Tong Drum Untuk Kukus Cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Tong Drum Untuk Kukus Cendawan



Salam sejahtera 

Kali ini saya nak berkongsi perjalanan membeli tong drum untuk kukus cendawan. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut , kenapa nak beli tong drum ? Macam ini , bongkah-bongkah cendawan perlu disterilizer terlebih  dahulu sebelum memasukkan benih. Macam mana nak sterilizer ? Bongkah-bongkah cendawan diletak didalam tong drum dan dikukus selama 7-9 jam bergantung dengan kepanasan semasa steaming.
Gambar-gambar hasil google mengenai kukus cendawan

Saya mula mencari kilang besi buruk , tidak diduga bahawa terdapat kilang besi buruk tidak jauh dari kawasan tempat tinggal saya . Kilang besi buruk tersebut adalah Tung Seng Enterprise Co.Apa lagi saya mula menjejak kaki didalam kilang tersebut .Bukan main banyak besi buruk  , namakan sahaja pelbagai ada . Bila masuk kedalam kilang tersebut rasa berada di daerah yang lain . Bunyi mengetuk besi , bunyi orang memanggil sana sini , bunyi besi dihempas , bunyi jentera , bunyi sedang memotong besi dan pelbagai.Saya memberanikan diri untuk meninjau kawasan tersebut mencari tong drum yang sesuai . Namun tinjauan pertama kurang memuaskan tiada tong drum yang saya mahukan. Tong drum kebanyakkan yang saya jumpa  tidak sesuai . Yelah saya mencari tong drum yang mempunyi penutup semoga mudah untuk menutup bongkah bila steam nanti dan berkeadaan elok . Maka saya  mencari staff yang berkerja disana. Rupanya tong drum yang ada penutup  terletak jauh di belakang kilang . Patutlah saya tidak jumpa . Hari ini saya banyak berjalan nampaknya bagus untuk kesihatan . 

Kilang Besi Buruk Tung Seng Enterprice Co.
Permandangan didalam kilang besi buruk
Kelihatan pekerja didalam kilang sedang melakukan tugas masing-masing
antara tong drum yang saya jumpa pada awal pencarian
Pekerja yang menolong saya punggah tong drum dan mereka ini bagi kerjasama yang baik

Dengan bantuan beberapa staff , saya mula memilih tong drum yang saya mahu . Masa ini saya putuskan ambil 4 tong drum. Kerana satu tong drum boleh memuatkan antara  50 -60 bongkah , jika kita buat matematik  4 tong drum boleh memjana 200 bongkah sekurang-sekurangnya. Memandangkan saya target 1000 bongkah , justeru saya memerlukan tong drum yang banyak . Setelah tong drum dipunggah dengan baik  atas lori maka masa untuk penghantaran . Perjalanan dari Kilang besi buruk ke rumah tidak sampai 10 minit , hehehe bertuah tak ? 

tong drum telah sampi dihalaman rumah saya
Sudut pandangan lain tong drum yang saya beli
Masa sampai dirumah , hari baik punya tak panas sangat dan  amat sesuai untuk proses seterusnya . Apa lagi  masa untuk mencuci tong drum . haruman tong drum bukan nak cakap apa , memang tidak senang nak hidu al maklumlah akibat panas dan dibiar lama . Macam-macam bahan terperam didalam tong drum , nasib tiada cecair chemical yang tinggal.  Saya apa lagi hari ini jadi buruh kasar , buka tong drum dan  mencuci tong drum . Cuci punya cuci syukur semua berjalan dengan lancar . Lepas cuci saya duduk dekat tangga sambil perhatikan tong drum , kemudian terus imagin sedang mengsteamkan bongkah hahahaha 

Proses membuka tong drum dan keselamatan digunakkan mengunakkan sarung tangan,
antara peralatan-peralatan yang saya guna .
Proses mencuci tong drum , kena tahan bau tong drum ini
Tong drum terbentang luas dibawah rumah , siap sedia untuk berkhidmat .
Sampai disini sahaja coleteh saya, sayo nara

1 comment:

  1. Bagaimana bentuk tong drum itu sekarang. Bulih share cara buat nya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.