing membentuk siapa diri saya pada hari ini .
Sudah lazim jika menghadapi waktu
sukar , kita akan merasa “down” seterusnya kita akan mula mempersoalkan moral
dan tindakan kita selama ini .
Suara dalam diri senantiasa akan cuba
untuk menjatuhkan moral , sebagai contoh “kenapa sibuk nak buat cendawan tiram
ni ?” , “kenapa susah payah nak labur duit yang belum tentu dapat pulanganya “
, “bagus tidur dan tengok tv dari sibuk nak bacuh habuk kayu “ . “ kerja cendawan ini kotor “ suara-suara
seperti ini akan lazim kedengaran bila mengusahakan perusahaan cendawan tiram
kelabu ini.
Jika dibuat perbandingan semangat saya
pada awal perusahaan hingga sekarang ternyata berbeza .
Dulu mula-mula mengusahakan projek
tanam cendawan ini ,saya sangatlah bertenaga ; tekun memikir pasal rumah
cendawan , membuat rumah cendawan , mencari tong drum untuk kukus cendawan ,
mencari benih , kol sana sini dan lain-lain .
Namun hingga satu masa lama-kelamaan tenaga tersebut semakin
berkurangan . Kekadang nak buat benda yang mudah mengambil masa yang lama .
Sejak beberapa tahun mengusahakan
cendawan ini , saya simpulkan beberapa
cara menerusi pegalaman peribadi untuk
meneruskan perusahaan cendawan ini secara santai dan konsisten .
BERINTERAKSI DENGAN ORANG SEKELILING
Mengusahakan cendawan tiram kelabu ini
kekadang agak tepu perjalananya . Bagi pengusaha yang sudah lama berkecimpung
dalam bidang cendawan ini saya pasti ada merasa tahap anda merasa “tepu” .
Keadaan “tepu” ini merujuk kepada keadaan pengusaha sudah lali dan rasa tiada
motivasi lagi untuk meneruskan perusahaan cendawan .
Ciri-ciri tepu :
- Malas hendak buat bongkah on time .
- Tidak rajin membersihkan keadaan rumah cendawan .
- Banyak skip langkah-langkah SOP penanam cendawan .
- Tiada insiatif untuk membaiki diri dalam perusahaan cendawan .
Topik yang dikongsi dan dikupas adalah
di dalam skop perusahaan cendawan . Sepanjang perkongsian , saya dapati banyak
yang berminat mengenai perusahaan cendawan malah perkongsian ini boleh
menjangkau berjam-jam umpama mini class mushroom.
Rata-rata soalanan adalah seperti
“macam mana nak jaga cendawan ini ?” , “ bagaimana dengan permintaan cendawan
?” “Dimana dijual cendawan segar?” . Soalan dan isu mengenai cendawan yang
dikongsi dan dikupas secara tidak
langsung mendidik dan mengajar diri sendiri untuk lebih baik dan ini akan
membangkitkan lagi semangat untuk mengusahakan cendawan .
CARI INSPIRASI DAN MOTIVASI
Pada zaman sekarang amat mudah mencari
pelbagai material untuk dijadikan motivasi dan insprasi yelah semua dihujung
jari . Pada awal pembabitan pelbagai
buku motivasi dan video motivasi malah podcast yang saya simpan untuk bekalan
sepanjang perjalanan mengusaha cendawan .
Didalam skop perusahaan cendawan pula
, buku mengenai cendawan sepertu buku “manual
teknologi penanaman cendawan tiram kelabu”-mardi dan buku “the mushrooms
cultivator” –by paul statmets j.s Chilton . Buku “manual teknologi penanaman
cendawan tiram kelabu”-mardi adalah amat baik untuk perusahaan yang baru berkecimpung
dalam perusahaan cendawan kerana isi kandunganya mudah dihadam , bahasa diguna
tidak komplek dan mempunyai gambar rajah yang releven sebagai rujukan .
"buku ilmiah mengenai cendawan" |
Manakala buku “the mushrooms
cultivator” –by paul statmets j.s Chilton adalah untuk pengusaha medium ke
advance . Untuk buku ini bahasa yang
digunakan agak komplek dengan bahasa teknikal yang berat , terlalu banyak
dengan info dan susun atur gambar rajah
yang kekadang agak mengelirukan jika tidak diteliti dengan baik , namun
keseluruhannya buku ini amat baik untuk mereka yang mahu mendalami ilmu dunia
cendawan .
Tidak cukup dengan itu , saya sarankan
pengusaha untuk melayari laman sesawang seperti blog , pinterest ,youtube dan page-page facebook untuk
dijadikan motivasi .
Anda boleh menlayari youtube untuk mencari lagu , ucapan motivasi yang berkualiti dan paling penting ia adalah percuma .
Berikut merupakan individu yang
menjadi inspirasi kepada saya adalah Jack ma dan Les brown .
MENCUBA PERKARA BARU
Melakukan perkara sama dan
berulang-ulang adalah amat membosankan . Begitu juga dengan perusahaan cendawan
ini. Pada mula perusahaan ini, saya asalnya ingin membuat sesuatu yang baru dan
mencari sedikit duit belanja dan kini semua sudah dicapai . Dan apabila sudah
tercapai maka nikmat berkurangan .
Bagi menangani saya gemar mendedahkan
diri dengan perkara baru namun masih didalam skop pengusahaan cendawan.
Antara perkara baru yang saya dekati
adalah dengan membuat blog cendawan , memperbaiki kaedah pengkomposan cendawan
, menguna pelbagai perangkap tikus , memantau produk cendawan segar di
supermarket , melayari blog-blog perushaaan cendawan , belajar membuat benih
cendawan dan belajar buat e book cendawan .
Aktiviti-aktiviti pelbagai ini akan
menceriakan lagi perjalanan sebagai pengusaha cendawan disamping menambah ilmu
.
REHAT SEBENTAR
Jika cara diatas kebanyakanya
membebankan dengan pelbagai aktiviti , cara yang terakhir ini amatlah santai .
Jadikan perusahaan cendawan ini satu
riadah .
Boleh set dalam satu-satu bulan boleh
rehat sebentar dari melakukan sebarang kerja berat perusahaan cendawan . Namun
masih meneruskan
Kerja berat perusahaan cendawan adalah membuat bongkah ,
membenih bongkah cendawan , membersih rumah cendawan namun masih meneruskan
kerja ringan seperti menghantar stok cendawan segar dan memantau rumah cendawan
.
Jika kesempatan boleh luang masa untuk
melawat farm cendawan lain .Dengan melawat farm pengusaha lain akan menambah
motivasi anda . Disini berlaku perkongsian yang berkualiti disamping menambah
networking anda sebagai pengusaha cendawan .
Tambahan membenarkan orang untuk datang ke rumah cendawan . Pasti anda terasa teruja apabila pengunjung
kagum dengan rumah cendawan anda walaupun rumah cendawan saya tiadalah hebat
manapun namun saya amat berpuas hati dengan reaksi pengunjung ke rumah cendawan
. Apabila pengunjung habis melawat rumah cendawan saya ia meninggalkan kesan positif untuk menambah
baik rumah cendawan saya .
Ini adalah cara-cara personal yang
saya applykan dalam perusahaan saya . Cara ini bukanlah bertauliah tapi secara
pengelaman sebagai pegusaha cendawan .
Lain pengusaha mempunyai mekanisme
sendiri untuk meneruskan perusahaan cendawan namun objektif yang sama iaitu
memastikan kelangsungan perusahaan cedawan .
Saya harap perkongsian ini boleh
menjadi suntikan semangat kepada perusahaan lain .
Leave a Comment