Haiwan perosak bongkah cendawan - CENDAWAN TIRAM KELABU

Haiwan perosak bongkah cendawan

Salam
Perkongsian kali ini agak ketidakpuas ati kepada haiwan perosak yang merosak bongkah cendawan saya . Siapa  yang tak marah kalau hasil selama ni di rosak macam tu sahaja . Dalam seminggu selepas saya habis membuat bongkah kira semua berjalan baik namun ada je masalahnye.
cap cendawan yang rosak akibat haiwab perosak

Sebanyak 30 bongkah cendawan saya yang telah rosak so tinggal 1050 ( selepas tolak 30 yang rosak ) . Kira hangin juga saya satu hari mengingatkan perkara ini . Suspek utama yang saya adalah sang tikus . Geram woiiiiii , saya tanya member , tanya family , google , tanya pengusaha lain tgk2 apa solusi terbaik. Rata-rata bagi nasihat guna racun dan perangkap .
bongkah cendawan yang rosak

So pada hari tersebut saya bertindak sebaik mungkin . Pergi kedai beli racun tikus dan beli sangkar perangkap tikus . Kali ini saya declare war dengan binatang perusak ni . Kalau dibiarkan habislah bongkah cendawan saya .
racun tikus

Tanpa membuang masa , balik je dari kerja . Saya siap2kan racun tikus dan perangkap tikus tambahan saya beli gam tikus sebagai bonus . Biar banyak sikit perangkap , biar tinggi sikit kebarangkalian binatang ni kena tangkap secepat mungkin sebelum terlambat .Keselamatan  Bongkah-bongkah cendawan harus diutamakan chewahhhh.
gam tikus dan keropok tikus khas untuk haiwan perosak bongkah cendawan saya

Setelah perangkap dipasang dengan baik saya tunggu hari esok . Tak disangka bukan tikus yang merusak bongkah cendawan saya ni rupa-rupanya sang tupai . Adehhh buruk nama tikus , maaf yee tikus tak niat nak memburukan nama awak hahahaha . Memandangkan mood saya bagus pada hari itu , saya lepaskan lah sang tupai tersebut jauh-jauh dari kawasan saya . Mohon tak kacau lagi bongkah -bongkah cendawan .
ni hah , suspek telah ditangkap . mood bagus lepas jelah

Nampak saya kena mempersiapkan rumah cendawan dengan perangkap2 dan racun tikus untuk kebaikkan dan keselamatan bongkah saya . Terima kasih tupai bab bagi saya ilmu ini  .

Salam sampai disini sahaja perkongsian saya
Cosmas moses Boniface

No comments

Powered by Blogger.