Seranggan Hama (Kutu Padi)
Salam sejahtera kepada yang sudi datang ke blog saya .
Seminggu dua ini saya perasaan sesuatu telah hadir dikamar
tidur . Terkejut beruk apabila mendapati
serangga bernama Hama(mite) ada dekat katil . Tak sangka hama ini boleh terbang macam nyamuk , hehehe
. Jadi agak payah nak tidur sepanjang ada hama ini , yelah elok-elok landing dekat
katil tiba-tiba rasa ada sesuatu bergerak dekat badan . Fuh semangat .
Untuk kali ini saya mahu kongsi sedikit cara solusi saya
menanggani isu Hama . Apa itu Hama ? Hama ni adalah kutu padi dan jika tidak
dibendung boleh menyebabkan kerosakkan pada cendawan dan malah menyebabkan
penyakit kulit .
Untuk menyelesaikan hama ini ada beberapa cara dan antaranya
adalah
1)menyembur
metil bromida
2)dedahkan serkam padi dengan cahaya matahari paling terbaik
waktu tengah hari
3)balut beg serkam padi untuk serkat penyebaran hama
dikawasan rumah'
Hama |
Dengan bantuan ayah yang tercinta saya mulakan operasi untuk
membalut beg serkam padi . Berikut merupakkan gambar semasa
proses dijalankan;
beg serkam padi untuk cendawan |
Sejak kena serang Hama beberapa minggu yang lalu , saya dan ayah saya mula berbincang untuk menyelesaikan isu ini dan cuba untuk lihat cara terbaik dengan keadaan . Jadi saya dengan ayah saya mengunakkan cara mebalut beg serkam padi bagi membendung serangan hama . Gambar diatas adalah beg serkam padi yang terdedah . Apabila saya membuat pemeriksaan saya dapati ada beberapa beg serkam padi ini ada terkoyak dan menyebabkan peluang untuk hama meluaskan empayar mereka ke kamar tidur saya . hahaha
beg serkam yang telah dibalut dengan plastik hitam |
Proses pembalutan dijalankan , setiap beg serkam padi saya balut mengunakkan 2 beg plastik hitam . Yelah plastik beg hitam yang saya guna amatlah senang koyak . Plastik beg hitam sampah yang kebiasaan kegunaan domestik. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga saya mengunakkan 2 beg plastik hitam untuk setiap beg serkam padi dan ikat elok-elok seperti digambar atas , Oh ya , sebelum saya balut , saya bersihkan beg serkam padi dari hama mengunakkan penyapu dan kain.
beg serkam padi yang telah balut kesemuaanya |
Proses pembalutan tidaklah lama , cuma semasa membalut satu badan kena serang hama , dari kaki hinggalah ke kepala .Gatal sana sini dekat tubuh badan hahah pengalaman yang sangat menarik sebagai pengusaha cendawan.
gumpulan beg serkam padi tadi ditutup baik dan rapat |
Berikut adalah fasa terakhir , bagi kemas sedikit dan tingkat lagi keselamatan serkam padi dari hujan dan menyekat penyebaran hama .
Saya berharap solusi saya ini boleh diaplikasikan kepada pengusaha lain , mungkin tidak pratikal namun ini cara yang terbaik yang saya dapat fikirkan buat masa ini . Kalau ada cara yang lebih baik saya sedia mendengar .
Salam dan terima kasih kerana sudi membaca coretan seorang pengusaha cendawan.
Sampai disini sahaja pengkongsian saya .
Leave a Comment