Salam ,
|
Bongkah cedawan yang rosak |
Hari tidak senantiasa baik . Ada masa hujan ada masa panas . Kekadang kita sudah bersedia pada tahap yang terbaik namun kegagalan juga yang dihadapi . Dijadikan cerita, untuk fasa kukus cendawan buat kali pertamanya saya gagal melaksanakan dengan baik , lari dari aspek yang saya mahukan .
Setelah siap kukus cendawan pada pandangan pertama semua nampak elok . Namun setelah saya punggah satu demi satu bongkah cendawan sehingga bahagian paling bawah saya dapati bahawa ada bongkah cendawan banyak yang rosak , ada yang hangus ada pula yang pecah , air tong drum kering .
|
Bongkah cendawan yang rosak |
Apa anda rasa jika anda sudah berhabis tenaga , masa dan wang ringgit memang sakit hati juga lahkan . Namun saya tanam semangat "belajar dari kesilapan" . Next move saya , saya perlu mengatur strategi ini untuk mengelak dari belaku perkara yang sama umpama pergi perang .
|
plastik pp yang hangus dan pecah akibat kukus |
Antara langkah-langkah saya seterusnya adalah dengan menambah air , tukar posisi batu bata , kurangkan jumlah batu bata dan mengurang tempoh kukus ( dari 8 jam ke 7 jam ) . Objektif kali ini adalah memastikan tiada bongkah cendawan yang rosak semasa kukus dan air didalam masih ada sedikit setelah habis kukus .
|
mengisi bongkah cendawan dalam tong drum |
Pada hari yang baik ini , saya mula kan fasa kukus cendawan untuk kali ke 2 . Semua nampak baik . Seperti biasa dengan pertolongan ayah dan sedikit advise dari ibu . Yelah kena sound pagi ini , ibu saya asyik menekan jumlah air dalam tong drum tersebut khuathir tidak cukup , saya cakap jangan risau . Saya tahu apa yang saya buat , nampak ego lebih heheheh .
|
Bongkah cendawan yang dibawah oleh ayah saya |
Setelah siap punggah semua kedalam tong drum saya kira balik bongkah menurun dari 100 ke 92 bongkah sahaja kali ini . Agak rugi sedikit dari kuantiti namun kali ini saya menitikkan berat proses kualiti kukus bonkah yang .
Namun sebelum saya memulakkan mengkukus bongkah cendawan , langkah-langkah keselamatan harus diutamakan . Saya membuat pemeriksaan keatas hos-hos tong drum . Ada beberapa yang longgar dan perlu diketatkan . Jadi saya menambah baik beberapa hos tersebut . Dan buat pemeriksaan sekali lagi , setelah semua diperiksa dan berkeadaan baik saya mulakkan proses kukus .
|
Penambahan air , penukaran dan mengurangkan posisi batu bata |
Sekarang masa untuk menunggu proses kukus cendawan selama 7 jam . Sekiranya kali ini masih juga gagal , masih lagi bongkah hangus namun saya ada beberapa idea dalam kepala otak saya yang boleh diguna pakai . Saya percaya saya mampu , saya percaya saya akan cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi .
Bring it on !
|
Pengkukusan bongkah cendawan sedang dijalankan |
Sampai disini sahaja perkongsian saya , semoga hari anda baik-baik .
Salam
Cosmas moses Boniface
Leave a Comment