Untung ke pengusahaan cendawan ini ? - CENDAWAN TIRAM KELABU

Untung ke pengusahaan cendawan ini ?

Salam
Sering orang tanya kepada saya adakah pengusahaan cendawan ini menguntungkan ? Saya cakap hurmmmmmm ...  hehehe sebab masa tu belum dapat bagi jawapan yang padu almaklumlah masih baru lagi dalam industri mengusaha cendawan ini . Namun kali ini saya nak berkongsi pahit manis mengusaha cendawan ini . Mohon anda pasang seat belt baik-baik kerana sebelum saya mengupas pasal untung ke tak mengusaha cendawan ini , saya kongsi perjalanan  saya serba sedikit .
cendawan tiram kelabu
packing produk saya
Saya berasal dari Sibu Sarawak dan berasal dari 4 adik beradik rata-rata makan gaji kompeni dan gov . Dan saya sahaja yang belum kahwin kerana masih percaya bahawa hidup saya adalah lebih bagus daripada makan gaji sahaja . Maka saya mulakkan beberapa bisnis rata-rata semua bisnis terdahulu tak begitu menjadi kerana saya masih fikirkan bahawa bisnis senang je kan . Memang mengecewakan apabila kita sudah labur masa , wang dan tenaga last-last semua tak menjadi namun seperti jack ma cakap kegagalan adalah anugerah yang paling terbaik . Entah macam mana pada suatu hari kawan saya cakap dengan saya bahawa perusahaan cendawan ini menguntungkan namun dia tegaskan bahawa kawan dia pernah buat namun berhenti kerana tidak fokus pada perusahaan ini  . Pada masa itu saya hanya menganggap bahawa itu topik sekadar bualan sahaja entah macam mana setahun kemudian ( 2016 ) saya mula bergerak dan menbuat penyelidikan mengenai cendawan . Selidik punya selidik saya dapati di Sarawak tidak banyak pengusaha cendawan , kalau ada pun boleh hitung guna jari di setiap tempat  . Saya mula mengorak langkah dengan membeli bongkah pada kuantiti sedikit sebagai suai kenal dengan cendawan ini dan saya dapati jaga ini tak masalah cuma kena pastikan tempat selamat , sejuk , lembap dan bersih . Selang itu saya mengikuti kursus cendawan , dan dari saat ini minda saya mula terbuka luas bahawa saya boleh buat pengusahaan cendawan ini . Habis sahaja saya menghadiri kursus , saya siap-siapkan tempat rumah saya dengan membersihkan kawasan dan mula bina rumah cendawan .
menuai hasil cendawan tiram
ibu saya menolong packing cendawan pada awal-awal perusahaan cendawan saya

