DIY Wrap Machine untuk cendawan
Salam
Apakah khabar semua ? harap kalian sihat-sihat dan
bergembira selalu . Saya masih teringkat kata-kata motivasi yang pernah saya
dengar bahawa ;
anda tidak perlu menunggu masa yang sempurna untuk bertindak dan
anda bertindak dengan apa yang anda miliki pada masa itu seterusnya mengapai
objektif anda
. Baiklah kali ini saya tengah ada delema hendak membeli machine
wraping untuk membalut produk saya dengan lebih efisyien dan pantas , memandang
sekarang manual mengunakkan tangan untuk mengwrap .
mesin pembalut DIY |
Sepanjang saya meninjau harga mesin pembalut dekat laman
sesawang seperti amazon , lelong , 11streets
dan ebay saya dapati rata harga mesin ini berharga antara rm 500 hingga
rm 1200 ( pada tahun 2017 ) .Mak ai , mahal yer mesin-mesin ini , kalau ikut
nafsu boleh je beli tapi bila fikir balik wahal boleh je guna tangan aka manual
balut tapi agak lecehlah kan , slow sedikit proses packing . Saya mahukan kerja
packing flowless . Last saya survey dekat Alibaba ade lah murah dalam 30 usd
namun kuantiti minimun dalam 20 set , adehh buat ape pla saya beli banyak .
Kalau saya punya perniagaan utama adalah distributer mesin-mesin ni tak ape la kan .
harga pasaran mesin pembalut |
Selang beberapa hari saya memutuskan untuk DIY kan sendiri
mesin pembalut . Mula-mula saya tgk dekat youtube kalau ade yang buat DIY
machine wraping ini , cari-cari tak pla . Last sekali saya dok perhatikan video
machine wrapping sedia ada , bagaimana mesin ini berfungsi dan saya cuba imajin saya punya DIY
machine wraping berfungsi , supaya nanti boleh berfungsi seperti atau lebih kurang
dengan produk sedia ada. Setelah saya mendapat idea macam mana mesin pembalut
saya , maka saya lakar gambaran kasar mesin saya pada kertas dan membuat
tanda-tanda nota . Setelah berpuas hati , hanya menunggu masa sahaja lagi .
lakaran kasar . Bila tengok aku sendiri pun tak paham hahaha |
Pada hari yang dinantikan , saya mulakan membuat mesin
pembalut DIY saya sendiri . Dengan bantuan ayah saya dan ibu saya pemerhati
dari jauh . Memang macam-macam karenah , terutama ibu saya yelah belum start
dah cakap jadi ke tak mesin engkau ni .
Cobaan , hahahahah saya cakap wait and
see . Manakala ayah saya jenis pendiam , jenis kerja lebih cakap kurang . Pada
masa itu berdasarkan lakaran saya , kami mula menjalankan projek ini . Mula-mula
buat rangka mesin pembalut mengunakkan kayu 1x2
. Fasa seterunya membuat tempat letak pembalut film . fasa ketiga
membuat tapak letak barang yang hendak dibalut . Dan akhir sekali menghaluskan
lagi kerja dan menguji kebolehan dan kefungsian mesin ini . Sepanjang pembuat mesin balut ini dan
beberapa percubaan gagal malah penambah baikkan dijalankan bagi mencapai
objektif membuat machine DIY ini .
kerja pembuatan masih dijalankan |
kerja penambahbaikkan sedang dijalankan |
sedang menebuk lubang |
kerja sedang dijalankan |
Dan setelah 4-5 jam membuat mesin pembalut ini . Akhirnya
siap dengan baik , walaupun tidak secanggih seperti produk mesin pembalut
diluar sana , yang ini sudah memandai kepada diri saya kerana boleh membantu proses
kerja packing yang agak leceh . Tambahan saya save bajet rm 500 dari membeli
machine heheheh dan kali ini saya tidak pergi ke kedai hardware untuk membeli
material untuk membuat mesin ini hanya
mengunakkan material yang sebelum-sebelum ini . Diakhiri cerita mak saya pun
memuji kebolehan saya membuat machine ni hahahaha . Dan itulah , benar juga
kata motivasi yang memberitahu saya
bahawa anda tidak perlu menunggu masa yang sempurna untuk bertindak dan
anda bertindak dengan apa yang anda miliki pada masa itu seterusnya mengapai
objektif anda . Saya berharap anda juga begitu .
Emak saya sedang mengunakan mesim pembalut DIY untuk kali pertamanya . |
Salam
Cosmas moses Boniface
Salam,
ReplyDeleteAda PIC lagi tak pasal projek ni? Mcm mana mesin ni fungsi?