Perkembangan cendawan di rumah tuai baru
Sejak dua menjak ni , cuaca di Sibu selalu je mendung dan kadang kala hujan memanjang . Mungkin ada yang mengeluh dengan keadaan sekarang ni lah kan . Baru je cuci kereta dah hujan pla rasa nak geram pla . Namun celah-celah kesulitan ini , ada juga manfaat nye kepada perusaha cendawan .
Sejak ada rumah baru untuk tuai rumah cendawan agak risau pla dengan keadaan sekeliling rumah yelah khuathir keadaaan tidak mengalakkan . Tambahan selepas penambahan paip dan misting untuk rumah tuai kalau tidak menjadi juga cendawan aku ni memang hampa lah hehehe. Selepas bersabar beberapa hari , syukur bongkah yang tahun lepas masih boleh tumbuh , ternyata keadaan rumah baru baik untuk pertumbuhan cendawan .
Langkah seterusnya untuk menghasilkan bongkah 1000 cendawan dulu . Member aku gelak 1000 bongkah cendawan sebab sikit katanya , tapi aku player yang ada strategi , biar aku merangkak dulu , sebab banyak aspek yang aku fikirkan ni. Salah satu punca org gagal adalah apabila menceburi sesuatu bidang terus buka langkah besar last-last bila tidak handle jawapnya STOP la perusahaan tersebut . Jadi saya ambil perdekatan selamat , mulakkan kecil kalau dah maju sedikit saya tambah sedikit , biar ikut arus jangan anjak arus atau lawan arus .
Cukup borak , mari sini saya belanja gambar-gambar bongkah cendawan dibawah perjagaan saya
cendawan kelabu tiram yang baru tumbuh |
cendawan kelabu tiram sudah membesar saiz duit syiling 50 sen , dah boleh kira hari ini. |
masih cuba untuk tumbuh , kipidap bro |
yang ni mcm kobek dekat aku je , hampeh :P |
kiranya dia nih tengah menyambut aku sebagai tetamu heheheh |
Salam , Cosmas.
Leave a Comment