Sepanjang perjalanan ini saya dapati lebih banyak penat , pahit dan kekecewaan . Terperanjat ? yelah mula-mula memang begitu , saya gagal mengurus dengan baik , malas , menangguh kerja  dan fikirkan cara yang senang sahaja dan ini lah punca kenapa perusahaan saya dahulu gagal . Dan kekadang saya juga kecewa dengan pengusahaan cendawan yang lain kerana kekadang mereka lambat hantar barang  , kekadang mereka tak hantar langsung lepas dapat bayar ( blog cendawan dia memang famous , rupanya tak boleh harap , saya halalkan jelah yee saudara malas nak gaduh nanti u mati u jawaplah dekat atas sana ) , kekadang ade yang tak layan kete terus , yelah memandang order kuantiti kecil mungkin untung sikit jadi kite diketepikan dan kalau dapat barang pun kekadang dapat yang tiada kualiti . Tambahan lagi kekadang saya hadapi  masalah nak dapatkan bahan untuk mengkompos cendawan terutama habuk kayu dan serkam padi . Dijadikan cerita ada satu supply habuk kayu dekat tempat saya setiapkan saya beli habuk kayu dia naikkan harga , bisnis apa macam ni ? dah macam saham , senang-senang mak bapak dia naik , sejak itu saya malas dah nak deal dengan orang macam ni . Serkam padi pula kalau dapat pun tempat jauh-jauh dari Sibu , yang dekat sibu semua dah kena sapu , jadi memang merana ga nak cari bahan-bahan mentah ini . Tak cukup dengan itu , kekadang tugasan di opis jadi bebanan kekadang datang tugas khas memang kacau la jadual saya . Lepas habis kerja di opis balik nak atur perusahaan memang nyawa-nyawa ikan dah , badan memang nak rest , namun kerja tetap kerja . Dan apabila dah buat cendawan ni , masalah penyakit ,serangga , haiwan perosak dan bongkah jatuh dari rak menambah lagi ramuan kepahitan sebagai pengusahaan cendawan ni , kalau ikut hati saya sudah behenti perusahaan ni . Jalan sini masalah , jalan situ masalah semua masalah , kekadang tidur malam saya tak lena , kalau boleh saya tak jadi buat perusahaan cendawan ni .
pengusaha cendawan
ini adalah kali pertama saya menghantar produk saya ke market
Namun begitu , di atas segala kesulitan yang saya hadapi dan dengan sejarah lampau gagal mengurus perusahaan sebelum cendawan ni , namun kali ini saya tetap teruskan . Saya lihat gagal adalah bukan pilihan untuk berhenti namun ruang untuk saya memperbaiki diri ini . 6 bulan pertama perusahaan saya , saya tiada untung langsung malah mengeluarkan duit seperti air , memang stress juga  cikgu kursus pernah  cakap perusahaan ni modal tak besar mungkin bagi mereka yang membeli bongkah berbanding saya yang buat bongkah sendiri kos besar juga kerana membina rumah cendawan sendiri . Sepanjang 6 bulan tersebut saya kenali banyak kawan baru dan belajar benda baru disamping saya mula rapat dengan bapak saya kerja melakukan kerja bersama-sama .Dan sepanjang 6 bulan tersebut saya mendapati kehidupan saya berubah , saya mula menjadi multi task , menjadi seorang PR yang baik , berkerja dalam satu team iaitu bersama family saya , mula membaca buku-buku motivasi untuk mengekal semangat positif saya , merancang sebelum bertindak , membuat jadual dan set-set tugasan serta KPI yang perlu saya capai . Semua perkara ini telah menjadikan diri ini lebih baik dari semalam .Selepas  6 bulan saya mula membuat bongkah sendiri pada jumlah 1 000 namun jumlah rosak pada 200 hingga 300 bongkah dan rata-rata bongkah banyak yang berair serta semasa  kukus bongkah banyak rosak dan koyak akibat suhu panas .Satu demi satu masalah datang , namun saya kuatkan semangat dan senantiasa befikir untuk penambah baikkan. Setelah 2-3 kali membuat bongkah sendiri , rupanya tidaklah begitu susah makin seronok adelah .
hasil tuaian cendawan
hasil yang terbaik setakat ini
Pada pertengahan tahun 2017 saya mula mendapat hasil tuaian yang pertama , gembira juga oi best giler dapt hasil dalam 1-2kg per day . Kali pertama biasalah tak kesah sangat berapa banyak dapat . Da juga saya kekadang buat serdekah bagi kepada kakak-kakak saya dan jiran-jiran sekampung . Saya dapati mereka amat suka dan gembira dengan pemberiaan cendawan saya ni , saya rasa amat puas , rasa ini  lebih bernilai dari wang ringgit . Sejak itu saya mula fikir bahawa jika produk saya mampu membawa nilai ini lagi saya percaya saya mampu pergi jauh .Dan sekarang saya telah ganda jumlah bongkah saya kepada 2400 bongkah  dahlulu dan dijangka pada tahun depan dengan izin-Nya saya mungkin akan buat 6 000 bongkah .
pendapatan sampingan
boleh tahan pendapatan mengusaha cendawan ni
Persoalan ; Adakah pengusahaan ini amat menguntungkan ? Jawapanya adalah Ya . Namun begitu ia bukan semudah seperti yang dijangka kerana jalan ini amat berliku-liku anda mungkin berjaya cepat dan ada diantara anda mengambil yang lama untuk berjaya . Namun saya punya sebab kuat untuk melakukan kerja pengusahaan cendawan kerana saya melakukan semua ni untuk pelanggan , untuk family saya dan kehidupan yang lebih baik . Saya tidak target kaya mahu jutawan , hanya sekadar untuk memiliki kehidupan financial freedom . Dan sekarang saya sudah mendapat balik modal pusingan modal saya .Oh yeah ni menandakan perusahaan ni amat positif dan berpotensi tinggi serta luas jika dibangunkan dengan baik .Saya tanya anda , andakah anda sudah bersedia dengan jalan-jalan liku sepertimana yang saya hadapi ? dan sanggup berkorban dan bertahan tak kira apa jua kekadaan ? kalau ya , anda mampu berjaya dan duit akan mengikuti anda , dan anda harus mengikuti impian anda , bukan anda mengikuti duit .
Sekian Terimas kasih.
Cosmas moses Boniface

Tag :


pengusahaan cendawan , jana side income , pendapatan sampingan

No comments

Powered by Blogger.