Cabaran Memohon Lesen Perniagaan : Lesen Perniagaan Cendawan Tiram Kelabu - CENDAWAN TIRAM KELABU

Cabaran Memohon Lesen Perniagaan : Lesen Perniagaan Cendawan Tiram Kelabu



Salam sejahtera kepada yang sudi melayari blog saya.

Perkongsian kali ini , adalah perjalanan saya untuk mendapat lesen perniagaan bagi perniagaan cendawan saya . Dijadikan cerita asalnya  saya pergi ke pejabat Tekun untuk mendapat penjelasan mengenai pembiayaan kewangan  perniagaan khas untuk bumiputera . Sembang punya sembang , pegawai Tekun terangkan saya perlu lesen perniagaan baru layak untuk memohon. Untuk mendapatkan lesen tersebut saya perlu ke SMC iaitu terletak di Wisma Sanyan.Memandangkan masa keluar sudah cukup saya berakhir hari tersebut dengan balik ofis. , maklum lah kerja pejawat awam.
                Seminggu kemudian saya pergi bangunan Wisma Sayan . Saya datang seorang diri , dengan rasa berani  saya mencari info tingkat berapa SMC dekat Wisma Sanyan . Tengok punya tengok , ada beberapa tingkat Wisma Sanyan tertera SMC , oh my mana satu nak pergi ini. Kemudian saya ambil keputusan untuk melawat tingkat 21 . Di tingkat 21 , saya dengan sabarnya menunggu pegawai kaunter , mungkin masih sibuk dengan kerja .Tidak lama kemudian pegawai SMC pun datang , dan dia cakap “maaf , bukan dekat tingkat 21 tetapi tingkat 20 “ Baiklah saya pun turun ke tingkat 20.Kali ini , pegawai SMC dekat kaunter ada dekat kaunter  , hah , sembang punya sembang , pegawai itu cakap “maaf , disini tiada lesen cendawan kalau mahu encik kena pergi ke bangunan Baitumal , bahagian resident yaa “ .
                                Hidupkan kenderaan dan mula pecut ke Baitumal . Sesak bukan menjadi penghalang , maklumlah guna motosikal main cantas je beb kenderaan . Tidak lama kemudian saya sampi di bangunan Baitumal . Melangkah masuk dalam banguan Baitulmal , wow terpegun dengan seni bini dalam bangunan . Tidak lama kemudian mata mula mencari kaunter pertanyaan , tiada sebarang susuk yang duduk disana . Sekarang saya kena berdikari lagi , mencari papan tanda . Periksa punya periksa , cawangan resident di tingkat 5 .  Apa lagi dengan semangat melangkah dalam lif dan terus mara ke kaunter tingkat 5 untuk berurusan mohon lesen. Dukacita dimaklumkan nampaknya saya salah tingkat lagi , kali ini tingkat 4 pula . Baiklah saya redha dan pergi ke tingkat 4 . Di tingkat 4 , saya tanya pegawai perempuan disana ( nasib cantik ) rupanya disini hanya tempat pembayaran lesen dan bukan tempat mohon lesen . Pegawai tersebut memberitahu bahawa di UTCS   mohon lesen perniagaan . Sekali lagi saya memecut ke UTCS Sibu.
                Setiba di UTCS , saya pergi tingkat 1 UTCS .Bayangkan betapa banyak manusia berkeliaran dan duduk didalam bangunan UTSC .Harap semua berjalan dengan lancar . Saya kemudian mengambil no. tiket pada masa itu tertera pada tiket 1015 manakala no. pada paparan digital adalah 1014 , dalam kepayahan ini ada juga nasib baik. Syukur ,  Tidak lama kemudian no. saya tertera pada paparan digital , 1015 . Saya berjumpa dengan pegawai resident bernama firdaus . Setelah bersembang dan  menanya bebarapa soalan , ternyata saya perlu ada alamat syarikat dan alamat syarikat ini tidak boleh kawasan kediaman . Oh my .. Nampak ada level yang perlu saya lepas.
/S : boleh tahan cabaran sebagai seorang usahawan ini.

sekian ini sahaja perkongsian saya kali ini.




(Gambar diatas adalah senarai checklist yang perlu saya ada untuk ada lesen perniagaan )



No comments

Powered by Blogger.