Bangun pagi buat bongkah cendawan
Salam
Bongkah cendawan |
Cuaca di Sibu pada hari tidak seperti suatu ketika dulu . Sekarang cuaca siang
panas terit dan tak lama kemudian petang hujan pula . Saya mula perasaan bahawa
corak cuaca juga berubah , ini membuat saya berfikir bahawa hidup ini kena juga
berubah dan mengadaptasi keadaan semasa .
Pada hari ini , saya bangun pukul 6 pagi dan cuba siapkan 30
bongkah .
Mula-mula bangun nak buat bongkah cendawan memang payah yelah dah
lama tabiat bangun pagi waktu sekolah dulu sudah lama tidak diamalkan , sekarang
bila dah masuk fasa kerja dah lain macam rasanya .Saya cakap dengan diri saya , saya kena buat dan saya kena
buat . Macam-macam suara diri pada masa itu hendak saya tidur balik yelah 6
pagi mana tak nye . Namun beast mode kena aktif , saya tutupkan semua
suara-suara dalam diri ini dan buat bongkah . Syukur dapat siapkan 30 bongkah
dalam 1 jam seperti yang saya mahukan . Lepas siapkan diri , mandi , guna pakaian kerja dan mulalah
hidup sebagai seorang pekerja .
Plastik pp bongkah cendawan yang koyak |
Waktu tengah hari saya mula rancangan saya untuk siapkan
rumah kukus sebaik mungkin . Pergi ke kedai hardware dan beli beberapa perkakas
. Pada masa itu saya ada lambat sedikit keluar tengah hari yelah kena siapkan
beberapa kerja . Hati meronta-ronta nak setelkan rumah kukus saya agak gopoh
sedikit hari ini , namun objektif kena didahulukan .
Siap-siap sampai rumah , saya terus melulu ke rumah kukus .
Sampai sana pula , batu bata tidak cukup pula untuk alas tong drum dan bongkah ,
nak tak nak saya kena pergi cari kedai hardware yang terdekat . Hah , nasib ada
satu kedai hardware ada jual batu bata namun kuantiti tak banyak dalam 50 unit
, masa tu saya kira-kira perlu dalam 80 unit . Namun saya fikir balik , ambil je 50 unit tersebut dan tengok keadaan nanti mungkin cukup
mungkin tak cukup bergantung dengan cara saya menyelesaikan masalah .
dapur kukus cendawan |
Setiba di rumah kukus , saya siapkan perkara-perkara yang
diperluan seperti memasang dapur yang baharu (2 set), mengunci paip dengan
ketat , pemeriksaan , menyusun batu bata . Dah tengah hari berpeluh beb , dah
jari tadi luka akibat hos klip namun saya keep going . Saya tak tahu mengapa
saya begitu focus dan bersemangat sangat hingga luka ada jari tidak diendah . Tengok
jam sudah menandakan waktu untuk turun kerja balik . Nak tak nak saya kena
siapkan diri balik ke tempat kerja . Nampak niat nak kukus cendawan kali ini
tertunda lagi .
bongkah cendawan |
Jam menandakan waktu balik kerja , saya hidupkan enjin
motosikal dan terus memecut ke rumah . Memandangkan hari
sudah petang dan tidak afdal untuk mengkukuskan cendawan . Hal ini kerana waktu tamat kukus akan jatuh
pada waktu pagi , pada masa itu aku tidur lena dah . Jadi saya tunda esok hari
untuk kukus .
Saya tukar rancangan saya buat bongkah pula . Pada masa itu cuaca di Sibu hujan
memang terbaik untuk membuat bongkah . Saya siapkan diri , letak bangkul berisi
cap dan neck serta plastic pp . Gaul baik-baik habuk kayu . Kemudian mula
beraksi . Dalam masa dua jam saya mampu menghasilkan sebanyak 70 bongkah .
Memang rancak pembuatan bongkah pada masa itu . Saya asyik cakap dengan diri ."Sila push diri Sila push diri Kamu boleh
buat" ini antara kata-kata dorongan saya pada masa itu . Belakang saya memang
sakit lah jawapnya , yelah asyik duduk
dan hentak bongkah cendawan .
100 bongkah cendawan |
Pada hari itu saya telah siapkan 100 bongkah cendawan .
Percapaian terbaik bagi saya kerana pada hari bekerja dan mencuri masa mampu
menghasilkan 100 bongkah . Cuba imajin dalam sebulan boleh capai 3 000 bongkah
. pergggg hehehehe .
Baiklah sampai disini sahaja coretan saya .
Salam.
Cosmas moses Boniface
Leave a Comment