Objektif 1000 Bongkah Cendawan tercapai ! - CENDAWAN TIRAM KELABU

Objektif 1000 Bongkah Cendawan tercapai !


miselium mula tumbuh
Salam,
Lama tak update blog , sibuk memanjang  . Memang agak down motivasi bila sibuk dengan perkara lain . Kekadang orang tak faham dengan situasi kite ni , yelah bila cakap aku nak buat kerja cakap buang batu lah , apa lah kena tahan sikit telinga saya ni . Apa-apa pun sepanjang ni saya berjaya mencapai objektif membuat 1000 bongkah . 
satu rak boleh sokong dalam 750 bongkah est

Sedikit ulasan sepanjang pembuatan bongkah ini . Memang tak terkira juga masa , fulus dan tenaga yang digunapakai namun hati kena kuat , masih kedengaran suara pengajar saya yang cakap kalau engkau rajin apa yang engkau mahu engkau boleh dapat . Nak tak nak aku kena telan kepahitan sepanjang membuat 1000 bongkah ni . 
pandangan dari sisi rak

Sepanjang buat ni , macam-macam masalah dari manis . Cedera , luka sana sini , duit tak cukup , kukus tak jadi , malas , sibuk benda lain . Kalau ikut objektif aku kena siap sebelum 15 march ttp aku siapkan pada 16 march , delay satu hari hehehe , lari sikit dari target. 
pengunaan label , nampak kolot tp ini je mampu

Sekarang saya rehat sekejap dari kesibukkan buat bongkah , rehat seminggu . Masa rehat ini saya review balik apa yang telah saya lakukan . Kali ini saya memantapkan lagi strategi dengan membuat jadual untuk mengkemaskan proses kerja saya disamping memastikan stok2 bahan mentah untuk kompos cendawan senantiasa ada . Yelah terutama serkam padi kena topup stok sedikit dahlah serkam padi ini setahun sekali ada . 
1000 bongkah cendawan

Dijangka pada mula may saya akan bermula untuk membuat bongkah balik . Kali ini saya sudah bersiap siaga untuk menjalankan misi menuju puncak , cheewaahhhh .

Salam
Cosmas moses

No comments

Powered by Blogger.